Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat bahawa apabila mati seorang anak Adam, yakni kita ini, yg dapat memabntu kita hanyalah tiga perkara yg disebutkan dalam hadith dalam post sebelum ini; iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Yang menghantar (atau menemai) orang mati (yakni, mayat atau jenazah) ke kubur ada tiga golongan: (pertama) keluarganya; (kedua) harta kekayaannya; dan (ketiga) amal perbuatannya; maka kembali dua iaitu keluarga dan hartanya dan tinggal tetap bersamanya amal perbuatannya.’ [Hadith Bukhari, Muslim, at-Termidzi dan an-Nasa’i]
Yang menemai mayat kita itu, tiga; iaitu: pertama, keluarga, saudara, sahabat handai, rakan taulan; kedua, harta milik kita; dan ketiga, amal perbuatan (yakni, segala amalan kita ketika hidup); tapi dua itu pasti akan meninggalkan atau melupakan kita lama kelamaan. Keluarganya, satu masa akan sedar bahawa seseorang yang sudah mati tidak perlu ditangisi lagi, hanyal;ahg kenangan. Harta peninggalan sudahpun diagih-agih dan dibahagikan di kalangan anak dan ahli keluarga yg berhak menerimanya. Tetapi, yang tidak lekang dari simati adalah amal dan ibadahnya dan segala perbuatannya semasa hidupnya - baik atau buruk - kekal bersama-samanya di dalam kubur, ketika dibangkitkan di padang makhsyar dan ditimbang di akhirat. Maka dengan itu, jika amal yang ditinggakannya itul amal kebaikan maka akan menyenangkannya, tetapi akan menyusahkannya jika amal kejahatan atau dosa.
Diriwayatkan hadith daripada Anas bin Malik (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Akan menjadi tua Anak Adam (yakni, kita manusia), dan tinggal padanya dua macam: (pertama) sifat rakus dan tamak dan (kedua) angan-angan (yakni, harapan, keinginan dan kehendak nafsunya, yakni, semua yang ada pada manusia akan rosak kecuali sifat tamak dan rakusnya dan angan-angannya).’
Hadith di atas pula menyebutkan bahawa segala sesuatu yang ada pada kita akan menjadi tua atau semakin hilang apabila tua kita, kecuali dua perkara yang tidak pernah tua atau berakhir, iaitu sifat tamak dan rakus dan kedua angan-angan dunianya. Maka dengan itulah kita perhatikan setiap hari kita ditonjolkan dengan pelbagai perangai dan perbuatan manusia mengenai keinginan memaksimumkan dunianya. Sanggup dia berbuat segala sesuatu untuk mendapat kekayaan, kemewahan, kesenangan, pangkat dan darjat dan wang ringgi dan berbagai lagi. Begitu juga banyaknya angan-angannya demi dunianya. Segala sesuatu yang ada pada mereka akan mengikutinya sehingga tua, yakni semakin lemah dan dhaif seperti kewarasan fikiran, kesihatan, terang mata, tajam otak dan fikiran dan hidungnya, kekuatan tangan dan kakinya, ingatannnya. Tetapi, angan-angannya masih kekal kokoh dan banyak dan semakin meningkat pula, walaupun umurnya semakin berkurangan!
Diriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya pertama yang akan ditanyakan dari seorang hamba di hari qiamat daripada nikmat, ditanya: ‘Tidakkah Aku (Allah (a.w)) telah menyehatkan kamu, dan memuaskan kamu dengan air yang dingin?’ [Hadith at-Termidzi & ibnu Hibban]
Di dalam hadith berikut kita diperingatkan bahawa kita sentiasa dalam kerugian dalam memperguna dan menafaatkannya, iaitu kesihatan dan waktu yang ada pada kita. Semasa kita muda dan masih sehat kita lupa dan tidak sepenuhnya memanfaatkan kesihatan kita tu menambah dan mempelbagaikan amalan dan ibadah dan melakukan segala sesuatu demi di sabilillah. Apabila kita sudah tua maka fisikal kita dhaif. Kita tidak mamu lagi berjaga malam atau membanyakkan ibadah sunat. Kita juga diberi waktu, yakni umur muda. Dan jika jangka hayat kita mengiktu Rasulallah (s.a.w) antara 60 hingga 70 tahun, maka kita masih banyak masa untuk memperbaiki amalan dan ibadah serta memperbanyakkannya. Tetapi, kita sering persia-siakan umur kita melakukan sesuatu yang tidak menguntungkan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Dua macam nikmat yang kebanyakan manusia rugi dalam mempergunakan kedua-duanya, iaitu kesehatan (yakni, semasa dia sihat lupa untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah untuk akhiratnya) dan waktu (yakni, tidak sebok dan disebokkan tidak mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah untuk bekalan akhirat). [Hadith Bukhari & at-Termidzi]
Saudara, oleh kerana kehidupan akhirat itu kekal dan segala-galanya ditentukan oleh apa yg kita lakukan di dunia, maka wajarlah kita meneliti supaya yg kita kirimkan untuk akhirat kita itu adalah yg boleh membantu kita - meringankan dosa atau menempah tempat tinggal yg terbaik di syurga. Namun, spt yg disebutkan dalam hadith di atas itu, kitalah yg rugi apabila kita hanya ingat ketika masih bernyawa setelah kita sihat atau setelah kita sebuk dan disebukkan oleh dunia. Tiada masa untuk menambah bakalan untuk akhirat. Atau, tidak lagi mampu melakukan banyak ibadah kerana kita sudah kurang upaya, sakit dan melarat di akhir hayat kita. Oleh itu, wajarlah kita menjadi orang bijak 'make hays while the sun shines' kata orang putih (i.e. bersedia ketika sihat dan lapang).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment