Tuesday, March 22, 2011

Kpd Allah (a.w) Kita Pasti Kembali ...

Assalamualaikum,
Hari ini hari kesedihan menimpa ramai orang, Islam dan yg bukan Islam, kerana kembalinya kerahmatullah (istilah orang Melayu suka pakai) dua orang yg ternama, paling tidak, dua orang yg ada hubungan rapat dgn orang-orang yg terkemuka di Malaysia.
Dilapurkan dalam akhbar, termasuklah akhbar Kosmo terbitan hari ini (22 Mar 2011), bahawa kelmarin meninggal:

(1)   Almarhum Tengku Bariah al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah (usia 78 tahun), bonda kpd SPB Yg DiPertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin, dan
(2)   Almarhum Datuk Paduka Saleha Mohd Ali (usia 88 tahun), kakak ipar T Dr Mahathir Mohamed (usia 85 tahun) atau kakak pada isterinya, T Dr Siti Hasmah Mohd Ali (usia 85 tahun).

Saudara, dua personaliti di atas itu dianugerahkan Allah (a.w) umur yg panjang suatu nikmat yg besar. Panjang usia dan sehat pula, satu nikmat yg lagi besar pula. DPSaleha (88-63 =) 25 tahun lebih lama dari usia Rasulallah (s.a.w) dan (88 - 33 =) 55 tahun lebih lama berada di dunia berbanding dgn Nabi Isa (a.s). Begitu juga Almarhum Sultanah, walaupun 10 tahun lebih muda dari Saleha, namun juga lebih lama hidup dari Rasulallah (s.a.w).
Saudara, kita mungkin tak sempat masuk umur 50 atau 60 apatah lagi melewati umur 70han, walaupun Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita, bahawa on average umur umat beliau adalah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Kedua-dua personalaiti tersebut melepasi average tertinggi tersebut. Malah Mahathir dan Hasmah kini sudah 15 tahun lebih daripada had umur average umat Muhammad itu. Alangkah besarnya nikmat dunia yg didapati!
Saudara, kpd keluarga, sahabat handai mereka kita, hulurkan simpati kita, dan mendoakan semoga Allah (a.w) mengasihi roh-roh mereka. Kita ucapkan 'Inna lillahi wa-inna ilahir raji'una' (yg bermaksud: Sesungguhnya dari Allah (a.w) kita didatangkan ke dunia, dan kepada Allah (a.w) kita dikembalikan). Yg penting agar kita jadikan berita kemangkatan/kewafatan mereka itu sebagai peringatan bagi kita juga. Kerana, suatu hari, kita pasti akan menjejaki mereka - kembali menemui Allah (a.w).
Yg penting pada kita yg masih hidup adalah mengimbas kembali apakah yg sudah kita kerjakan sepanjang umur kita yg akan menyelamattkan kita dari siksaan neraka? Apakah dan sebanyak manakah bekalan amalan yg telah kita stokkan untuk menjamin kesejahteraan akhirat kita? Kalau hanya setakat mengerjakan solat 5 waktu sehari semalam, kita puasa dalam bulan Ramadhan, kita keluarkan zakat, dan kita tunaikan haji dan umrah sahaja - itu tidak cukup persiapan! Tidak memadai untuk mendemokan kesyukuran kita kpd nikmat Allah (a.w) yg kita terima selama ini. Apatah lagi kalau kita diberi kesempatan hidup sekian lama pula. Dalam pada itu, apakah telah kita hitung apakah dosa yg belum kita taubatkan? Berapa banyak dosa yg kita lakukan, berbanding dgn pahala, apakah timbangan dosa lebih berat? Atau, sepanjang hidup kita kita telah lakukan banyak perkara yg membatalkan ganjaran pahala ibadah dan amalan kita?
Saudara, setiap berita kematian yg kita dengar adalah peringatan bagi kita yg hidup untuk menyemak semula kehidupan kita selama ini dan mengira-ngira apakah kelak kesudahan kita di kubur, di makhsyar dan di alam akhirat yg kekal itu? Rasulallah (s.a.w) memberitahu sesiapa yg mengira-ngira (i.e. membuat hisaban atas dirinya sendiri sebelum di hisab di akhirat), akan diringankan hisaban atas dirinya. Lebih lanjut umur kita lebih banyak kita berdosa dan juga lebih banyak kita boleh membuat kebaikan dan mengirim pahala untuk akhirat kita. Kita yg tentukan.
Kita telahpun tahu melalui post yg lalu ketika mati anak Adam, terputus peluang untuk mengirim pahala untuk akhiratnya. Selain amalannya yg sudah-sudah, hanya tiga perkara yg mendatangkan keuntungan akhirat yg terus mengalirkan pahala untuk akhirat: pertama, sedekah jariahnya untuk fi sabilillah; kedua, ilmu (tentang Islam) yg dimanfaatkan olehnya dgn menyebar dan mengajarkan orang lain; dan ketiga, anak-anaknya yg soleh dan solehah yg mendoakan kesejahteraan terhadapnya. Yg lain, apa saja yg kita lakukan semasa hidup, tak ada gunanya ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment