Assalamualaikum,
Saudara, berzikir mengingatkan Allah (a.w) adalah suatu amalan yg amat baik, kerana Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) seringkali ingatkan kita orang iman supaya jangan lupa berzikir memuji dan mengagungkan Allah (a.w) pada bila-bila masa sahaja, terutama ketika lapang.
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg membanyakkan zikir pada Allah (a.w) maka sungguh-sungguh terpelihara dia dari sifat-sifat kemunafikan.' [Hadith at-Tobrani]
Saudara, demikianlah baiknya amalan membiasakan diri berzikir kpd Allah (a.w). Ada banyak kalimah-kalimah zikir itu termasuklah membaca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah', 'Allahu Akbar', membaca 'astaghfirullah', membaca kalimah Tahlil 'lai-ilaha ilallah' dan sebagainya. Semua ini boleh dibaca pada bila-bila masa. Bukanlah lebih baik berzikir dari berborak-borak kosong. Sering kita lihat orang Melayu, terutama perempuan, berborak kosong bila lapang di pejabat.Walhal yg mendatangkan dosa adalah dua perkara iaitu percakapan dan perbuatan. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita, umatnya, kalau takda perkara baik untuk dicakapkan lebih baik duduk diam. Dan, lebih baik berzikir. Kerana, jika berbhong jadi munafiq, jika mencaci menghapuskan segala pahala amalan ... dan memasukkan kita ke dalam neraka!
Saudara, sifat-sifat munafiq itu, jika banyak ada pada kita maka kita menjadi orang munafiq! Apakah ciri-ciri orang munfaiq? Atau, lebih tepat siapa orang munafiq? Orang munafiq itu adalah: pertama, apabila dia bercakap, dia bercakap bohong; kedua, apabila diberikan suatu amanah, tidak dijaganya amanah atau dia melupakan amanah tersebut; dan ketiga, apakala dia berjanji tidak ditepatinya. Mudah kjadi orang munafiq. Dan, ingatlah orang munafiq itu dibenci Allah (a.w). Di akhirat kelak dimasukkan ke dalam neraka yg paling bawah tempatnya, jauh lebih terkebawah dari tempat orang kafir (Ayat 145, Surah an-Nisa').
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment