Friday, April 8, 2011

Jatuh Sakit: Hikmah Disebaliknya

Assalamualaikum,
Saudara, sebagai manusia biasa ada ketikanya kita sihat dan ada pula ketikanya kita sakit. Seseorang yg beriman itu dia rida apabila jatuh sakit kerana sebagaimana kebaikan dan keburukan, kedua-dua kejadian itu adalah fitnah (atau cubaan). Begitu jugalah kesihatan dan sakit, juga cubaan. Ada hikmah disebalik semua yg berlaku kpd kita.
Diriwayatkan hadith dari Abu 'Uwanah hadith dari Abdil Malik b 'Umarin hadith dari Umil A'la-i berkata: 'Menjengok padaku Rasulallah (s.a.w), dan aku sedang sakit, maka bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Bergembiralah engkau wahai Ummu 'A'la-i; maka sesungguhnya penyakit seseorang Islam itu menghilangkan Allah (a.w) dengannya (yakni, sakit itu) beberapa dosa sebagaimana menghilangkan api pada karat-karat emas dan perak (yakni, ketika dilebur dalam api itu, menjadi bersih dari kotorannya).' [Hadith Abu Daud, Kitab Jenazah]
Demikianlah saudara bagi seorang Islam itu apakala dia rida serta sabar ketika ditimpa penyakit tidak merintih dia, maka Allah (a.w) mengikis sebahagian dari dosa-dosa yg ada padanya, menjadikan dia bersih dari beberapa dosa-dosa. Justeru, sebagai seorang Islam yg kental imannya, dia tetap bersabar ketika menghadapi cubaan spt ketika jatuh sakit.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment