Wednesday, April 20, 2011

Kematian: Menghantar Jenazah ke Kubur & Melawat Kubur (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung semula perbincangan kita tentang peraturan islam berkaiatan tajuk menziarahi orang iman yg sakit tenat dan mengiringi jenazak ke kubur. Hari ini begitu banyaknya amalan yg tidak mengikuti syariat Islam tetapi lebih dekat kpd amalan ugama-ugama lain spt ugama Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya. Antaranya adalah menaburkan bunga berbagai di atas kubur, menyiram air mawar di atas kubur setelah mayat ditanam, menanam pokok bunga di atas kubur dan menanam batu nesan atas kubur; malah ada pula membuat binaan atau tembok yg cantik spt diperbuat dari batu mar-mar di kubur.
Apakah kesemua ini dibolehkan oleh Islam? kalau tidak dibolehkan apakah akibatnya? Insya Allah kita akan semak perkara ini nanti untuk panduan kita.
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Sirin berkata: 'Berkata Ummu 'Utiayah: 'Adapun aku dilarang dari mengikuti jenazah dan tidak ditetapkan (tegahan atau larangan tersebut) atas aku sahaja.' [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
hadith diatas itu menyebutkan bahawa Ummu 'Utiyah telah dilarang oleh Rasulallah (s.a.w) mengiringi jenazah yg diusung ke kubur dan beliau memberitahu larangan kpdnya itu bukan dikhususkan kpdnya semata-mata, maksudnya kpd semua wanita. Dalam hadith berikut ketetapan yg sama juga dimaklumkan:
Diriwayatkan hadith dari Omar b Abi salamah hadith dari bapanya (yakni, Anu salamah) hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) (melaknat) wanita yg menziarahi kubur.' [Hadith at-termidzi, Kitab Jenazah]
Hadith ini menyebut larangan keras Rasulallah (s.a.w) terhadap perempuan dalam perkara menziarahi kubur. Dalam sabda tersebut ada kalimah 'lu'ina' (= melaknat).Rasulallah (s.a.w) melarang keras perempuan menziarahi kubur.
[Nota: Lelaki dibenarkan oleh islam menziarahi atau melawat, malah memasuki kawasan perkuburan, tapi di dalam hadith lain disebutkan bahawa ketika berada dalam kawasan kubur lelaki itu ditegah memakai kasut atau selipar. Kasut atau selipar hendaklah ditinggalkan di luar kawasan kubur. Wanita sama-sekali tidak dibenarkan menziarahi, apatah lagi memasuki, kawasan perkuburan. Mereka boleh duduk di pinggi luar pagar kawasan perkuburan sahaja. Malangnya hari ini jelas umat Islam, termasuklah orang-orang kenamaan kelihatan berada di atas kubur. malah menaburkan bunga dan menyiram air mawar di atas kubur si mati, terutama simati itu adalah ahli keluarga wanita tersebut.]
Dalam hadith berikut pula disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) memberi keringanan dalam perkara melawati kubur sebagai rukhsah (= kemurahan Islam),tetapi kemurahan itu adalah terpakai bagi lelaki sahaja, dan tidak bagi perempuan.
Diriwayatkan hadith dari Sulaiman ibni Buraidah hadith dari bapanya (Buraidah) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sungguh-sungguh ada aku (Nabi) melarang kamu sekelian menziarahi kubur, maka sungguh-sungguh telah memberi izin aku (Nabi) kpd Muhammad (iaitu Muhammad b Basyar, seorang perawi dalam isnad hadith ini) d dalam perkara menziarahi kubur ibunya. Maka ziarahilah kubur maka sesungguhnya menziarahi kubur itu mengingatkan kpd akhirat.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Jenazah]
Saudara, Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu menyebutkan bahawa beliau telah mengizinkan Muhammad b Basyar menziarahi kubur ibunya. Kemudian Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya (lelaki sahaja) menziarahi kubur kerana dgn itu yg menziarahinya akan mengingati bahawa adanya akhirat.
Saudara, rumusannya adalah hanya lelaki diberi kemurahan melawat kubur, namun kaum wanita kekal tidak dibenarkan menziarahi kubur.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment