Wednesday, March 23, 2011

Kematian: Mukaddimah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara kita sambung lagi penelitian kita tentang tajuk di atas. Dgn itu kita tahu apakah tanggungjawab kita sebagai seorang Islam menegnainya. 
Setiap kita berada di dalam masyarakat kita. Ada ketentuan tertentu tentang hubungan antara seseorang itu terhadap masyarakat semasa hidupnya, yakni hablum minan-nas. Dimensi ini akan kita semak secara terperinci dalam Jilid-jilid yang akan datang. Memadailah, bagi tujuan Blog ini kita teliti ketentuan yang berkaitan langsung sahaja. Apabila mati seorang anggota keluarga, yakni jemaah Islam, ada tanggung jawab dan ketentuan mengenai ahli jemaah yang tinggal. 
Diriwayatkan hadith daripada Harith, daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Bagi seseorang Muslim atas seorang Muslim ada enam perkara dengan berbuat baik (kepada satu sama lain): ‘(Pertama) memberi salam apabila bertemu, (kedua) mengkabulkan (yakni, menerima jemputan) ketika dijemput (yakni, diundang ke rumah), (ketiga) mendoakan ketika bersin (dengan syarat yg bersih menyebut kalimah ‘Alhamdulillah’), (keempat) menjenguknya (atau menziarahinya) ketika sakit, dan (kelima) mengiringi jenazah ketika mati dia, dan (keenam) menyayangi apa-apa yang menyayangi diri sendiri.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Hadith ini menjelaskan ada enam hak seseorang yang Islam itu terhadap saudara Islamnya yang lain (Sila rujuk konsep satu umat yang disebutkan sebelum ini di dalam al-Quran), iaitu: 
Pertama, apabila seseorang Islam itu berjumpa dengan saudara sesama Islam, sama ada dia kenal atau tidak kenal orang tersebut, memberi ‘salam’ dia dengan mengucapkan ‘Assalamualaikum’ (paling rengkas) kemudian dibalas oleh yang menerima ‘salam’ itu dengan, ‘wa alaikumussalam warahmatullah’ (sekurang-kurangnya)[Nota: dalam islam kita disuruh oleh Allah (a.w) membalas dgn kata-kata yg sama atau lebih baik]; 
Kedua, apabila dijemput ke rumahnya kerana majlis kenduri atau makan atau apa saja keramaian yang dibenarkan oleh syara’ (i.e. mengikut syariat Islam) hendaklah diterima dan hadhir [Nota: Jika tidak dapat hadir maka mintalah izin dari orang yg menjemput]; 
Ketiga, apabila bersin seorang saudara Islam dan dia menyebut ‘Alhamdulillah’, dan kita ada bersamanya, maka hendaklah didoakan dengan berkata ‘Yarhamkumullah ba lakum’; 
Keempat, sekiranya saudara sesama Islam sakit hendaklah kita lapangkan masa lawati atau ziarahi dia; 
Kelima, ketika mati saudara sesama Islam maka hendaklah kita iringi jenazahnya (uruskan jenazahnya), dibawa ke perkuburan untuk dikebumikan [Nota: Kita mendapat pahala satu kirat menziarahi jenazah saudara kita, dan mendapat satu kirat lagi, apabila mengiringi jasadnya ke kubur. Satu 'kirat' = pahala sebesar gunung Uhud. Gunung Uhud itu adalah banjaran gunung yg terasing yg panjangnya sejauh 7.5 kM] ; dan 
Keenam, hendaklah kita menyayangi apa-apa atau sesuatu yang disayangi oleh saudara sesama Islam kita. 
[Nota: Di dalam Islam setiap kita bersaudara antara satu sama lain. Kita wajib mengasihi saudara Islam yang lain. Masyarakat Islam itu adalah satu ummah dan satu jemaah, tidak kira di mana seseorang Islam itu berada dan tidak kira taraf dunianya, kerana yang kaya ada tanggung jawab terhadap yang miskin dan yang miskin pula ada tanggung jawab mereka pula. Allah (a.w) berfirman pada Ayat 11, Surah al-Hujurat: 'Sesungguhnya apa-apa orang iman itu adalah (sesama mereka) bersaudara, maka berbuat baiklah antara saudara-saudara kamu sekelian ...']. Maka Allah (a.w) berfirman apakah orang Islam itu sanggup memakan daging saudaranya yg mati?

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment