Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini, kita telah teliti ketetapan Allah (a.w) mengenai 'aurat wanita iman', iaitu Ayat 31, Surah an-Nur, berikut: 
Firman Allah (a.w): ‘Waqulil mukminati yaghdudna min absorihinna  ... (hingga) ...watubu ilallahi jami’an aiyuhal mukminuna layallakum tuflihuna.’ [Yg bermaksud: Katakanlah kepada para wanita yang beriman, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, supaya mereka memelihara kehormatan mereka (yakni, farajnya), dan jangan mempamirkan perhiasan (kecantikan) mereka, kecuali apa yang seharusnya terlihat di antaranya (iaitu hanya muka dan kedua telapak tangan mereka); dan hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga (sehingga sampai menutupi) dada; dan jangan memperlihatkan perhiasan (kecantikan) mereka (kepada sesiapa sahaja), kecuali kepada suami mereka, atau kepada bapa mereka, atau kepada bapa suami mereka, atau kepada anak lelaki mereka sendiri, atau kepada anak tiri lelaki mereka, atau kepada saudara lelaki mereka, atau kepada anak saudara perempuan mereka, atau kepada mereka sesama wanita, atau kepada hamba sahaya mereka, (atau kepada) lelaki yang betugas dan tidak mempunyai nafsu berahi, dan kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita. Dan, janganlah mereka menghentakkan kaki mereka (semasa berjalan, dengan niat) supaya diketahui orang perhiasan (diri) mereka yang tersembunyi. Taubatlah kamu semua kepada Allah (a.w) wahai orang-orang yang beriman! Mudah-mudahan kamu beruntung (yakni, mendapat balasan syurga)]. [Ayat 31, Surah an-Nur] 
Saudara, sehubungan itu, kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut yg menjelaskan rasionla ketetapan tersebut diwajibkan ats wanita mukmin (yakni, wanita yg beriman). 
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Mas’ud (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya orang perempuan itu terdedah (‘auratnya’) keselamatannya, maka ketika keluar dia dari rumahnya (dia) akan disambut oleh syaitan. Dan, rahmat Tuhannya paling hampir padanya apabila dia berada di rumahnya.’ [Hadith at-Termidzi dan al-Bazaar] 
Saudara, wanita iman itu lebih selamat jika dia duduk di rumah dan tidak keluar rumah. Kerana, banyaklah cubaan yg dihadapinya apabila keluar rumah. Terutama, apabila keluar rumah tanpa menepati ketetapan Islam tentang 'aurat' itu. Jika kita teliti wanita Melayu dewasa ini,kita dapati mereka keluar rumah kerana bekerja mencari rezki, terutama mereka adalah ibu tunggal yg perlu menyara dirinya dan anak-anaknya. Tambahan pula apabila berpisah dgn suaminya, kerana diceraikan, dan bekas si suami pula melupakan tanggung jawabnya menyara anak-anak yg dijaga oleh bekas isterinya. Jika tidak ibu tunggalpun, hari ini kerana tuntutan dunia, keluarga memerlukan kedua ibubapa keluar rumah bekerja untuk mencukupkan keperluan harian keluarga mereka.
Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu memberitahu bahawa 'keselamatan' mereka sebagai wanita Islam akan tercabar apabila mereka keluar rumahnya, maka terdedahlah mereka kpd hasutan dan godaan syaitan. Kecualilah mereka menjaga 'aurat' mereka serta berwaspada dalam pergaulan mereka. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kerahmatan Allah (a.w) kpd  wanita iman itu lebih terjamin jika mereka tinggal di rumah, berbanding jika mereka keluar rumah.
Saudara, Ayat 31, Surah an-Nur itu menetapkan bahawa wanita Islam itu tidak boleh mendedahkan dirinya, tidak boleh menunjukkan perhiasan dirinya, sama ada yang asli seperti susuk badannya, kecantikan dada dan ponggongnya, pehanya dan betisnya dan perhiasan yang diada-adakan seperti barang kemas dan lain-lain perhiasan yang dipakainya pada dirinya. Hendaklah dia menutup badannya dgn pakaian yg tidak ketat, yg tidak transparent atau nipis yg boleh menampakkan segala kecantikan susuk badanya. Seboleh-bolehnya dia tidaklah mempamirkan dirinya di khalayak ramai, kerana mudah lelaki tertarik kepadanya dan terhadapnya. Dan, mengikut hadith di atas, lebih baik baginya jikalau mereka kekal duduk di rumah. Justeru itu, Islam tidak menggalakkan wanita iman bekerja atau keluar rumah. 
Dalam konteks ayat dan hadith tersebut memang sudah banyak pelanggaran terhadap perintah Allah (a.w) yang dibuat oleh wanita-wanita Islam. Antara pelanggaran tersebut menghiasi diri dan dalam konteks memakai pakaian yang cantik dan menarik (malahan mengikut fesyen Barat pula), mencantikkan hiasan dirinya, seperti memakai alis mata tiruan, mencukur alisnya supaya kelihatan nipis dan ‘tajam’, mewarnakan bahagian kelopak atas mata mereka, memakai bedak memerahkan pipi mereka, dan menggunakan gincu bibir yang menampakkan bibir yang seakan-akan basah (wet-look), memakai pakaian yg mendedahkan separuh dadanya atau yg ketat sehingga jelas bentuk buah dadanya dan sebagainya. 
Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa umat Islam di akhir zaman nanti, sabda Rasulallah (s.a.w), akan meniru perangai dan perbuatan atau resmi orang-orang Yahudi dan Nesrani, sedikit demi sedikit - seinci demi seinci, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalah yahudi atau Nesarani itu masuk ke dalam lubang biawak, akan ada umat Islam turut memasukinya, demi mencontohi perbuatan dan perangai mereka!. Sehinggakan, sabda Rasulallah (s.a.w), jika adalah perbuatan kaum Yahudi dan Nesrani itu seorang anak menjimak ibunya (atau anak perempuan berjimak dgn bapanya), maka akan adalah pula umat Islam yang berbuat sedemikian pula! Jika jahil dan jika tidak mengindahkan ketetapan Islam, maka umat Islam akan meniru perbuatan dan perangai orang yg tidak Islam. 
[Nota: Cerita seorang ibu dan seorang anak lelaki berjimak sudahpun berlaku dalam msyarakat Melayu. Begitu jugalah, bapa dgn anak gadisnya berjimak atau abang/adik lelaki berjimak dgn kakak/adik perempuan. Maka dgn itulah dalam Islam di dalam sebuah keluarga, hendaklah dipisahkan tempat tidur anak-anak lelaki dgn anak-anak perempuan. Hendaklah di awasi pergaulan mereka. Kerana, ditakuti terpengaruh oleh hasutan syaitan yg mengakibatkan mereka bersekedudukan pula. Malah, sudahpun dilapurkan dalam akhbar ada kes pernikahan adik beradik, kerana tidak mengenal satu sama lain, berkahwin atau dikahwinkan!] 
Mudah-mudahan, kita dan keluarga kita diselamatkan dari perkara keji tersebut, insya Allah. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment