Assalamualaikum,
Saudara, pagi ini kita teliti suatu peringatan dalam ketetapan Islam yg disampaikankpd kita oleh Rasulallah (s.a.w), iaitu tiga golongan: golongan pertama, tentang orang yg memeberi sesuatu kpd orang lain kemudian mengungkitnya kembali; golongan kedua, orang-orang yg memakai pakaian (seumpama kain, jubah atau seluar atau apa saja) yg dilabuhkan (hingga ke bawah buku lali); dan golongan ketiga, orang-orang yg melariskan barangan yg dijualnya atau jualannya dgn bersumpah dusta.
Diriwayatkan hadith dari Kharasyah b Hurri hadith dari Abi Zarr hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak akan melihat Allah (a.w) atas mereka pada hari kiamat dan tidak akan disucikan (i.e. diampunkan) dosa-dosa mereka, dan bagi mereka itu azab yg amat pedih (i.e. menyakitkan).' Berkata kami (para sahabat): 'Siapa mereka wahai Rasulallah (s.a.w)? Maka sungguh rugi dan sangat merugikan mereka!' Maka bersabda Nabi (s.a.w): '(Pertama) Orang yg mengungkit-ungkit (apa-apa yg diberikannya kpd orang lain); (kedua) orang lelaki yg melabuhkan pakaiannya (sehingga ke paras di bawah buku lalinya (atau mata kakinya); (dan ketiga) orang (yg berniaga) melariskan niagaannya (barangan atau dagangannya atau jualannya) dgn bersumpah bohong.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Dagangan]
Saudara, mereka yg tidak diajarkan atau mengaji ilmu as-Sunnah akan ketinggalan banyak ilmu yg kritikal dalam menyempurnakan kehidupan mereka sebagai orang Islam yg beriman. Atau, mereka akan jahil tentang beberapa ketetapan Allah (a.w) yg kritikal walaupun sering dipandang remeh oleh ramai orang, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri, sebagaimana yg disebutkan dalam hadith di atas itu. Namun, ia tetap ketetapan yg fundamental dalam Islam.
Dalam hadith di atas itu, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa tiga kategori orang Islam yg iman akan rugi serugi-ruginya di akhirat kelak. Mereka kerugian yg amat besar iaitu:pertama, Allah (a.w) tidak akan melihatnya atau melihatnya dgn kemurkaan yg amat sangat; kedua, mereka tidak akan diampunkan dosanya kalau dia minta ampun; dan ketiga, mereka akan disiksa dgn siksaan yg amat pedih (yakni, masuk neraka) di akhirat kelak. Saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa nikmat yg ada dalam syurga itu tidak dapat dibandingkan dgn apa jua nikmat di dunia ini. Dan, nimat yg paling pol (kata orang Indon) yakni paling terbesar, trbaik dan terutama adalah peluang melihat wajah Allah (a.w) kelak di akhirat
[Nota: Hanya penghuni syugra yg diber peluang melihat wajah Allah (a.w)!] Golongan orang-orang yg rugi itu adalah:
Pertama, orang yg memberikan sesuatu pembrian atau hadiath atau pertolongan dan seumpamanya kpd seorang yg lain, kemudian kerana sesuatu sebab di kemudian harinya pula dia mengungkit-ungkitnya sama ada kepada orang yg diberikan atau kpd orang lain pemberiannya itu. Ini sering berlaku mungkin kerana tidak ikhlas semasa memberikan atau menghadiahkannya atau kerana berbangga dgn apa yg diberikannya atau menunjuk-nujuk kpd orang lain betapa dermawan atau baiknya dia;
Kedua, orang (lelaki) yg melabuhkan pakaian bawahnya (yakni, pakaian g sampai ke kaki spt seluar, jubah atau kain, yg dipakainya sehari-harian. Pakaian yg labuh bermaksud pakaian yg bahagian bawahnya melepasi atau melebihi kedua-dua buku lalinya atau mata kakinya. Kalau kita ke mesjid dan mana-mana majlis keugamaan yg dihadiri oleh para ulama' dan ilmuwan tersohor, kita akan lihat betapa ramainya mereka yg memakai jubah atau kain atau seluar yg labuh menutup buku lalinya. Ada yg sampai mencecah tanah pula, maka kalau berjalan seluarnya atau jubahnya menyapu daun-daun dan abu di jalan;
Ketiga, orang yag berdagang atau berniaga atau menjual sesuatu barangan atau dagangan di mana-mana saja, terutama di pasar-pasar malam atau dikedainya. Dia bersumpah atau disuruhnya rakan-rakan bersumpah atau menceritakan kebaikan sesuatu barangan atau jualannya itu tanpa bukti yg nayata atau benar, semata-mata tipu helah untuk melariskan atau melakukan barangannya atau untuk mendapat bayaran yg lumayan walaupun barangan yg dijualnya itu tidaklah sebagaimana yg digambarkan olehnya. Ini banyak berlaku. Contoh bila jual buah-buahan dikatanya buah terbaik dari suatu tempat yg diketahui umum baik hasilnya, walaupun sebenarnya buah itu dari tempat lai. Kesemua itu hanyalah tipu helah untuk melariskan jualan.
Saudara, berhati-hatilah dalam jika terlibat dalam tiga perkara yg disebutkan dalam hadith itu. Yg paling tidak disedari oleh kita, termasuklah para ulama' sendiri, adalah pakaian yg labuh itu. Kerana itu ulama' yg tersohorpun melakukannya. Malah di dalam hadith lain disebutkan bahawa lelaki yg memakai sutera - haluske atau kasarke - tidak masuk syurga. tapi, begitu ramai ulama' dan ilmuwan yg tersohor, bukan calang-calang, yg terlibat membeli baju sutera termahal untuk hadir dalam majlis-majlis resmi yg mereka hadir.
[Nota: Sayugia diingatkan bahawa pakaian labuh yg ditegah ini adalah bagi lelaki. Lelaki orang iman memakai seluar atau kain atau jubah yg senteng, sebaik-baiknya sampai ke tahap separuh betis atau sekurang-kurang-kurangnya hanya sampai ke bahagian atas buku lalin, paling labuh. Bagi wanita, pakaiannya hendaklah labuh menutupi tapak kakinya dan hendaklah longgar supaya tidak dapat dilihat susuk badannya, terutama buah dada, pusat dan betisnya.Pakaian wanita man hendaklah menutup kepala seluruh badannya dan yg boleh dilihat hanyalah kedua telapak tangannya dan mukanya. Wanita yg tidak menutup auratnya, termasuk kepala (i.e. rambutnya) atau wanita yg memakai pakaian yg nipis sehingga kelihatan outline colinya (atau buah dadanya) atau yg ketat sehingga boleh dinampak susuk tubuhnya yg ramping, payu daranya yg tegang dan ponggongnya yg bulat dan sebagainya, akan masuk neraka].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment