Assalamualaikum,
Saudara, seorang sahabat bertanya kpd penulis: Apakah ada jalan pintas ke syurga? Tercengang juga ketika mendengar pertanyaannya itu. Adakah jalan pintas ke syurga??
Penulis bertanya kpdnya: Mengapa dia bertanya sedemikian? Dia kata: Ada seorang sahabatnya yg sudah pertengahan 50han bertanya kpdnya. Petanyaannya itu pada satu perspektif simple, tapi pada satu perspektif lain amat kompleks! Jadi dia tak dapat jawab. Kata kawannya itu, dia takpun dengar mana-mana ulama' atau ilmuwan Islam atau ustaz yg pernah menyebut mengenainya. Soalannya itu adalah: Apakah wujud satu atau beberapa jalan pintas ke syurga? Dia katakan tidak pernah terdengar sesiapa bercakap mengenainya. Dia sendiripun, dulu, tak pernahpun, terbayang dalam fikirannya apakah ada suatu jalan pintas ke syurga? Maklumlah katanya, dia dilahirkan Islam. Kedua ibu bapanya Islam. Tapi, mereka datang dari keluarga yg berada juga kerana ibu bapanya adalah antara orang dulu yg dapat keuntungan dari kedatangan (i.e. penjajahan) British. Dapat masuk sekolah Inggeris, bernasib baik pula lulus OSC/MCE ketika itu dgn Gred 1, maka mudah dapat kerja dgn kerajaan. Kemudian meningkat dalam kerjayanya dgn cepat, sehingga akhirnya menyandang jawatan tinggi dalam birokrasi kerajaan, kemudian bersara mendapat pencen lumayan dan dilantik pula mewakili kepentingan kerajaan dalam beberapa syarikat kepentingan kerajaan dan syarikat swasta.
Bapanya dulu jarang balik ke rumah sebelum Maghrib. Selalu hadir pelbagai function sosial. Main golf dua kali seminggu dan dua kali seminggu pula main golf di Indonesia atau di Thailand dan kadang-kadang di Filifina. Katanya, ibunya juga seorang yg berjaya dalam kareer, bersara sebagai guru besar sekolah kerajaan, kini aktif pula dalam NGO dan pergerakan separa politik. Hingga sekarang sebuk.
Setelah menceritakan latar belakang kawannya itu, dia memberitahu penulis bahawa kawannya itu terasa terbiar dalam hidupnya sejak kecil, kerana kesibukan kedua-dua ibubapanya sama ada ketika siang hari maupun malam hari. Ibu bapanya tidak pula mengutamakan pembelajaran ugama, malah mereka sendiripun tidak istiqamah dalam solat kerana kesibukan harian. Tidak pula mengajarkan dia dan adik-adiknya ugama, kerana ibubapanya hidup di bandar, tak ambil kisah sangat tentang ugama. Mereka beramal ala kadar saja. Tidak pula menggaji ustaz atau guru ugama untuk mengajarkan ugama kpdnya adik beradik. Dia bernasib baik, katanya, kerana dia dibesarkan di sekolah asrama penuh, maka ada program dan aktiviti keugamaan, ada ustaz ajarkan Rukun Islam, Rukun Iman, membaca al-Quran dan bagaimana bersolat khususnya, sedikit sebanyak, tapi tidak sempurna. Katanya, itulah bekalan ugama baginya. Sekarang dia merasa kekurangan. Ada banyak perkara Islam dia tak tau. Ada, yg dia keliru kerana ada ustaz cakap gitu dan gini. Yg mana satu betul, diapun tak tau. Kini, tatkala berada di penghujung hayatnya, dia tertanya ...bagaimanakah hendak menyediakan diri untuk mati!
Kerana merasai dah terlambat, dan merasai belum benar-benar bersedia untuk mati dan menemui Allah (a.w), kerana itu mendengar adanya jalan pintas ke syurga itu suatu yg menarik ... Maka dia ingin mencari apakah ada jalan pintas ...! Soalnya adakah satu jalan pintas ke syurga? Jalan yg pendek, cepat, mudah mendapat syurga? Kalau ada bukankah baik kita juga ikuti?
Saudara, perjalanan kita ke arah Jalan Pintas Superhighway itu adalah melalui pintu gerbang; iaitu firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat: 'Tidaklah Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu.' Kalau adapun jalan pintas itu, inilah permualaannya. Manusia itu wajib faham hakikat ini, dan sebagai 'hamba' atau 'abdi', tanggungjawab manusia adalah ikut perintah tuannya atau yg memilikinya, iaitu Allah (a.w).
Manusia memulakan perjalanannya hanya setelah melalui check-point pertama Jalan Pintas Super Highway itu, apabila disemak Dokumen Perjalanan (atau Paspot) serta Buku Panduan Perjalanan, iaitu sabda Rasulallah (s.a.w): 'Aku Rasul tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegang pada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya' mengikuti Jalan Pintas Super Highway ini. Syarat-syarat perjalanan yg betul mengandungi: pertama, Ayat 19, Surah ali-Imran: 'Ugama di sisi Allah (a.w) itu adalah ugama Islam.'; kedua, Ayat 3, Surah al-Maidah, 'Dan Aku (Allah (a.w)) rida bagi kamu sekelian Islam sebagai ugama kamu'; dan ketiga, Ayat 85, Surah ali-Imran: 'Dan, barangsiapa mengkehendaki selain Islam sebagai ugamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima darinya (amalan dan ibadah), dan dia di akhirat tergolong orang-orang yg rugi.' Justeru itu, dgn bekalan Dokumen Perjalanan itu manusia itu memulakan perjalanannya. Kemudian, dia akan sampai ke check-point kedua di atas jalan pintas itu iaitu Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w), maka dia pasti mendapat syurga.' Dan, ditepi check-point itu ada papan tanda yg memberitahu orang yg melalui jalan itu 'Notis dan Peringatan', iaitu Ayat 14, Surah an-Nisa': Barangsiapa yg menentang Allah (a.w) dan Menentang Rasulallah (s.a.w), dan melanggar had-had atau ketetapan-ketetapan (hudud), pasti akan masuk neraka'. Syurga dan neraka itu adalah penghujung jalan pintas itu. Silap ikut lorongnya, sampai ke penghujungnya yg tidak dikehendaki, iaitu neraka. Kalau diikuti lorong yg betul pada jalan itu, akan ditemui syurga, yg merupakan matlamat terakhir perjalanan kehidupan manusia yg selamat lagi penuh nimat.
Kemudian, selepas check-point ketiga di Jalan Pintas Super Highway, jalan itu berpecah menjadi 73 lorong. Mereka yg melintasi check-point tersebut diberi Buku Peringatan, iaitu Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w), sudah pasti dia mentaati Allah (a.w)' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr: 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil, dan apa-apa yg ditegahnya hendaklah kamu jauhi.' Saudara, check-point ini nampak mudah difahami dan dilalui.
Di check-point ketiga itu manusia akan melihat 73 lorong. Lorong yg mana satukah wajib dia ikuti atau masuki? Bersandarkan 'hidayah' dan 'ilmu', maka manusia boleh memililh satu daripada 73 lorong itu, yg menjamin keselamatan dalam perjalanan menuju ke destinasi yg diinginkan, iaitu syurga. [Nota: 'Hidayah' boleh dicari tapi Allah (a.w) yg kurniakan. Tapi, tanpa dicari dan diusahakan, tak mungkin hidayah itu Allah (a.w) berikan. 'Ilmu' itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa dipelajari melalui sistem dan kaedah yg betul, tak mungkin difahami. Kedua-duanya mengakibatkan manusia itu tidak dapat ikuti lorong yg betul]. Manusia yg berilmu akan tahu bahawa 72 lorong adalah salah, kerana di penghujungnya adalah neraka. Di penghujung Jalan Pintas Super Highway ada dua destinasi penamat yg terpisah. Ikut lorong-lorong yg salah sampai ke neraka. Ikut lorong yg betul dapat syurga. Dalam Buku Panduan yg dibekalkan, manusia sering diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya pilih lorong yg betul, pilih syurga jangan pilih dunia. Tapi, keseronokan pilihan lorong yg benar itu hanya dinikmati di penghujung Highway tersebut. Keseronokan dunia di dapati oleh orang-orang yg ikuti 72 lorong-lorong yg salah itu, nikmatnya dapat ketika di dunia, di akhirat celaka!
Di check-point ketiga itu manusia akan melihat 73 lorong. Lorong yg mana satukah wajib dia ikuti atau masuki? Bersandarkan 'hidayah' dan 'ilmu', maka manusia boleh memililh satu daripada 73 lorong itu, yg menjamin keselamatan dalam perjalanan menuju ke destinasi yg diinginkan, iaitu syurga. [Nota: 'Hidayah' boleh dicari tapi Allah (a.w) yg kurniakan. Tapi, tanpa dicari dan diusahakan, tak mungkin hidayah itu Allah (a.w) berikan. 'Ilmu' itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa dipelajari melalui sistem dan kaedah yg betul, tak mungkin difahami. Kedua-duanya mengakibatkan manusia itu tidak dapat ikuti lorong yg betul]. Manusia yg berilmu akan tahu bahawa 72 lorong adalah salah, kerana di penghujungnya adalah neraka. Di penghujung Jalan Pintas Super Highway ada dua destinasi penamat yg terpisah. Ikut lorong-lorong yg salah sampai ke neraka. Ikut lorong yg betul dapat syurga. Dalam Buku Panduan yg dibekalkan, manusia sering diberitahu oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) supaya pilih lorong yg betul, pilih syurga jangan pilih dunia. Tapi, keseronokan pilihan lorong yg benar itu hanya dinikmati di penghujung Highway tersebut. Keseronokan dunia di dapati oleh orang-orang yg ikuti 72 lorong-lorong yg salah itu, nikmatnya dapat ketika di dunia, di akhirat celaka!
Kemudian, tak jauh dari check-point ketiga itu, dgn syarat, manusia itu berada di lorong yg betul, dia akan sampai pula ke check-point ke-empat; iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Berpegang teguhlah kpd ugama Allah (a.w) secara berjema'ah dan janganlah kamu berfirqah.' dan Ayat 59, Surah an-Nisa': 'Taatkanlah Allah (a.w) dan Taatakanlah Rasulallah (s.a.w) dan 'ulil amri'; maka jika berselisih faham kamu mengenai sesuatu, maka rujuk kembali kpd Allah (a.w) dan RasulNya ...'
Saudara, jalan pintas itu adalah satu lorong setelah kita sampai ke check-point ke-empat yg berpecah menjadi 72 lorong (lanes). Kalau kita berada di lorong-lorong yg lain satu drpd 72 lorong itu, kita pasti tidak sampai ke destinasi yg ditujui, iaitu syurga. Kita akan sampai dgn pasti ke suatu destinasi yg kita tidak ingini, bersama-sama dgn kawan dan rakan taulan lain, yg mengikuti lorong-lorong yg 72 itu. Kita akan sampi bersama-sama mereka - lambat laun - ke destinasi yg sama, iaitu neraka. Justeru itu, jalan pintas itu adalah satu sahaja.
Saudara, menggunakan Buku Panduan di check-point pertama Jalan Pintas Super Highway itu, pastilah manusia itu dapat ikuti jalan atau lorong yg betul. Jika tidak ikuti Buku Panduan itu, mereka akan tersesat. Kkalau tersesat awal, mungkin sempat kembali ke pangkal jalan. Kalau dah tua tersesat bagaimana? Umur adalah minyak yg kita gunakan sepanjang perjalanan kita. Hanya, kita tak tau banyak mana kita ada! Oleh itu, berada di jalan dan lorong yg betul itu awal-awal lagi dalam hidup kita adalah terbaik...
Saudara, kalau adalah apa yg orang kata jalan pintas ke syurga itu, itulah jalannya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment