Friday, March 18, 2011

Penyorok Barangan Berdosa Besar

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita diberitahu bahawa seorang orang bisnes yg jujur dan amanah (yakni, dipercayai) akan mendapat ganjaran syurga setahap dgn para nabi para siddiqin dan para syuhada. Sebaliknya, kalau sebagai orang bisnes dia juga menjadi orang yg menyorokkan barangan dengan tujuan untuk meraih keuntungan zaman bekalan kehabisan atau kekurangan, maka dia melakukan dosa yg besar pula. Begitu juga lah peniaga atau orang bisnes yg melariskan dagangannya atau juaananya atau khidmatnya secara berdusta pula, akn menempah neraka di akhirat kelak.
Diriwayatkan hadith dari Ma'mar b Abdillah b Nadlah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'La yahtakiru illa khatiun' (yg bermasud: Tidak menyimpan (atau menyorok) kecuali orang yg membuat kesalahan (i.e. membuat dosa).' [Hadith ibnu Majah, Kitab JualBeli]
Jelaslah kaki sorok atau peniaga yg menyorokkan barangannya ketika diperlukan oleh orang atau pembeli kerana ingin meraih keuntungan berlebihan, adalah melakukan dosa yg besar.
Selain itu, dalam hadith berikut ditegah atas orang iman berniaga atau berjual beli dgn mengenakan harga-harga brasingan terhadap sesuatu barangan.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah hadith dari abi Hurairah berkata melarang Rasulallah (s.a.w) dari (perbuatan) dua jualbeli di dalam satu dagangan (atau barangan).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Dagangan]
Hadith ini menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang seorang iman yg berniaga atau berdagang dgn mengenakan dua harga atas suatu dagangan atau barangan.Contoh: seorang peniaga menjualkan satu jualan katalah Barangan atau Produk A kepada orang yg membeli atau pembeli, tapi pada sifolan A dia kenakan satu harga dan pada sifolan B pula lain harga. Islam tidak membolehkan amalan sedemikian. Setiap barang yg dijual di suatu tempat julanan itu hendaklah dgn harga yg sama. Atau, satu barang itu dijual dgn harga yg sama sama ada dibeli secara tunai ataupun secara hutang atau ansuran. Yg mungkin dibolehkan jika Produk A itu ada sifat-sifat yg berbeza kerana waktu (time-dependent). Mungkin kalau Produk A keluaran hari ini lebih baik dan keluaran bulan lepas kurang baik, mungkin dari segi potensi atau rasa, tapi masih baik untuk digunakan, maka itu dibolehkan, dgn syarat pembeli dimaklumkan atau diberitahu. Inilah amalan kaedah 'product differentiation' amalan julajeli zaman moden, kerana  attribute spt 'freshness' itu mempunyai nilai tersendiri. Demikian juga kaedah 'market discrimination' dibolehkan, kerana kos pengangkutan yg terlibat membezakan harta mengikut lokasi. Atau, kerana hiasan pada Produk A. kalau dijula lambak atau dijual dgn bungkusan yg cantik? Pastilah melibat kos yg berbeza. Tetapi, jika tidak ada bezanya antara Produk A dalam apa segi sekalipun, tetapi dijula dgn perbezaan harga kerana dibeli tunai atau diansur atau secara kredit, tidak dibolehkan dalam Islam. Kerana Islam tidak menghalalkan sebarang unsur riba. Maka tidak boleh wujud diskriminasi harga sewenang-wenangnya secara top-up harga kalau dibeli secara hutang atau kredit atau dibeli secara ansuran.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment