Saturday, April 2, 2011

Sesat dan Tersasar Dalam Islam? (Samb)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung sedikit lagi penelitian kita tajuk atau topik di atas itu. Pokoknya, kefahaman tentang Islam dan syariatnya itu penting untuk mempstikan kita beramal dan beribdah dan menjalani kehidupan dunia sebagai orang iman, hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. 
Seseorang itu tidak boleh dikatakan ilmuwan dalam Islam dan syariatnya kalau dia berpandukan kitab-kitab karangan manusia, walau bagaimana tersohor sekalipun pengarang kitab itu, selagi dia tidak khatam Kuttubul Sittah atau kitab yg dua itu! Hari ini, majoriti ulama' Islam belum benar-benar menguasai ilmu as-Sunnah. Dalam mentadbirkan umat Islam, kita wajib berpandukan kpd pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: 'Tufaqqihhu qabla an tusauwadu' (yg bermaksud: Mencarilah kefahaman (agama) sebelum kamu diserahkan (atau menerima) sesuatu tanggungjawab (atau jawatan menguruskan umat Islam dan ugama Islam) sebagai pemimpin (jema'ah umat Islam).' [Hadith Bukhari. Kitab Ilmu]
Nasihat Omar (r.a) ini valid lagi utama dijadikan peringatan dan panduan oleh orang yg diserahkan sesuatu jawatan dalam mentadbiruruskan Islam dan syariatnya serta menguruskan jema'ah umat Islam. [Nota: hadith Omar (r.a) sebagaimana segala sesuatu perbuatan khalifah yg empat - Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali, radiallahu 'anhum, adalah sebahagian drp as-Sunnah. Ini adalah ketetapan Rasulallah (s.a.w). Oleh itu tidak boleh dipersoalkan. Begitu jugalah kata-kata Omar (r.a) dalam konteks memberikan definisi tentang 'Islam' dan  'jama'ah' dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, dangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya).  Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Dalam hadith ini Omar (r.a) merumuskan perkara-perkara berikut: Pertama, seseorang itu belum dikira atau diakui Islam kecuali dia anuti Islam secara berjema'ah (Nota: Ini adalah perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan perintah Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah; kedua, tidak dikatakan sekumpulan umat Islam berjema'ah kalau tiada Imam (i.e. pemimpin jema'ah). Ini adalah ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah an-Nisa'. Ketiga, tidak dikatakan wujudnya jema'ah dan kepimpinan jika tidak ada sistem ketaatan (termasuk ikrar taat setia (yakni, bai'at) antara ahli jema'ah dgn kepimpinan atau Imam). Ini adalah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran apabila disebutkan seseorang yg Islam dan iman itu hendaklah  menjadikan moto hidupnya dalam Islam: 'sami'na, wa-ato'na' (maksud: Aku dengar dan aku taat) dan mereka berbai'at kpd Imam (Ayat 23, Surah Yunus, Ayat 10, Surah al-Fath, Ayat 18, Surah al-Fath, Ayat 12, Surah al-Mumtahannah, contohnya), dan dalam as-Sunnah Rasulallah (s.a.w) merujuk kpd perkara ini dalam mengajarkan orang iman konsep jema'ah dan kepimpinan dalam Islam. Keempat, tidak di katakan wujud sistem keImaman dalam jema'ah Islam jika rukyah atau anggota jema'ah umat Islam itu tidak mentaati Imam mereka. Imam atau pemimpin itu wajib ditaati selagi ketetapannya tidak bercanggah dgn al-Quran dan as-Sunnah. Kelima, Umat Islam itu sentiasalah dalam keamanan dan ketenteraman, jika Imam (atau pemimpin jema'ah) dan anggota jema'ah tersebut benar-benar faham tentang Islam dan tuntutannya. Dan, kata Omar (r.a) kalau yg memimpin (yakni, Imam) dan yg dipimpin (anggota jema'ah) itu jahil tetang Islam dan pemimpin membuat ketetapan yg tidak berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, maka rosaklah orang Islam kesemuanya, rosak pemimpin dan rosak yg dipimpin. [Nota: Mungkin apa yg berlaku di Timur Tengah, selain goncangan dan hasutan orang kafir terutama Yahudi, pemimpjn Islam dan umat Islam  atau warganeraga negara-negara tersebut tidak menguruskan rakyatnya dan dunianya berlandaskan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah].
Saudara, ugama Islam itu ugama yg dicipta oleh Allah (a.w) untuk manusia sejagat dan Rasulallah (s.a.w) itu orang yg diamanahkan Allah (a.w) memimpin umat manusia sejagat zamannya dan zaman selepas kewafatannya untuk berjaya mengabdikan diri kpd Allah (a.w) dan apabila berjaya mereka mendapat balasan syurga. Selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w) pasti wujud kepimpinan - khalifah, Amirul Mukminin, Amir atau Imam - semuanya memerlukan ilmu dan kefahaman yg sempurna. Tiada siapa yg lebih sempurna ilmunya dan yg lebih sempurna pengabdiannya terhadap Allah (a.w) selain Rasulallah (s.a.w). Maka dgn itulah Allah (a.w) putuskan dalam firmanNya pada Ayat 13, Surah an-Nisa' siapa yg akan dapat syurga dan pada Ayat 14, Surah an-Nisa' siapa yg akan dapat neraka. Hanya ada dua penamat atau destinasi perjalanan 'siratul mustaqim' itu, iaitu syurga atau, apabila tergelincir, neraka setelah mati anak Adam (Ayat 7, Surah asy-Syura).

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, penerangan, huraian dan kupasan yg sdr buat adalah jelas bagi orang yg hendak mencari kebenaran, kalau tidak ianya samalah saperti mencurah air ke daun keladi... tak ada kesan. Pointnya simple tapi dijadikan complicated... too much analysis, make it paralysis. Dah berapa kali telah kita dinyatakan... ISLAM ITU MUDAH. Jadi apa yg menjadi masalah? Masalahnya yang berkuasa ada kemungkinan hendak memegang kuat pada KEKUASAANNYA dan yang kaya pula hendak menambah KEKAYAANNYA. Olih itu mereka pilih2 yg mana dia suka dan pada fikiran mereka yang mana MENGUTUNGKAN. Wallahu'alam.

    ReplyDelete