Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang ini kita akan teliti beberapa perspektif intipati Seminar anjuran Kerajaan Negeri Perlis: 'Berpegang Kpd al-Quran dan as-Sunnah' yg berlangsung di Hotel Royal Chulan, KL pada 23 & 24 April 2011 yg lalu. Temanya berkisar pada Ayat 103, Surah ali-Imran ('Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...', yg diterjemahkan oleh mereka yg terlibat dalam Seminar tersebut: 'Berpegang teguhlah kamu semuanya kpd tali (ugama) Allah (a.w) (yakni, Islam) dan jangan bercerai berai'. Kita akan teliti maksud kalimah yg digariskan itu.
[Nota: Inilah terjemahan ayat tersebut mengikut majoriti umat Islam sekarang. Mereka terjemahkan kalimah 'jami'an' bermaksud 'kesemuanya'. Malah dalam kitab 'al-Quran dan Terjemahnya' terbitan kerajaan Arab Saudi yg dihadiahkan kpd semua jema'ah haji tahun lepas, dan mungkin pada tahun-tahun akan datang juga, diterjemahkan sebagai 'Dan berpeganglah kamu semuanya kpd tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai ...'. Penulis gariskan kalimah 'jami'an' dan kalimah terjemahannya 'kesemuanya', keranapentafsiran tersebut tidak betul menurut apa yg sebenarnya dimaksudkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kita sedia maklum bahawa perintah Allah (a.w) dalam al-Quran adalah semua manusia diwajibkan alkui Allah (a.w) tuhan mereka yg esa dan Muhammad (s.a.w) adalah utusan Allah (a.w) yg ditugaskan membawa ugama Allah (a.w) Islam yg diwajibkan atas mereka sebagai menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat (= 'Aku (Allah) jadikan jin dan manusia tidak lain kerana untuk mengabdikan diri mereka kpdKu'). Justeru itu jin dan manusia tiada pilihan kecuali utnuk mengabdikan diri kpd Allah (a.w) menepati ketetapan Allah (a.w) sebagaimana yg dicontohkan (dan diajarkan serta ditunjukkan atau didemokan) oleh Rasulallah (s.a.w) (= berdasarkan as-Sunnah). Justeru itu, tidak perlu Allah (a.w) mengulangi perintahNya supaya semua manusia (dan jinn) wajib anuti Islam atau terima Islam sebagai ugama mereka dan mengerjakan segala perintah Allah (a.w). Maka dgn itu 'jami'an' bukanlah bermaksud 'kesemuanya' tetapi bermaksud 'secara berjema'ah' atau 'dengan berjema'ah'. Inilah sebenarnya maksud kalimah 'jami'an' tersebut. Apabila manusia tidak terima Islam, maka sudah pastilah mereka menentang perintah Allah (a.w). Dan, kerana itu mereka tergolong orang yg syirik (menduakan Allah (a.w)) atau kafir (tidak mahu terima Allah (a.w) sebagai tuhan meeka. Mereka itu secara otomatis masuk neraka. Ini diperjelaskan dalam banyak ayat dalam al-Quran. Bagi mereka yg islam pula mereka akui Allah (a.w) tuhan mereka dan akui bahawa Muhammad (s.a.w) adalah Rasul atau Utusan Allah (a.w) yg membimbing manusia yg Islam ke arah mendapatkan kerahmatan Allah (a.w) supaya berjaya menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' (= orang yg dapat syurga) atau tergelincir, walaupun Islam, tergolong dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' ( = masuk neraka). Orang yg berjaya menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' itu juga berjaya menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' ( = taatkan juga 'ulil amri' (yg dierjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kepimpinan jema'ah Islam (iaitu disebut Imam atau Amir), tetapi jika berselisihan pendapat tentang sesuatu, diwajibkan kembali berpandukan al-Quran dan as-Sunnah).Sesseorang itu diwajibkan anuti atau ambil Islam sebagai ugama keseluruhannya, yakni tidak boleh ambil separuh dan tinggalkan separuh, yakni ambil ketetapan Islam itu secara total. Inilah perintah Allah (a.w) pada Ayat 208, Surah al-Baqarah (= masuklah (atau ambillah) Islam itu kesemuanya atau keseluruhannya (yakni, total), bukan sebahagian). Justeru itu, 'jami'an' itu bukanlah bermaksud semua manusia atau semua dimensi syariat Islam, kerana sudah diperjelaskan pada ayat ini dalam kalimah 'kaffah' tersebut.
Malah di dalam as-Sunnah frasa pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu diulangi oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya:
Diriwayatkan hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) ridha bagi kamu sekelian tiga perkara: (pertama) Ridha Allah (a.w) bagi kamu bahawasanya kamu mengabdikan diri (yakni, sembah sebagai tuhan) akpd Allah (a.w) dan jangan syirik kpdnya akan sesuatupun; (kedua, 'wa-an taktasimu bihablillai jami'an wa-la tafarraqu' (= Dan, berpegang teguhlah pada tali (ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah dan jangan berpecah belah (atau berceraiberai)...); (dan ketiga) bahawaa menasihati barangsiapa yg Allah (a.w) jadikan pemimpin (yakni, Amir) atas kamu sekelian.' [Hadith Muslim] [Dipetik dari Buku Kompilasi kertas-kertas Seminar]
Dan, hadith yg berikut yg diriwayatkan oleh Muslim juga, iaitu:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.’ [Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
Jelas, frasa yg sama digunakan oleh Rasulallah (s.a.w) (= wa-an taktasimu bihabillahi jami'an wa-la tafarraqu ...) tersebut.
Kalau kita dalami as-Sunnah mengenai bab imaroh (atau kepimpinan dalam Islam) dan juga Bab Jema'ah dalam Islam, kita akan temui begitu banyak hadith menyebutkan hakikat berjema'ah ini. Jutsteru itu, kita akan faham bahawa maksud kalimah 'jami'an' itu bukan 'kesemuanya' atau 'semuanya' tetai 'berjema'ah' atau 'secara berjema'ah' atau 'dgn cara berjema'ah'. Antara hadith yg jelas menunjukkan institusi berjema'ah itu adalah hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari ibni Tausin hadith dari bapanya hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: 'telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Yadullahi ma'al jama'ati' (yg bermaksud: Tangan Allah (a.w) (maksudnya, pertolongan Allah) (a.w) adalah berserta (atau, bersama-sama) dgn orang yg berjema;ah'.
Dan, Hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Innallaha la yajma'u ummati (au ummata) Muhammaddin 'ala dolalatin, wa-yadullahi ma'al jama'ati, wa-man syazza syazza ilan nari.' (yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengupulkan umatku (atau umat Muhammad) atas kesesatan dan tangan Allah (a.w) (yakni, pertolongan Allah (a.w)) beserta dgn jema'ah dan barangsiapa yg memencilkan diri (yakni, tidak berjema'ah dalam Islam), memencilkan dirinya ke dalam neraka.') [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan]
Saudara, jelaslah yg dimaksudkan dgn kalimah 'jami'an' itu adalah sebenranya berjema'ah, yaknminuti Islam secara berjema'ah. Malah Omar b Khattab (r.a) menyimpulkan segala perintah Rasulallah (s.a.w) dalam perkara berjema'ah dan kepimpinan dalam islam itu dalam hadith yg rengjas tetapi padat, spt berikut:
Omar (r.a) berkata: 'Innahu la Islama illa bijama'atin, wa-la jama'atin illa bi-imaratin, wa-la imaratin illa bi-ta'atin ... hingga akhir hadith.' (yg bermaksud: Tidak diakatakan Islam tanpa berjema'ah, tidak dikatakan berjema'ah tanpa Imam, tidak dikatakan ada imam tanpa ketaatan (kpd Imam) ...) [Hadith riwayat Darami, Kitab Raqam Hadith]
Kesimpulannya, walaupun mereka yg terlibat dalam Seminar itu banyak membantu dalam membolehkan kita lebih faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam kesepaduan islam dan ummah, namun kekal tidak menyampaikan ketetapan mutlak Islam (al-Quran dan as-Sunnah) bahawa umat Islam itu dalam menganuti Islam dan cara hidup Islam dikalangan ornag yg iman itu, kewajipan berjema'ah.
Kita ucapkan jazahumullahu khairah kpd mereka yg terlibat dalam menjadikan Seminar ini suatu realiti dan berm,anfaat kpd kita, namun diharapkan meeka perbetulkan 'kesilapan' tentang hakikat yg kita telahpun bincangkan di atas itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment