Friday, April 1, 2011

Menarik Kelmarin: Wacana Sinar Harian Tentang Ajaran Sesat

Assalamualaikum,
Saudara, kelmarin (31 Mar 2011) Kumpulan Karangkraft, pihak yg menerbitkan akhbar Sinar Harian mengadakan program sulung Siri Wacana Sinar dgn tajuk 'Benarkah Sesat: Debat atau tangkap?' dgn menampilkan tiga tokoh, yg popular dan glamour, iaitu senator Dr Mashitah, Timbalan Menteri di JPM, Dr Mohd Asri, mantan Mufti Perlis kini profesor madya di USM dan Zabidi, mantan penasihat undang-undang Arqam yg ditahan di bawah ISA, katanya, selama 3 1/2 tahun. Dr Mashitah agaknya mewakili kerajaan (Nota: beliau juga seorang columnist dgn akhbar Sinar Harian), manakala Dr Asri adalah personaliti kontroversial yg dilabel oleh para ulama' arus perdana sebagai pengikut fahaman Wahabbi dan pendukung fahaman ulama' moden yg sering tidak disukai oleh para ulama' tradisional arus perdana. Beliau juga penyumbang ruangan 'Rehal/Islam Itu Rahmat' dalam Sinar Harian juga. Zabidi pula orang yg dapat diconvert oleh kerajaan melalui program pemulihan KDN sehingga dijadikan salah seorang penceramah untuk menjelaskan fahaman Arqam kpd masyarakat Melayu yg berminat dgn Arqam.
Hari ini dalam Sinar Harian dimuatkan apa-apa yg dibuahkan oleh mereka dalam wacana tersebut. Nampak gah, tapi tak seberapa. Apakah mereka yg hadir benar-benar faham Islam dan syariatnya? Apakah mereka dapat membezakan Islam yg haq dgn Islam yg palsu? Sesi itu hanya dapat menonjolkan pandangan sektarian pihak kerajaan (yg uruskan hal ehwal Islam) sebagaimana dilambangkan oleh Mashitah, dan pandangan orang yg sering diganyang oleh pihak pentadbir urus ugama spt JAIS, iaitu Asri. Zabidi pula melambangkan orang yg menjadi pengikut yg taksub kpd ajaran suatu pihak dalam kejahilannya. [Nota: saudara mungkin terasa pelih lagi anih mengapakah profesional spt Zabidi yg boleh terpengarauh oleh orang spt Asha'ari, yg dimertabatkan begitu tinggi dgn diberi kemewahan seumpama 'Imam' jema'ah Islam yg diciptanya? kalau orang yg berilmu (i.e. ilmu dunia) boleh ditawan oleh orang yg practically tiada pendiudikan yg tinggipun, maka apakan jadi kalau sesuatu perkumpulan di pimpin oleh orang yg bijak lagi cerdik?]
Mashitah mendefinasikan 'sesat dalam Islam' sebagai menganuti suatu ajaran atau fahaman yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Begitu umum dan begitu longgar! Namun, hakikatnya benar. Kerana yg dikatakan Islam dan syariatnya itu, termasukah cara dan gaya hidup serta format adab dan akhlak penganutnya, adalah al-Quran dan as-Sunnah. Beliau betul. Tapi, pengamal Islam, terutama mereka yg mentadbiruruskanjema'ah umat Islam di Malaysia tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam mentadbirurus orang Islam! Asri sendiri, walaupun berilmu tentang Islam kerana dia pernah menjawat jawatan tinggi establishment Islam dan kini seorang pensyarah yg kanan juga, tidak memberikan definasi mengenai apa yg sesat dan apa yg tidak sesat atau golongan mana yg sesat dan yg mana pula tak sesat. Beliau lebih menonjolkan pendapatnya bahawa sebelum dilakukan apa-apa patut diadakan 'intellectual discourse', katanya dan jangan tangkap dulu kemudian baru nak bincang. [Nota: Islam adalah ugama Allah (a.w) bagi manusia dan jinn, makhlukNya anuti. Islam bukanlah satu academic subject atau topik diskusi secara intelektual, sebagaimana yg dicadangkan oleh Asri. Islam dan syariatnya bukan untuk didebatkan. Islam adalah untuk dipelajari, difahami, diikuti dan diamalkan oleh manusia sebagai landasan untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) yg memberi mereka peluang hidup di dunia ini selama, on average' 60 hingga 70 tahun! Jika seseorang itu tidak Islam maka dia sesat, kerana destinasi hidup adalah kematian, dan apabila mati ada syurga dan neraka, iaitu destinasi yg kekal dan destinasi penamat. Manusia boleh pilih satu dari dua destinasi, iaitu syurga atau neraka. Yg sesat pasti dapat neraka, tak kira dia Islamke atau Kristianke atau Majusike atau Yahudike atau Budhiske atau athiestke. Itu saja.] 
Maka, justeru itu. Tidak wajar wujud 'intellectual discourse' spt yg dipintanya. Jadi isu 'ajaran sesat' yg sebenarnya pada kacamata Islam tidak diperjelaskan.
Saudara, spt yg dirumuskan, mereka yg hadir tak dapat banyak, takpun konkrit dari Wacana ini kelmarin. Mereka yg datang inginkan kefahaman dari penjelasan yg mereka harap-harapkan, tapi hampa. Mereka masih tertanya. Mungkin wacana seterusnya boleh menolong mereka memahaminya. Namun, kumpulan Karangkraft dapat publisiti yg besar, kerana dihebah-hebohkan kpd umum hari ini, seolah-olah satu pencapaian yg substantive!
Insya Allah, kita akan muatkan dalam beberapa post dalam blog ini apakah ajaran sesat itu dalam Islam. Dan, bagaimanakah mungkin Islam wajib uruskan keadaan sedemikian berpandukan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran dan) ketetapan Rasulallah (s.a.w) (i.e. as-Sunnah) [Nota: Ketetapan Allah (a.w) itu merangkumi ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah, yg Allah (a.w) wahyukan kpd Rasulallah (s.a.w) segala sesuatu yg menjadi ketetapan Islam selain al-Quran (Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr)).

Jazakallahu khairah


1 comment:

  1. Askm, Saya ada memghadiri wancana itu dan setuju bahawa yg sdr katakan. Kami yg memcari utk memahami apakah yg dikata sesat itu dan masih kelabu apa yg di katakan mereka.

    Pada pendapat saya tak ada gunanya berdebat tentang apa itu Islam yg benar. Pada saya ketika mencari apa yg Islam yg satu itu selama hampir 10 tahun baru menjumpainya apabila terjumpa hadith " Aku tinggalakn kalian 2 perkara, Quran & Sunnahku. Jika kalian rujuk kpd kedua2nya, maka kalian tak akan sesat selama2nya". Itu pendirian saya sehingga sekarang utk menerima dan mengamalkan ajaran Islam yg haq, semuga Allah SWT redhai. Selain dari itu, SESATlah. Jika hadith itu tak menyentuhi hati sesaorang itu sebagai ianya menyentuhi hati saya ( hidayah Allah ) maka berdoalah kalian utk mendapatkan hidayah Allah.

    Pernahkan kalian terfikir setiap kali kalian membaca surah Fatihah dlm setiap solat, kalian telah ( berdoa)memohon petunjuk Allah tapi kenapa masih belum mendapat hidayah Allah..... renung2lah.

    ReplyDelete