Friday, March 18, 2011

Siapa Boleh Jadi Peguam dan Hakim Syar'ie? (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam suatu post yg lalu, rasanya akhir tahun 2010, kita telah komen isu petisyen oleh seorang wanita India berugama Kristian, Victoria Jayaseele Martin (49 tahun), yg telah mendapat kelayakan akademik dari UIAM (baranggkali Ll.B dan Diploma in Syar'iah Law), untuk mengketepikan penolakan Majlis Ugama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dari mendapat tauliah atau surat kebenaran untuk dilantik sebagai peguam syar'iah di Malaysia. [Nota: Interestingly, akhir-akhir ini kaum India begitu kuat membantah dan mendesak kerajaan buat sesuatu. Hindraft yg diban kerajaanpun bergerak berdemonstrasi. Orang India Kristian juga mendesak supaya novel Interlok diban dari jadi text sastera dalam sekolah, dan hari ini dilapurkan perwakilan di kalangan orang India yg dilantik menganggotai Panel yg ditubuhkan untuk meneliti novel itu (iaitu Dr N.S, Rajendran, G. Krishnabahawan dan Uthaya Sankar), meletakkan jawatan!  Presiden baru MICpun sokong dan desak TPM (i.e. Menteri Pendidikan). Kini orang India yg tidak Islam atau simply kafir, nak jadi peguam untuk membela orang-orang yg Islam pula. Dia berugama Kristian. Dia tak terima Islam, tapi dia nak wakilil kes-kes orang-orang Islam atau wakili kes orang kafir yg akan menentang undang-undang Islam! Kita telah sentuh dalam post sebelum ini apa ketetapan Allah (a.w) terhadap penganut Kristian dan penganut ugama lain. Permintaan sedemikian samalah spt seorang Islam meminta dilantik menjadi sami Kuil India atau Kuil China atau diangkat menjadi Padri kpd sebuah greja Kristian atau dilantik Pope kerana bijak dalam The Bible atau al-Kitab!]
Saudara, hari ini dalam banyak akhbar, termasuk akhbar Kosmo dan The Sun, terbitan hari ini (18 Mar 2011), dilapurkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusof, membuat keputusan berdasarkan undang-undang Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 bahawa pihak MAWIP berhak, di bawah undang-undang tersebut, berkuasa membuat apa saja peraturan dalam perkara ugama Islam, termasuk perlantikan peguam syar'i dan hakim mahkamah syar'i, walaupun kebebasan diberikan oleh Perkara 5,8 dan 10 Perlembagaan Malaysia. Seolah-olah peruntukan Akta tersebut tidak bercanggah dgn  Perlembagaan Persekutuan. Mungkin akan dirayu sampai ke Mahkamah Persekutuan, kerana yg orang bukan Islam mau adalah Perlembagaan itu mengatasi Akta tersebut. Malah Perlembagaan atau Human Rights mengatasi hukum Allah (a.w)!
Saudara, sebagai seorang yg memiliki kelayakan perundangan, Hakim tersebut membuat keputusan berdasarkan prinsip undang-undang yg sedia ada. Beliau tidak membuat keputusan bersandarkan Perlembagaan Islam, yakni al-Quran dan as-Sunnah! Lagipun, beliau berada di Mahkamah Tinggi sivil bukan Mahkamah Tinggi Syar'ie. Mungkin juga dia kurang arif tentang al-Quran dan as-Sunnah, wallahu 'alam. Namun sebenarnya dalam Islam, perundangan Allah (a.w) dan RasulNya mengatasi segala perundangan lain. Malah, al-Quran dan as-Sunnah itu adalah Perlembagaan Manusia sejagat, untuk zaman ini dan zaman-zaman sampai kiamatnya dunia. Tak kira ugama apapun seorang manusia itu, jika melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pasti masuk neraka, dan takkan dapat masuk syurga. Itulah hukuman teragung bagi manusia! Hukuman itu akan berlaku, sama ada manusia itu tolak atau terima Islam sama ada tolak al-Quran atau tolak as-Sunnah. Betulke? Mereka akan tahu nanti, bila seseorang itu mati, akan bermulalah hukuman dalam Perlembagaan Manusia (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) itu. 
Orang bukan Islam takkan terima hakikat ini. Biasalah. Mereka akan tau nanti. Allah (a.w) berfirman Dia akan menunggu orang-orang yg tidak mahu menerima Allah (a.w) sebagai Tuhan mereka. Kerana mereka yg melanggarnya di akhirat kelak akan mendapat hukuman yg sewajarnya dan yg setimpal, tak kiralah dia bangsa atau keturunan apa atau berugama apa sekalipun, termasuklah orang yg akui dirinya Islampun ... akan diadili.
[Nota: Dalam post yg lalu kita telahpun teliti ketetapan al-Quran tentang orang yg bukan Islam. Kita dah syorkan, adalah lebih baik mereka terima Islam, mereka lebih beruntung dari orang yg Islam sejak lahir di dunia ...Jalan yg terbaik bagi Victoria Jayasele adalah jadi atau masuklah Islam dan dia dapat semua yg dia mahu - malah lebih dari apa yg dia nak ...]

Jazakallahu khairah

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I

    Web: almawaddah.info

    Salam wa rahmah

    Kepada;

    Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan

    Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
    Sila layari laman: almawaddah.info
    Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
    Terima kasih.

    Daripada;
    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
    Kuala Lumpur
    Malaysia.

    ReplyDelete