Tuesday, March 22, 2011

Menarik hari ini: Sekali Lagi Anwar diKorner ...

Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (22 Mar 2011) semua akhbar (termasuklah Kosmo, The Sun, The New Straits Times, The Star, Utusan Malaysia, dan, petang ni, The Malay Mail, memuatkan berita sensasi tentang seorang tokoh politik terkenal di Malaysia dan antarabangsa direkodkan secara sulit melalui kamera pin-hole di sebuah bilik di hotel melakunkan 'hubungan seks haram' (Nota; Dengan kata-katanya lebih direct berzina) pada 21 Feb 2011 yg lalu, dgn seorang wanita yg cerah kulitnya, kata lapuran tersebut. Rekording selama 20 - 30 minit itu ditemui oleh seorang yg bernama Datuk T yg, katanya, disuruh oleh pelakon lelaki tersebut untuk mengambil jam tangannya yg tertinggal di bilik dimana berlakunya peristewa tersebut.
Maka hebohlah pula. Kerana dikatakan pelakon lelaki dalam rekording curi itu menyerupai Anwar Ibrahim, supremo Pakatan Rakyat yg berusaha untuk menjadi Barisan alternative kpd Barisan Nasional dalam Malaysia. Sekali lagi ditokok kpd pertuduhan terhadap Anwar. Kerana kini beliau sedang didakwa di Mahkamah meliwat pembantunya Saiful. Kini dikatakan pula dia melakukan seks haram dgn seorang wanita, kemungkinan besar pelacur, kata lapuran tersebut. Entah bila Anwar akan dapat keamanan hidup. Kini beliau dah berumur 64 tahun (?), hanya ada 6 tahun lagi ditelek dari segi probaability dalam Islam umur umat Muhammad (s.a.w) mengikut adalah antara 60 hingga 70 tahun. [Nota: Dah melepasi 60 tahun jadi mungkin sampai 70 tahun, ada 6 tahun lagi. Mahathir, kini berumur 85 tahun, sudahpun melepasi 70 tahun 'average' umur umat Muhammad tertinggi itu!]
Saudara, kita sebagai seorang Islam tidak wajar terlibat dalam usaha mengaibkan seseorang yg diakui atau dikira atau dianggap Islam. Kerana mengaibkan saudara Islam adalah dosa yg besar dalam Islam. Di ahirat kelak kita pasti akan diaibkan Allah (a.w) sebagai balasan!
Yg kita hairan, mengapakah pihak berkuasa membenarkan orang awam menonton video lucah tersebut, walhal sesiapa yg menunjukkan video lucah ditangkap dan didakwa dan didenda? Mengapakan Menteri HE Dalam Negeri, DS Hishamuddin THussein,  kata dia tak nak ambil tindakan terhadap mereka yg merekodkan adegan tersebut, walhal bukankah itu kesalahan yg berat? Adakah Najib sebagai PM dah tengok klp video itu dan dgn pastas menyebut bahawa polis tak terlibat dalam merekodkan adegan tersebut? Siasatlah dulu, kemudian baru cakap. 
Dan, adakah bukan suatu kesalahan memerangkap dan memvideo orang dalam perkara yg dianggap private atau privacy mereka? nampaknya budaya intip mengintip, busuk membusuk sekarang ini terlalu serius dalam politik. Nampak jelas orang politik, kerana politik dan kuasa, membelakangkan akhirat mereka ... seolah-olah tiada akhirat bagi mereka!
Saudara, sebagai seorang pemimpin Islam keadilan adalah utama. Kerana tanpa keadilan, maka timbullah kezaliman. Kita dahpun tahu bahawa menzalimi seseorang Islam yg lain adalah suatu dosa yg amat berat balasannya di akhirat ...

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, inilah dikatakan kancah politik. Apa yg berlaku sukar utk kita memahami dan akan keluarlah bermacam2 andaian dan tuduhan. Tetapi yg tahu adalah mereka yg terlibat secara lansung dan jangan lupa malaikat & Allah juga tahu. Jadi kita yg tak terlibat secara langsung ini, jadikanlah itu semua satu ikhtibar atas kekuasaan Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Menghukumi. Habiskanlah masa yg tinggal utk kita sentiasalah ta'at kpd Allah & rasulnya dan memohon hidayah Allah semuga kita dimasukkan ke dalam syurga Allah selamat dari api neraka, insya'allah.

    ReplyDelete