Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang tajuk dia atas, iaitu ketetapan Islam tentang hubungan anak-anak dgn kedua ibubapa mereka.
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w), namanya Abdullah bin Mas’ud (r.a.), katanya: ‘Telah aku tanya akan Rasulallah (s.a.w), maka kataku: ‘Ya Rasulallah (s.a.w) apakah dari segala amal itu lebih utama?’ Sabdanya ialah: ‘Solat pada awal waktunya [yakni, apabila sudah masuk waktunya dan orangpun bang (azan), kamupun solat, maka dapatlah kamu amal yang lebih utama (afdhal) telah kamu buat]’ [Kemudian bertanya Ibn Mas’ud lagi]: ‘Apakah setengah daripada amal yang lebih utama lagi kemudian daripada solat awal waktu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabdanya: ‘Berbakti kepada kedua ibubapa.’ ” ‘Kemudian bertanya lagi aku [sambung Ibn Mas’ud lagi] akan Rasulallah (s.a.w), ‘Apa amal yang lebih afdhal kemudian daripada berbuat bakti kepada kedua ibubapa itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Katanya: ‘Perang sabilillah (yakni, berjihad di jalan Allah (a.w)’. Kemudian daripada habis tiga pertanyaanku kepada Rasulallah (s.a.w) itu, lalu diam Rasulallah (s.a.w) daripadaku. Tiada lagi apa-apa cakapnya.’ [Hadith hasssan dan sahih at-Termidzi]
Saudara, apakah ketetapan dalam hadith tersebut? Pertama, dalam sebegitu banyaknya amalan seorang Islam itu, yg paling utama adalah bersolat pada awal waktunya, yakni ketika masuk waktu sesuatu solat fardu itu, disolatkan pada awal waktunya. Kedua, anak-anak yg berbakti kpd ibubapanya. Melakukan segala sesuatu yg disuruh ibubapanya atau melakukan sesuatu yg menyukakan hati kedua ibubapanya. Ketiga, berjihad pada jalan Allah (a.w) (yakni, fi sabilillah).
Dan sepotong hadith lain pula, iaitu berikut:
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w), yang masyhor alimnya serta penulis wahyu Rasulallah (s.a.w), namanya) Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ass (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) sabdanya: ‘Bahawa keridaan Allah (a.w) itu pada [yakni terletak di atas] keridaan bapanya (dan ibunya). Maka apabila suka hati (yakni, rida) bapa (dan ibunya) itu dengan sebab (anaknya) menurut apa kemahuannya dan perintahnya, nescaya rida Allah (a.w), maka rida Allah (a.w) itu memasukkan (anak-anak) ke dalam Syurga. Dan murka Allah (a.w) itu atas kemarahan bapanya (dan ibunya). Maka apabila marah bapa (dan ibu) itu terhadap anaknya (dengan sebab tidak menurut kehendaknya dan suruhannya yang diizin Allah (a.w)) nescaya murka Allah (a.w), maka (kerana itu) dimasukkan anak itu ke dalam Neraka.
Barangsiapa berpagi ia orang yang disukai oleh ibubapanya, nescaya berpagi ia dua pintu Syurga terbuka untuk dia masuk ke dalamnya, dan berpetang ia orang yang disukai oleh ibubapanya, nescaya ketika petang terbuka dua pintu Syurga untuk dia memasukinya; dan jika orang yang disukai oleh seorang daripada keduanya, nescaya terbuka satu pintu Syurga, walaupun ibubapanya itu zalim sekalipun [diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) tiga kali kalimah 'zalim' itu] terhadap mereka. Dan, jika berpagi-pagi ia orang yang dimurkai oleh kedua ibubapanya, maka terbuka dua pintu Neraka untuk dia masuk, dan barangsiapa berpetang seumpama demikian itu, jadi terbuka dua pintu Neraka baginya, dan jika seorang [daripada keduanya] murka, terbuka satu pintu Neraka. [Ini pasti berlaku] walaupun kedua-dua atau seorang daripada keduanya itu zalimpun terhadap anaknya (ungkapan ini diulang Rasulallah (s.a.w) tiga kali).’ [Hadith at-Termidzi].
Saudara, apakah pula ketetapan hadith di atas itu? Pertama, disebutkan bahawa Allah (a.w) rida terhadap seorang anak itu jika rida kedua bapanya terhadap anaknya. Kedua, jika ibubapa seorang anak itu gembira dgn anaknya ketika pagi hari, maka dibuka dua pintu syurga untuk anaknya masuk ke dalam syurga, dan jika gembira kedua ibubapa anak itu ketika petang hari, maka terbuka dua pintu syurga untuk anaknya memasuki syurga. Kesimpulannya, jika seorang anak itu tidak mendapat keridaan kedua ibubapanya, maka pastilah Allah (a.w) tidak rida terhadapnya. Demikianlah utamanya seorang anak itu sentiasalah dia berusaha membuatkan kedua ibubapnya rida terhadapnya. Jika begitu, apakah seorang anak itu mendapat leridaan ibubapanya jika dia sentiasa melawan dan mengingkari perintah dan suruhan mereka? Atau, melakukan segala sesuatu yg tidak disukainya. Apakah kedua ibubapa rida apakala anaknya menghantarkannya tinggal di rumah penjagaan orang tua ketika mereka sudah tua, lemah dan dhaif? hari ini begitu ramainya anak, kerana pelbagai sebab, termasuk mematuhi karenah isterinya, tidak mahu menjaga ibubapanya yg sudah dhaif dan tua. Apatah lagi kalau ketika tua ibubapa itu sering fussy dan bercakap perkara-perkara yg tidak disukai oleh anaknya pula.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment