Tuesday, March 22, 2011

Menarik Kelmarin: Najwa Mahiyadin Selebriti Baru ...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar free The Malay Mail keluaran kelmarin (21 Mar 2011) ada cerita menarik di ms 21 ruangan 'Entertainment'. Kerana tak sempat dituliskan, dituliskan juga hari ini. Cerita seorang penuntut Berklee College of Music di Boston, USA, bernama Najwa Mahiyadin (25 tahun, katanya), mengeluarkan album sulungnya berupa lagu-lagu Inggeris, album terjodol 'Innocent Soul'. [Nota: Najwa = Bisikan]. Selain nama, gadis itu tak ubah macam selebriti lain - tak bertudung, pakai skirt, kelihatan kejelitaan seorang dara sunti...Demikianlah anak-muda Melayu zaman maya ini. Takda bezanya dgn anak gadis China atau India atau apa bangsapun, sama. Yg membezakannya hanyalah nama. Ugama? Nampaknya dia Islam kerana kedua ibu bapanya Islam, dia dilahirkan Islam, dari keluarga orang Islam, tapi keluarga moden - Melayu yg sudah moden - tidak terikat lagi kpd budaya kekampungan dan sebagainya. Maklumlah bapanya TS Muhyiddin Yassin TPM Malaysia. Tak silap ibunya selalu keluar dalam gambar akhbar bertudung. Tapi anaknya tak? Mungkin kerana melambangkan lifestyle seorang penyanyi, yg penampilannya mewajibkan tidak bertudung.
Begitu resamnya umat yg akui diri mereka Islam zaman akhir ini. Perkara aurat sudah diketepikan, namun masih akui seorang Islam yg baik dan taat, kerana solat fardu dibuat, puasa Ramadhan di buat, dan bersedekah, bayar zakat fitrah dan zakat, kemudian sampai serunya naik haji dan kerjakan umrah - setelah lewat umur 55 tahun biasanya! Tapi, rambut direbangkan tidak ditudung. 
Apabila jadi selebriti maka pakaian di ketatkan, bahagian baju di dada dilondehkan supaya nemap sebahagian buah dada mereka, baju dinipiskan pula, rambut diwarnakan, kemudian membuat persembahan dgn pergerakan badan yg mengghairahkan pula. Itulah kemungkinan bagi Najwa Mahiyadin, apabila berjaya kelak. Seolah-olah ugama Islam itu mensyaratkan aurat itu bukan perintah wajib Allah (a.w). Kita lihat isteri-isteri pemimpin hari ini majoriti tak bertudung - isteri Najib, isteri Mahathir dul;u dan sekarang. Menutup rambut dan emakai pakaian longgar bukanlah budaya orang Melayu Islam, walaupun itulah ketetapan Allah (a.w) ...
Saudara, mungkin Muhyiddin dan isternya gembira lihat bintik-bintik kejayaan anak dara mereka. Kalau menjadi pula selebriti penyanyi lagu-lagu Inggeris, yg popular di US atau UK, bukankah itu satu pencapaian pertama orang Melayu? Benarlah, Melayu semua boleh. Manalah tahu Najwa berada di tempat pertama Countdown Top 20 kelak, sebagaimana dicapai oleh penyanyi spt Britney Spears atau Beyonce Knowles atau Christina Aguellera dan seumpamnya. Akan menjadi jutawanlah dia. Maka, dapatlah dia dunianya dan akhiratnya, yg kini mula tertinggal, disebokkan oleh konsert sana dan sisi sebagai selebriti pula, dan ketinggalanlah solat dan lain-lain amalan yg fardu dan sunat, maka akhirat akan teruslah meninggalkannya pula. Lebih-lebih lagi kalau dia abaikan ketetapan Islam dan tidak pula tahu dan faham Islam. Dan, rugilah kedua ibu bapanya di akhirat, kerana akan ditanya pula oleh malaikat, 'apakah sudah diusahakan memertabatkan perintah Allah (a.w): 'Qu anfusakum wa-ahikum nara?' (yg bermaksud: Jagalah diri kamu dan keluarga amu dari neraka) [Ayat 6, Surah at-Tahrim]
Jelaslah kedua ibubapanya - sudahlah disebukkan oleh politik sebagai TPM dan Menteri Pelajaran (atau Pendidikan) yg dicabar oleh banyak orang kerana masih bersimpati dgn novel Interlock yg tidak disetujui oleh bukan Melayu, kerana ada kalimah 'pariah' dalamnya (yg kononnya menjatuhkan marwah orang keturunan India sebagaimana kalimah 'Keling' pernah suatu masa dulu hebat menimbulkan kemarahan masyarakat India. Di duniapun sudah timbul fitnah dan kegetiran, akan muncul pula di akhirat kerana fitnah dari anak.
Firman Allah (a.w) dalam Ayat-ayat al-Quran, iaitu Ayat 9, Surah al-Munafiqkun - Allah (a.w) peringatkan manusia janganlah harta dan anak pinak menghalang kita dari mengigatkan Allah (a.w) (termasuk mengingati tegahan Allah (a.w) yg merugikan kamu di akhirat kelak), Ayat 14, Surah at-Taghabun yg memperingatkan kita bahawa isteri-isteri kita dan anak-anak kita adalah musuh kita dalam memperhambakan diri kpd Allah (a.w) dan dalam mencari kesejahteraan akhirat, maka beringatlah, dan Ayat 15, Surah at-Taghabun dimana Allah (a.w) peringatkan kita bahawa harta dan anak pinak kita itu adalah cubaan atau fitnah yg berat bagi seorang ibu dan bapa dalam menyiapkan diri mereka untuk mentaati Allah (a.w) dan berjaya di akhirat.
Saudara, semoga TPM dan isterinya tidaklah kecundang dalam menangani realiti baru mendapat anak yg bakal menjadi penyanyi dan selebriti. Mereka berdua tak wajar risau, kerana mereka yg menyetujui anaknya ikut bidang akademik dan kerjaya yg pasti menjuruskan Najwa ke arah musik dan hiburan ...

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, teknoloji zaman kini menjadikan dunia ini nampak kechil sekali ( memang kecil pun di sisi Alla SWT ). Berita sedemikian mudah didapati sungguhpun berada beribu batu jauhnya.

    Tentang perkara di atas, ini menggambarkan betapa sukar utk ibu bapa mendidik anak2 supaya menjadi orang iman, yg akan sekurang2nya dapat diharapkan mendoakan kpd ibu-bapa mereka yg telah meninggal. Kalau tidak diserapkan budaya ngaji Quran & hadith kpd anak2 kita sejak dari kecil lagi, sudah pasti mereka sukar utk menghadapi cabaran terkini yg sungguh kompleks & mencabar dan melalaikan. Mereka akan sebuk mengejar perkara2 dunia dan melalaikan perkara akhirat. Tak kiralah kedudukan kita sebagai ibu-bapa berpangkat orang biasa ke, raja ke, menteri ke, ulama ke sudah pasti kita akan menghadapi masalah sedemikian. Syaitan akan sentiasa mencari berbagai2 cara & helah utk membawa mereka yg lalai kpd perentah Allah & Rasulnya ke neraka. Hanya dengan adanya pertolongan dari Allah ( janji Allah ) maka mereka bolih selamat dari pengaruh syaitan. Nak mendekati Allah pula kita mestilah ada ilmu dan nak dapat ilmu mesti ngaji, tak ada pilihan lain. jadi rugilah mereka2 itu.

    Jadi ingatlah kpd firman Allah, "Jagalah dirimu dan ahli2mu dari api neraka". Cubalah sedaya yg kita mampu dan sentiasa berdoalah memohon pertolongan Allah semuga Allah mengkabulkan doanya itu, Isya'alla.h

    ReplyDelete