Assalamualaikum,
Saudara kita telah tahu perintah Allah (a.w) dalam perkara hubungan antara anak-anak dgn kedua ibubapa mereka dalam Surah al-Isra' itu (Ayat 23, Surah al-Isra'). Kita lihat pula ayat-ayat lain dalam al-Quran. Pada ayat seterusnya dalam Surah yg sama, Allah (a.w) berfirman:
Firman Allah (a.w): ‘Wahfid lahuma janhal zulli … (hingga) … kama rabbayana saghira) [Maksud: Dan, berlemah lembutlah olehmu bagi keduanya akan sayap engkau yang hina (yakni, tundukkan dirimu dan perlakuanmu dan merendahkan diri) daripada (i.e. dengan penuh) kasih sayang bagi keduanya dan berkatalah (i.e. doakanlah) olehmu bagi keduanya (dengan kata-kata atau doa) ‘rabbir-hamhuma kama rabayani saghira’ (Maksud: Ya Tuhanku! Sayangilah olehMu akan kedua ibu bapaku itu sebagaimana mereka berdua mengasihi daku semasa membela (yakni, memelihara) akandaku semasa kecilku).’] [Ayat 24, Surah al-Isrya’]
Di dalam Ayat 23 terdahulu, antara lain, kita disuruh menghormati dan bercakap dgn sopan dan tidak meninggikan suara, apabila sudah tua dan dhaif mereka dijaga mereka, dan jangan sekali-kali meninggikan suara, dan sebagainya. dalam ayat ini pula Allah (a.w) perintahkan beberapa perkara; iaitu: Pertama, hendaklah kita sebagai anak berlemah lembut, sentiasa tunduk bila bercakap-cakap dgn mereka, menghormati mereka. dalam ayat tersebut Allah (a.w) berikan satu bidalan seumpa burung yg mengembangkan sayapnya, kemudian menghamparkan sayapnya ke bumi seolah-olah menyembah apa-apa yg didepannya. Kedua, hendaklah kita sebagai anak tatkala berdepan dgn kedua ibubapa dalam keadaan penuh rasa hormat serta kasih sayang terhadap mereka. Kerana, kita teringat atau mengingatkan betapa susahnya mereka membesarkan kita, menjaga kita, risaukan keadaan kita setiap saat dan ketika, kemudian mengajarkan dan mendidik kita sehingga kita dewasa. Mereka jaga kita dgn penuh kasih sayang. Maka ketika mereka sudah tua, kita wajib membalasnya. Ketiga, hendaklah kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan terhadap mereka berdua ketika di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Dan, untuk itu selain doa-doa lain, Allah (a.w) suruh kita baca kalimah doa dalam ayat tersebut 'Rabbirhamhuma kama rabbayana saghira' (yg bermaksud: Ya Allah (a.w) ya Tuhanku! Semoga Engkau (Allah (a.w)) sayangi kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku kecil dahulu.' [Nota: kalimah yg digunakan adalah 'arham' atau 'rahim' bermaksud 'sayangi'. Dalam kalimah 'Basmalah' itu, iaitu 'Bismillahir rahmanir-rahim', (yg bermaksud: Dengan nama Allah (a.w) Zat yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'. Maksudnya: Allah (a.w) kasihi semua manusia ketika berada di dunia - tak kira Islam atau iman ataupun kafir, semuanya diberikan rezki. Malah yg kafir ada yg diberi rezki yg mewah dan banyak pula (Sifat rahman). Kerana, pada Allah (a.w) dunia ini tak penting. Tak ada nilai sedikitpun pada Allah (a.w). Malah, kepak lalatpun lebih bernilai dari dunia ini! Tapi di akhirat Allah (a.w) hanya mengasihi orang yg Islam dan beriman, selainnya tidak dikasihi (Sifat rahim). Maka dgn itu orang yg tidak Islam pasti tak dapat syurga. Orang yg Islam tak beriman juga masuk neraka. Hanya orang iman yg amalkan perintah Allah (a.w) ketika di dunia disayangi Allah (a.w), diberikan syurga. Orang Iman yg taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), bukan orang yg iman tetapi buat perkara yg bertentangan dgn as-Sunnah dalam beramal dan beribadah]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment