Thursday, April 7, 2011

Peringatan yg Sering Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti pelbagai dimensi orang-orang Islam yg akui mereka beriman 'tersesat dan tersasar' dalam Islam, terutama dalam aqidah mereka dan dalam amalan dan ibadah mereka, sama ada secara disedari atau tidak disedari. Tak disedari kerana kejahilan. Atau, kerana ketaksuban mengikut sesuatu fahaman atau ajaran, dan tidak menyemak asas amalan dan ibadah berdasarkan sumber ilmu dan panduan yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Yg paling common di kalangan orang Islam (Melayu) adalah dalam isu 'bid'ah'. Mereka yakin dgn ajakan atau ajaran orang yg tidak sempurna ilmunya bahawa wujud apa yg mereka katakan 'bid'ah hasanah', walhal Rasulallah (s.a.w) dgn jelas memberitahu 'semua pembaharuan dalam ugama' adalah 'bid'ah' (atau 'setiap pembaharuan dalam perkara ugama' adalah 'bid'ah') dan semua atau setiap 'bid'ah' adalah dolalah (menyesatkan) dan kesemua kesatan tempatnya dalam neraka! Tidak ada 'bid'ah' yg 'hasanah'. Tapi majoriti orang Melayu tak mau dengar kebenaran!
Saudara, malangnya, majoriti orang Melayu yakin dan percaya, walaupun sudah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) sebaliknya. Malah, lebih teruk lagi majoriti ulama'pun atau ilmuwanpun yg kononnya berilmu (yakni, tahu ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), tetapi tetap tidak mahu akui ketetapan Rasulallah (s.a.w) tersebut! Orang yg sedemikian itu disebutkan Allah (a.w) dalam firmanNya berikut sebagai orang yg mendengar perintah dan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, dikurniakan Allah (a.w) ada telinga yg boleh mendengar, tapi pekak atau tuli, ada mulut yg boleh berkata-kata, tapi bisu, dan ada otak yg waras dikurniakan Allah (a.w) tapi tak mau berfikir!
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu ... (hingga) ... wa-antum tasma'una' (yg bermaksud: Wahai ornag-orang yg beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), dan janganlah kamu berpaling dari (yakni, tak mau taatkan) Allah (a.w), sedangkan kamu mendengar (perintahNya)) [Ayat 20, Surah al-Anfal]
Saudara, ayat ini merujuk kpd orang Islam dan beriman, bukan setakad orang Islam saja, tapi orang Islam yg beriman. Orang beriman itu mengerjakan amalan dan ibadah mereka sekurang-kurangnya yg diwajib atau difardukan spt solat, puasa, zakat, naik haji dan yakin mereka bahawa kehidupan akhirat itu wujud dan syurga neraka itu memang wujud dan hari balasan itu adalah pasti. Mereka itu diberitahu sesuatu ketetapan (oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)) dan mereka dengar (dari seseorang yg memberitahu mereka tentang ketetapan tersebut), tapi dia berpaling tak mau terima atau ikuti atau amalkan! Orang yg sedemikian itu adalah orang yg disebutkan dalam ayat berikut.
Firman Allah (a.w): 'Wa-la takunu ... (hingga) ... la yasma'una' (yg bermaksud: 'Dan, janganlah kamu (menjadi) seumpama orang yg berkata: 'Aku dengar atau mendengar', akan tetapi mereka itu tidakpun mendengar) [Ayat 21, Surah al-Anfal]
Saudara, orang yg disebutkan dalam Ayat di atas itu, adalah orang yg bercakap yg dia telahpun dengar ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, tapi mereka sengaja memekakkan telinga mereka - masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Orang yg sedemikian itu apakala diberitahu sesuatu atau diperdengarkan sesuatu ketetapan dalam al-Quran atau as-Sunnah, mereka dengar tapi tak mau terima! Maka batillah segala amalannya dan ibadahnya, kerana tidak menerima suatu ketetapan. Rugilah mereka, setelah berpenat beramal dan beribadah, tak dapat apa-apa! Kemudian Allah (a.w) mencela pula golongan mereka ini dalam Ayat 22 berikut pula:
Firman Allah (a.w): 'Inna syarad-daawabi ... (hingga) ... la ya'qiluna.' (yg bermaksud: 'Sesungguhnya seburuk-seburuk makhluk (i.e. haiwan atau binatang [Nota: Kita manusia tetapi apabila tergolong dalam golongan yg disebutkan pada Ayat 20 dan 21 di atas itu adalah) diibaratkan oleh Allah (a.w) sebagai haiwan yg merayap atau yg melata di bumi] di sisi Allah (a.w) adalah orang-orang yg (ada telinga yg sempurna dan berfungsi tetapi) pekak atau tuli, yg (ada mulut yg berfungsi, tetapi) bisu, dan yg (memiliki otak yg memang waras, tetapi) tidak boleh berfikir (atau tidak mahu mengerti apa-apa yg Allah (a.w) dan RasulNya perintahkan supaya dipatuhi). [Ayat 22, Surah al-Anfal]
Saudara, alangkah hinanya kita kalaulah kita digolongkan oleh Allah (a.w) dari kalangan manusia yg tak lebih dari haiwan yg melata di bumi diberikan oleh Allah (a.w) panca indera yg sempurna, tetapi tidak dapat mamahami ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, dan tidak mahu mendengar nasihat dan, kalau mendengarpun, tak mahu terima, malah berpaling dan seringkali berhujjah pula cuba menegakkan kebatilan setelah diberikan kebenaran sesuatu ketetapan Islam itu. Saudara, majoriti umat Islam demikian. Bak kata istilah sekarang orang yg bodoh sombong - sudahlah dia bodoh (yakni, jahil dalam Islam), dan apabila diajarkan atau diberitahu ilmunya tentang sesuatu kebenaran perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), mereka dengar tapi tak mau terima (atau tolak tepi atau remehkan), wal iya zubillah min zalik.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm,SAYA DENGAR SAYA PAHAM. Tapi golongan mereka ini sebagai yg sdr telah nyatakan di atas, sukar untuk menerima perkara yg haq. Itulah orang yg BODOH SOMBONG ....... bodoh tak bolih diajar pandai tak bolih diikut. Didoakan semuga Allah memberi mereka petunjuk. Wallahu'alam.

    ReplyDelete