Wednesday, April 27, 2011

Doa: Penjagaan Diri Siang dan Malam

Assalamualaikum,
Saudara, orang Islam yg benar-benar Islam itu sentiasalah dia berusaha mengilmukan dirinya sebanyak mungkin setiap saat dan ketika. Kerana dgn itu dia terhindar dari dosa tidak berusaha belajar ilmu (sabda Rasulallah (s.a.w): Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang yg akui dirinya Islam (dan beriman). Dan, ilmu yg wajib dipelajari itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah.). Kemudian, setelah berilmu hendaklah dia beramal dgn ilmu tersebut dan membetulkan segala amalan dan ibadahnya berdasarkan ilmu tersebut dan meninggalkan segala amalan dan ibadah yg bertentangan dgn ilmu sedemikian. Juga, kita telahpun tahu bahawa amalan dan ibadah tanpa sandaran ilmu tidak diterima Allah (a.w) - Ayat 36, Surah al-Isra': 'Janganlah kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa terlebih dahulu kamu mengetahui ilmu mengenainya'.
Saudara, dalam hadith berikut kita diajarkan oleh Raulallah (s.a.w) kalimat penjaga kesejahteraan dan keselamatan kita setiap hari. Pasti terjaga kalaulah kita amalkan setiap hari - pagi dan petang atau siang dan malam. Kita terdedah kpd pelbagai keburukan dan kecelakaan dunia yg dikerjakan oleh orang lain sama ada secara langsung terhadap kita atau secara kebetulan kita berada di tempat yg bahaya tersebut berlaku (collateral damage - bak kata orang putih). Oleh itu dgn membaca doa dalam hadith ini Allah (a.w) menyuruh para malaikat menjaga keselamatan kita. (Musibah hanya terkena jika memang sudah Allah (a.w) takdirkan mengenai kita.
Menceritakan hadith oleh Nafi' b Abi Nafi' hadith dari Ma'qil b Yasar hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa membaca (atau berdoa) di waktu pagi tiga kali (kalimah) 'A'uzubillahis-sami'il 'alimi minas-syaitanir rajim' (yg bermaksud: 'Aku memohon perlindungan dgn Allah (a.w) zat yg Maha mendengar lagi Maha Berilmu (yakni, mengetahui) dari syaitan yg direjam.') kemudian membaca tiga ayat (terakhir) dari Surah al-Haysr, maka menyerahkan Allah (a.w) untuknya (yakni, orang yg membaca) 70,000 malaikat yg mendoakan keselamatan atasnya sehingga sampai petang hari. Dan, jika mati dia di dalam demikian hari, maka matinya adalah seumpama mati syahid. Dan, barangsiapa membacanya pula ketika petang ada baginya dengan demikian tempat orang yg membacanya (yakni, seumpama yg dikurniakan Allah (a.) bagi orang yg membacanya di pagi hari tersebut).' [Hadith Imam Ahmad di dalam Tafsir ibni Kathir]
Saudara, demikianlah tingginya manfaat kpd kita yg membaca doa tersebut di atas itu. Kita memperolehi beberpa keuntungan: pertama, keselamatan kita pasti terjaga setiap hari, kerana dijaga oleh 70,000 malaikat yg ditugaskan oleh Allah (a.w) menjaga kita,. Dijaga dari pagi sampai petang apabila dibaca ketika pagi dan dijaga dai petang hingg pagi esok apabila dibaca ketika petang. Kedua, jika ditakdirkan kita mati siang atau malamnya, kita dikira mati seumpama mati syahid, pasti mendapat syurga. Apakah saudara tak mau?
Saudara, sila buka al-Quran dan tengok tiga ayat terakhir Surah al-Haysr, iaitu: Ayat-ayat 22, 23 dan 24.
Ayat 22 bermula dgn: 'Huallahul lazi lailaha illa hua ... ar-rahmanur-rahim'; Ayat 23 bermula dgn: 'Hual-lazi lailaha illa hual-maliku ... 'amma yusrikun'; dan Ayat 24 bermula dgn: 'Huallahul-bariul musauwiru ...wa-hual 'azizul- hakim''.
Jelkasnya, baca dahulu kalimah Ta'awuz (i.e. perlindungan) yg disebutkan di atas itu tiga kali kemudian bacalah tiga ayat akhir Surah al-Haysr tersebut sekali ketika subuh (atau, pagi) dan sekali ketika petang (sama ada selepas 'Asar atau Maghrib). Sebaik-baiknya selepas mengerjakan Solat Subuh dan selepas mengerjakan Solat 'Asar, kerana ketika dua waktu itulah malaikat yg menulis amalan manusia itu bertukar syif - yg bertugas malam naik ke langit ketika Subuh dan malaikat bertugas siang turun ke dunia waktu tersebut, begitulah juga di waktu 'Asar yg bertugas siang naik ke langit dan yg bertugas malam turun ke bumi. Mereka akan bertukar-tukar nota serahtugas (hand-over notes) dan kemudian melapurkan kpd Allah (a.w). Hanya dua solat ini dilapurkan dua golongan malaikat tersebut, maka kerana malaikat itu sentiasa mendoakan orang-orang iman, maka doa mereka dua kali lebih afdhal. Maka dgn itulah Solat Subuh dan Solat 'Asar itu amat penting tidak ditinggalkan kerana dipersaksikan oleh dua golongan malaikat yg melapurkan kpd Allah (a.w)mereka yg mengerjakan solat-solat tersebut. Dan, dua solat fardu inilah yg sering tertinggal atau terlepas oleh ramai orang Islam hari ini kerana mereka bangun lambat dan kerana disebokkan pada waktu 'Asar. Dan, ingatlah, kedua-dua waktu solat ini pendek mudah terlepas.
Saudara, doa ini hanya mustajab bagi orang Islam yg berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah, yakni yg beramal dan berpandu kpd al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Doa ini hanya mustajab jika orang yg mengamalkannya adalah orang yg tidak meninggalkan solat fardunya. [Nota: Sesiapa yg dgn sengaja meninggalkan atau terlepas satu solat fardu, maka dia jatuh kafir. Maka dgn itu doa yg disebutkan dalam hadith ini tidak sekali-kali dapat membantu mereka! Kerana segala amalan, ibadah serta perbuatan baik orang kafir tidak diterima Allah (a.w)!], 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment