Saturday, April 30, 2011

Kekeliruan Orang Melayu tentang Wahabbi?

Assalamualaikum,
saudara, sekali sekala timbul isu aliran Wahhabi, apabila umat Islam, termasuk para ulama' dan ilmuwan Islam, meneliti amaln dan pendirian Jabatan Ugama Islam di Perlis. baru-baru ini Kerajaan Negeri Perlis mengadakan satu seminar yg penting difahami oleh umat Islam Melayu, kerana tajuk dan fokus seminar itu adalah: 'Berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah' dgn memfokuskan perbincangan para pembentang kertas-kertas kerja dalam seminar tersebut pada firman Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran (:'Berpegang teguhlah kamu kpd tali (Ugama) Allah (a.w) secara berjema'ah.) [Nota: Mereka yg terlibat dalam pembentangan kertas kerja di seminar tersebut mentafsirkan kalimah 'jami'an' dalam ayat tersebut sebagai 'keseluruhannya'. Ini adalah suatu kesilapan dan kekeliruan. Sila rujuk komen penulis dalam post-post yg lalu mengenai ayat ini dan mengenai pentakrifan ahli seminar dalam blog ini.]
Saudara, dari segi aqidah dan amalan, majoriti umat Islam, i.e. umat Islam arus perdana, berpandangan bahawa aqidah dan amalan mereka di Perlis itu adalah mirip fahaman Wahabbi. Ada para ulama' dan ilmuwan Islam yg berpendapat bahawa fahaman Wahabbi adalah menyimpan dari fahaman Mazhab as-Syafie yg menjadi pegangan majoriti umat Islam di Malaysia. Ada yg mengatakan bahawa aqidah dan peganagn umat Islam di Arab Saudi adalah mirip Wahabbi. Ada yg menyatakan sebenarnya majoriti orang Arab mengikuti Mazhab hanafi atau Maliki. Para ulama' dan ilmuwan di malaysia mengatakan bahawa fahaman yg dibawakan oleh mazhab yg empat adalah termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Tapi, merreka tidak pula akui bahawa fahaman Wahabbi tidak termasuk dalam golongan ahlus sunnah wal-jama'ah! Benarkah?
dalam blog ini penulis sering peringatkan pembaca bahawa di dalam Islam tidak ada fahaman kemazhaban. Yg adalah adalah Islam yg haq itu hendaklah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran dan as-Sunnah adalah sandaran aqidah umat Islam yg benar-benar dianggap Islam yg haq. Al-Quran dan as-Sunnah adalah ilmu bagi memahami Islam, dan pengamalannya adalah sebagaimana yg ditunjukkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) kerana Rasulallah (s.a.w) yg membawakan Islam dan yg mengajarkan manusia Islam yg haq sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah (a.w).
Jika demikian, apakah hubungannya dgn fahaman Wahabbi? Wahabbi adalah brand yg dilabelkan oleh pengkhianat Islam, orang munafiq dan orang-orang yg jahil tentang Islam dan tentang apakah reformasi yg dibawakan oleh Muhammad Abdul Wahab. Muhammad dalam dakwahnya berusaha membersihkan aqidah Islam sebagaimana yg diamalkan oleh majoriti umat Islam zamannya dari kekarutan dan kebatilan yg dihasilkan oleh fahaman kesyirikan, ketahyulan, kurafat, taklid buta dan bida'ah. Muhmammad Abdul Wahab ingin memberisihkan Islam dari kektoroan amalan yg sama sekali tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Islam yg haq itu adalah semata-mata al-Quran dan as-Sunnah yg menjadi panduan hakiki umat Islam dalam mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) dann dalam mengagungkan Rasulallah (s.a.w) sebagai utusan Allah (a.w) yg menyampaikan Islam serta syariatnya dan membimbing manusia, terutama umat Islam, kpd ugama yg haq itu.
Apa hubungannya pula dgn ajaran dan amalan Islam di Perlis? Pihak ugama negeri Perlis juga ingin supaya umat Islam meninggalkan fahaman yg karut dan batil, yakni membersihkan syariat Islam yg diamalkan oleh umat Islam dari keketoroan kesyirikan, ketahyulan, kurafat, taklid buta dan bid'ah. Disinilah kesamaannya. Malangnya, terdapat kekeliruan kerana aspek utama dalam islam iaitu berjema'ah tidak diberi penekanan. Dalam konteks ini jelaslah bahawa amalan yg dipelopori oleh pihak ugama Islam Perlis adalah lebih hampir kpd aqidah Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah berbanding dgn amalan umat Islam di negeri-negeri lain. Kerana, masih banyak amalan yg bersifat syirik khaufi (syirik yg samar), ketahyulan, kurafat, taklid buta dan bida'ah. Jelasnya, ajaran di Perlis lebih hampir kpd ajaran ahlus sunnah wal-jama'ah berbanding dgn ajaran yg dibiarkan beleluasa di negeri-negeri lain.
saudara, jika saudara nak tahu dan faham apab dia aliran atau fahaman wahabbi itu, blehlah rujuk buku: 'The Life, Teachings and Influence of Muhammad ibn Abdul-Wahhaab' karangan Jamal Al-Din M. Zarabozo yg diterbitkan oleh Kerajaan Arab Saudi (2003M/1427 H). Buku ini dapat menjelaskan apakah sebenarnya reformasi yg diusahakan oleh Muhammad Abdul Wahab tersebut. Dan, apakah ajaran beliau itu bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah? Saudara, janganlah kita melemparkan tuduhan tanpa ilmu dan tanpa kita benar-benar faham apa yg diusahakan oleh seseorang yg bertaraf ulama'. Apalah kita jika dibandingkan dgn beliau apakala beliau hafal al-Quran ketika berumur 10 tahun? Beliau menjadi pendakwah dan ulama' yg terkenal ketika berusia awal 20han?
Yg wajib difahami adalah apa yg penulis tuliskan dalam post sebelum ini, antaranya ilmu tentang Islam dan syariatnya yg haq itu adalah al-Quran dan as-Sunnah, contoh amalan dan ibadah yg haq yg menepati ketetapan Allah (a.w) adalah Rasulallah (s.a.w). Dan, tak mungkin kita faham islam sepenuhnya tanpa memahami ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan atau ajaran Rasulallah (s.a.w) yg hanya kita boleh dapati melalui as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment