buat Assalamualaikum,
saudara, kita ulangi peringatan mutlak berikut supaya menyedarkan diri kita supaya sentiasa menyemak asas ilmu dan panduan amalan serta menelek semula pegangan (aqidah) kita dan amalan kita setiap hari. Kita rumuskan, apakah perkara-perakara mutlak yg wajib kita jadikan asas mengukur kebenaran serta kesahihan aqidah dan panduan amalan serta kebenaran amalan kita.
Pertama, jika kita tidak Islam, maka sudah pastilah kita ahli neraka. Kedua, jika kita Islam wajib kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah perelembagaan hidup kita dan akur dgn ketetapannya, kerana hanya mereka yg ikuti al-Quran dan as-Sunnah yg berjaya mendapat syuirga (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Jika kita ingkari al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pasti kita ahli neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa'). Ketiga, hendaklah kita ambil sepenuhnya syariat Islam itu mengikuti apa-apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah (Ayat 208, Surah al-Baqarah). Kita tidak disuruh ambil ajaran orang lain, kerana belum tentu ajaran orang lain itu menepati al-Quran dan as-Sunnah. Keempat, hendaklah kita mengerjakan amalan dan ibadah berdasarkan ilmu (Ayat 36, Surah al-Isra'). Dan, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu bahawa dalam Islam kita wajib belajar ilmu. Dan, Ilmu dan panduan ugama Islam itu adalah dua iaitu al-Quran dan as-Sunnah (hadith). Kelima, hanya dgn ilmu dan panduan al-Quran dan as-Sunnah kita memahami ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan memahami ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) yg menterjemahkan ketetapan Allah (a.w) dalam realiti kehidupan manusia di dunia. Keenam, Kita wajib berpandukan segala sesuatu yg didemo atau ditunjukkan atau disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) yg mengetahui secara sempurna perintah Allah (a.w) dan dialah yg menconctohkan bagaimana hendak menepati perintah Allah (a.w) itu (Ayat 24, Surah al-Ahzab). Ketujuh, syariat ugama Islam itu mensyaratkan supaya orang Islam anuti Islam secara berjema'ah atau dgn berjema'ah. Ugama Islam bukanlah ugama perseorangan, tetapi ugama yg dijema'ahkan dalam segala sesuatu, termasuklah menjema'ahkan solat fardu (Ayat 103, Surah ali-Imran). Kedelapan, oleh kerana ugama Islam itu wajib dianuti secara berjema'ah, maka wujud institusi jema'ah atau jema'ah umat Islam yg formal, maka wujud jugalah kepimpinan (ulil amri) dalam Islam, iaitu golongan orang yg diberikan tanggungjawab menguruskan jema'ah dan menguruskan segala sesuatu untuk menegakkan Islam sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memperincikan peranan dan tanggungjawab kepimpinan. [Nota: Ramai ulama' menyebut bahawa kalimah 'ulil amri' itu adalah merujuk kpd golongan kepimpinan dan para ulama'. Ini tak betul. 'Ulil amri' merujuk kpd golongan orang yg memimpin jema'ah umat Islam. Ulama' atau orang yg berilmu adalah orang yg mendampingi kepimpinan untuk menasihati mereka tentang segala sesuatu yg melibatkan tindak tanduk mereka dalam mentadbiruruskan jema'ah serta menyelesaikan permasalah jema'ah]. Kesembilan, umat Islam diwajibkan mentaati ketetapan kepimpinan jema'ahnya (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah memperincikan secara detail segala sesuatu mengenai kepimpinan dan jema'ah ini. Kesepuluh, kepimpinan jema'ah Islam itu wajib berpandukan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), bahawa dia tidak boleh sewenang-wenangnya memerintahkan sesuatu supaya dilaksanakan oleh jema'ahnya, kerana kepimpinan dalam Islam hanya dibenarkan laksanakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Jika wujud pertelingkahan di kalangan jema'ah - antara golongan kepimpinan dan golongan anggota jema'ah (yakni, rukyah), maka kedua-duanya wajib merujuk kembali kpd al-Quran dan as-Sunnah (bahagian kedua pada Ayat 59, Surah an-Nisa'). Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kepimpinan tidak boleh memerintahkan rukyahnya lakukan sesuatu yg bersifat 'kemaksiatan' terhadap al-Quran dan as-Sunnah, 'kemaksiatan' adalah segala sesuatu ketetapan atau perintah kepimpinan dan para ulama' yg melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kesebelas, umat Islam itu diwajibkan mentaati kepimpinan mereka walaupun mungkin kepimpinan berat sebelah, pilih kasih ataupun mengutamakan orang lain berbanding dgn golongan yg lain, malah menzalimi anggota jema'ah, maka tetap diwajibkan mendengar perintah dan mentaati perintah sekuat mampu mereka. Ini diperjelaskan dgn panjang lebar dalam as-Sunnah. Disebutkan juga berada dalam jema'ah itu menjamin dapat syurga, dan jika meninggalkan jema'ah lambat laun pasti dipengaruhi oleh tindak tanduk syaitan (termasuk syaitan dalam jasad atau dalam golongan manusia), terjerumus ke dalam neraka. Malah dalam as-Sunnah diperjelaskan bahawa jika seseorang yg Islam itu keluar dari jema'ahnya dan mati dia, maka sudah pasti mereka mati kafir.
Saudara, menyebut tentang syaitan dalam bentuk manusia , kita wajib faham bahawa syaitan yg asli itu yg sama-sama di usir Allah (a.w) dari syurga bersama-sama Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Syaitan faham ketetapan Allah (a.w), tapi tetap dia ingkarkan perintah Allah (a.w). Syaitan itu memiliki ilmu yg luas. Faham dia bahawa mengingkari Allah (a.w) pasti masuk neraka, tetapi dia kekal ingkar. Dia tahu yg dia menyesatkan manusia, namun tetap mengajak serta memujuk manusia supaya bersama-samanya masuk neraka. Kerana memang sudah pasti syaitan tidak sekali-kali akan masuk syurga. Syaitan manusia itu lain. Dia jahil tentang Islam (kerana belum tamat mempelajari ilmu mengenai Islam yg haq itu atau belum atau tidak faham syariat Islam), tetapi megah dia dgn ilmunya yg sedikit, namun bijak berkata-kata, maka dia mengajar manusia lain kebatilan kerana tiada sandaran ilmu al-Quran dan as-Sunnah yg haq. Maka dia tak sedar tersesat dan tak tahu dia akan masuk neraka, kerana mengamalkan serta mengajarkan sesuatu yg sama sekali tiada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Dan pengikutnya juga masuk neraka kerana mengikuti ajaran yg batil. Yg mengajar dalam kebatilan dan yg diajarkan kebatilan sama-sama masuk neraka. [Nota: Malangnya hari ini ramai orang yg mrasai dirinya berilmu, mentafsirkan al-Quran secara batil - disedari ataupun tidak disedari, kemudian berpegang kpd buah fikiran manusia (selalunya mahagurunya), berpegang kpd qias dan ijtihad yg yg batil, dan masih tidak faham malahan jahil pula tentang al-Quran dan as-Sunnah, maka bersemaraklah pelbagai amalan dan ibadah yg batil. Itulah perbezaannya! Maka dgn itu janganlah kita merasai diri kita penuh ilmu kalau kita tidak belajar al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg berilmu dan faham al-Quran dan as-Sunnah! Jadi taklid buta, kita yg rugi.
Kedua belas, institusi jema'ah dan kepimpinan itu disempurnakan dgn ikrar janji setia antara kepimpinan dan jema'ahnya (disebut bai'at) dalam al-Quran dan as-Sunnah [Nota: hari ini begitu ramai para ulama' dan ilmuwan yg merasai dirinya berilmu dan faham Islam tetapi sebenarnya jahil. Contoh: orang yg mendengar atau diberitahu ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Man amala amilan laisa amruna fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengerjakan sesuatu amalan yg amalan sedemikian tidak aku (Nabi) bawakan (atau ajarkan atau contohkan atau demokan atau tidak dibawakan oleh Nabi), maka amalan tersebut (atau, orang yg mengamalkannya) tidak diterima Allah (a.w).' Contoh-contoh amalan sedemikian adalah bid'ah, kerana Rasulallah (s.a.w) menyebut 'bid'ah' itu kesesatan, dan tidak ada suatupun bid'ah yg baik, kalau kita faham as-Sunnah. Tapi, kekal begitu ramai ulama' dan ilmuwan Islam yg berkeras mengamalkan, mengajarkan serta menyuruh umat Islam amalkan bid'ah. Sudahlah dia melanggar perintah Rasulallah (s.a.w), maka dia secara otomatis menentang Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Sesat dia dan dia pula menyesatkan orang lain. Mereka tahu mengajarkan yg batil adalah sesat, dan orang yg menerima ilmu batil drpnya juga sesat, anak murid atau pengikutnya pula mengirimkan dosa kpdnya tak putus-putus sampai kiamat dunia, wal iya zubillah.]
Oleh itu, wajarlah kita ilmukan diri kita, belajar ilmu (terutama, ilmu as-Sunnah) dari orang yg berilmu, supaya faham Islam dan syariatnya, semak amalan dan ibadah kita supaya kita pastikan sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita abaikan, kitalah yg rugi, kerana apabila mati kita hanya dua tempat pilihan - iaitu syurga atau neraka. Dan, pilihan itu kita buat sekarang ketika kita masih hidup. Setelah kita mati apa yg kita lakukan dan kerjakan (yakni, amal dan ibadahkan) di dunia yg menentukan tempat kita. Setelah mati tiada pilihan lagi... kita terima saja.
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa yg Allah (a.w) inginkan kebaikan baginya (yakni, dapat syurga di akhirat kelak), maka Allah (a.w) memberi kefahaman kepadanya (tentang) perkara ugamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar atau mengaji.' [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]
Dan, sekali lagi Rasulallah (s.a.w) peringatkan kita dalam hadith berikut:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar (i.e. mengaji) dan kefahaman ugama itu hanya diperolehi dengan mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambanya yg berilmu.' [Hadith at-Tobrani]
Insya Allah, kita akan teliti secara terperinci konsep berjemaah dan konsep serta hurairah dan perincian institsui jema'ah dan kepimpinan dlam post-post yg akan datang,.
jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment