Assalamaualaikum,
Saudara, di dalam Islam yg benar itu (= Islam yg asas ilmunya dan panduannya adalah al-Quran dan as-Sunnah), Allah (a.w) sentiasalah memberi pelbagai ganjaran dan gandaan kebaikan dan pahala kpd kita apakala kita benar-benar beriman dan beristiqamah pula mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah soleh yg sunat-sunat (setelah istiqamah mengerjakan yg diwajibkan dan difardukan). Seseorang yg kental imannya, sentiasalah dia mensyukuri segala nikmat yg diterimanya dari kurniaan Allah (a.w), akan mengerjakan amalan dan ibadah sunat sebagai menambah kpd amalan dan ibadah fardu atau wajib ke atasnya. Contoh: Dalam solat. Oleh kerana dalam Islam tidak ada nas dan dalil yg membolehkan sesuatu solat fardu itu diqada'kan, maka selain mengerjakan solat fardu sebaik mungkin (diawal waktunya), dia akan menambah kpd amalan solatnya, dgn mengerjakan solat-solat sunat. Ketika malam (sepertiga awal atau pertengahan atau terahir malam) dia akan bangun untuk mengerjakan solat-solat sunat spt Solat Tahajud dan Solat Witir, Solat Haajat, Solat Tasbih dan sebagainya. Kemudian, ketika siang pula dia akan mengerjakan Solat Duha dan Solat Taubah dll sebagai manifestasi kesyukuran mereka kpd Allah (a.w). Ini adalah selain dari berzikir, berwirid, berdoa dan membaca al-Quran. Jikalah dia lakukan amalan-amalan sunat ini secara istiqamah atau konsisten - setiap hari, maka jika ditakdirkan suatu masa dia jatuh sakit atau kerana sesuatu tugas tertentu dia terpaksa bermusafir, maka tidak dapat dia mengamalkan apa-apa yg dia sudah jadikan kelaziman amalan dan ibadah hariannya, maka Allah (a.w) menggantikannya dgn memberi pahala kpdnya seolah-olah dia kekal beristiqamah mengerjakan amalan-amalan lazim tersebut ketika dia tidak kemana-mana dan tidak sakit.
Saudara, alangkah untungnya seseorang yg istiqamah mengerjakan amalan-amalan sunat (i.e. tambahan) itu. Kalau dia jatuh sakit, atau dia trpaksa bertugas di luar qariahnya, maka tidak membolehkannya melaksanakan amalan sedekian, tetap Allah (a.w) berikan pahala seolah-olah dia kekal mengerjakan ibadah atau amalan sunat tersebut. Inilah yg diberitahu oleh hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Ibrahim b Abdil Rahman as-Saksakiyi hadith dari Abi Burdah hadith dari Abi Musa (as-Sya'ari) berkata: 'Aku mendengar Nabi (s.a.w) selain sekali (i.e. bukan sekali) dan tidak juga dua kali bersabda: 'Ketika ada seorang hamba Allah (a.w) yg beramal dia dgn beberapa 'amalan soleh, maka mengalahkan dia (dari mengerjakan amalan soleh tersebut) kerana sakit atau kerana bermusafir, ditulis baginya (pahala) seumpama dia mengerjakan amal soleh tersebut dalam keadaan sehat dan bertempat di rumah (atau tempat dia bertempat).' [Hadith Abu daud, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahwa Abi Musa as-Sya'ari seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda perkara yg disebutkan dalam hadith itu, yg didengarnya bukan sekali dua tetapi banyak kali mengenai perkara yg sama. Apa dia? Jika seseorang itu menjadikan suatu kelaziman baginya mengerjakan sesuatu amal soleh (spt berdoa, berzikir, membaca al-Quran, mengerjakan solat-solat sunat - ketika malam ataupun siang ), maka jika ditakdirkan dia jatuh sakit atau terpaksa bermusafir, maka tidak dapat dia mengerjakan amalan soleh rutinnya itu. Namun, kerana dia memang secara istiqamah dan konsisten mengerjakan amalan-amalan tersebut jika dia berada di rumahnya atau tidak bermusafir atau dia tidak sakit, maka Allah (a.w) memberi kpdnya pahala seolah-olah dia kekal istiqamah mengerjakan amalan tersebut ketika dia sakit atau bermusafir, seolah dia tidak sakit atau bermusafir. Demikianlah pemurahnya Allah (a.w) dalam kurniaNya. Rugilah orang yg tidak mengambil kesempatan memperbanyakan amalan, supaya sentiasalah mendapat reward Allah (a.w) walaupun suatu masa kita tak mampu kerjakan kerana kita sakit atau kerana bermusafir.
Saudara, mudah-mudahan kita rajin dan istiqamah beramal supaya secara otomatis jika ditakdirkan kita sakit atau bermusafir, tak dapat kerjakan spt biasa (i.e. ketika kita sehat atau berada di kediaman kita), maka Allah (a.w) memberikan ganjaran pahala seolah-olah kita kerjakan atau buat amalan soleh tersebut sebagaimana ketika kita sihat dan tidak sakit.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment