Assalamualaikum,
Saudara, dalam Islam itu adalah suatu dosa yg tidak boleh dimaafkan apakala seseorang itu kerana sesuatu sebab mengakui bahawa sifolan itu adalah bapanya ata ibunya, yakni dia itu adalah anak sifolan atau sifolan. Ini sering berlaku dalam kes apabila terjadi urusan pembahagian harta warith atau ketika harta orang yg mati hendak dibahagi-bahagikan mengikut hukum faraid kpd ahli warith si mati. Maka mungkin adalah anak angkat si mati itu membuat pengakuan yg dia adalah anak yg sah si mati. Ini adalah suatu pebuatan yg amat dimurkai oleh Allah (a.w). Orang yg sedemikian itu tidak akan dapat masuk syurga!
Diriwaykan hadith dari abi Othman an-Nahdi berkata: 'Aku mendengar Saad dan Aba Bakrah dan setiap seorang dari keduanya berkata: 'Aku mendengar (kata Saad /Aba Bakrah) dgn kedua-dua telinganya dan faham kedua-duanya didalam hatinya bahawa Muhammad (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa yg mengakui terhadap seseorang (sebagai bapanya yg) selain dari bapanya (yg sebenarnya), dan dia (yg membuat pengakuan itu) tahu bahawasanya (yg diakui bapanya itu) bukan bapanya, maka syurga itu di atasnya diharamkan.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Pengakuan]
Saudara, ketetapan dalam hadith di atas itu amat penting peringatannya, terutama bagi seseorang yg statusnya adalah anak angkat kpd seseroang atau dua orang tua yg memeliharanya. Sebagai anak angkat dia tidak boleh mengakui sebagai sah bahawa orang tua yg membelanya itu adalah bapa atau ibu kpdnya yg sah, yakni dia adalah anak kandung mereka. Perbuatan sedemikian itu secara langsung menjadikan dia ahli neraka, dan tidak sekali-kali dapat dia masuk syurhga.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment