Friday, April 1, 2011

Sesat dan Tersasar Dalam Islam? (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telah tahu bahawa manusia itu jika tak mau sesat, yakni tak mahu disiksa dalam neraka, dan ada peluang ikuti jalan lurus ke syurga itu, wajib melepasti pintu 'siraul mustaqim' yg pertama (atau check-point pertama), iaitu patuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat. Kalau ingkari ayat tersebut, awal-awal lagi manusia itu sudah sesat. Yg selainnya tak guna. Maksudnya, manusia itu menjalani kehidupan dunia atas bekalan nyawanya yg diqadarkan oleh Allah (a.w), kata Rasulallah (s.a.w) umur umatnya adalah antara 60 hingga 70 tahun. Ada yg menjadi outliers dalam probability umur tersebut, sampai dapat 85 tahun macam Mahathir dan Siti Hasmah atau sampai 125 tahun macam seorang Cina di Mainland China yg dilapurkan di akhbar suatu masa dulu. Itu saja. Lepas itu disiksa dalam kubur sebelum kiamat. Kemudian, apabila kiamat dunia dilemparkan oleh malaikat ke dalam neraka! Saudara, pintu kesesatan kedua (atau check-point ke-2) pula disebutkan dalam post itu, iaitu spt berikut. Disalin semula untuk disempurnakan.
Kesesatan peringkat kedua (atau check-point ke-2), setelah berjaya tak sesat pada peringkat pertama atau berjaya melepasi check-point pertama, bagaimana pula melepasi pintu kesesatan ke-2 (atau check-point ke-2)? Ini berlaku apakala manusia itu disuruh buat sesuatu dan ditegah buat sesuatu setelah menjadi Islam tanpa ilmu dan tanpa panduan yg haq. Dr Mashitah sebut fasal Rukun Islam dan Rukun Iman, kemudian beliau juga sebut sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (yg bermaksud: Kamu ambillah daripada aku (Nabi) cara dan kaedah atau peraturan amalan haji kamu.') [Nota: Beliau sebut 'peraturan amalan'. Sebenarnya, kalimah 'manasikakum' = peraturan (cara dan kaedah) mengenai ibadah haji]. Bukanlah peraturan umum. Setiap amalan dan ibadah itu ada peraturannya yg berasingan dan terasing atau khusus. Contoh: dalam perkara solat, panduannya adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat (i.e. aku kerjakan solatku) [Hadith Bukhari]. Orang Islam yg telah melepasi benteng sesat yg pertama (atau, check-point pertama) itu akan sesat di benteng kedua (atau, check-point ke-2) ini apabila hendak melaksanakan perintah Allah (a.w) memperhambakan diri mereka! Kalau mereka tiada ilmu dan tiada panduan, orang yg Islam akan sesat di sini, setelah melepasi kesesatan tahap pertama (atau, check-point pertama) tadi! 
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) beri kita pedoman: 'Al-Ilmu qabla 'amal(yg bermaksud: 'Berilmulah dahulu sebelum beramal'). Dan, kerana itulah Allah (a.w) ingatkan kita sebelum mengerjakan amalan dan ibadah, hendaklah kita tau apa yg kita nak buat spt firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun(yg bermaksud: janganlah kamu kerjakan atau amalkan sesuatu tanpa terlebih dahulu kamu tahu ilmu mengenainya (yakni, yg nak dilakukan atau dikerjakan itu). Begitulah kesemua amalan dan ibadah selainnya ada panduan khusus. Kalau tak mahu mengaji dan tak ikuti panduan dalam mengerjakan amalan dan ibadah, maka pastilah kita akan sesat. Kerana Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballaha wa-sunnatu nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu dua perkara, jika kamu berpegang kpd kedua-duanya, pasti kamu tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith)[Hadith Imam Malik]. Jelas, orang Islam itu pasti sesat kalau tak mengaji ilmu al-Quran dan tak mengaji ilmu as-Sunnah. Lebih-lebih lagi as-Sunnah, kerana as-Sunnahlah yg memberitahu kita secara terperinci bagaimana Rasulallah (s.a.w) buat amalan dan ibadah yg wajib maupun yg sunat. Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (Ayat 21, Surah al-Ahzab), kita wajib ikut dan contohi Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg beramal dan beribadah dgn panduan ilmu yg haq (benar) dan mencontohi Rasulallah (s.a.w), maka dia pasti tidak sesat! Janji Rasulallah (s.a.w) adalah janji Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Kalau kita guna panduan lain, lambat laun pasti sesat! Malah, Rasulallah (s.a.w) dahpun beri kita tahu dalam sabdanya: 'Al-ilmu thaklathatun wama siwa fi zalika fahua fadlun, ayatun muhkamatun, sunnatun qaimatun au faridatun adilatun' (yg bermaksud: Ilmu yg wajib dipelajari itu adalah tiga, dan apa-apa ilmu selainnya baik bagi kamu, (yg wajib itu) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran), sunnah yg tegak (yakni, benar) (yakni, as-Sunnah) dan hukum faraid yg adil'. [Hadith Abu Daud & ibnu Majah] Jadi, sesiapa yg berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti tergelincir atau menyeleweng atau menyimpang atau sesat. Tak dapat syurga. Kerana amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w), takda pahala; yg ditegah kekal dapat dosa. 
Saudara, apa yg dapat kita rumuskan? Kalau berjaya melepasi pintu  kesesatan (check-point) kedua itu, kita akan meneruskan perjalanan hidup kita mengikuti 'siratul mustaqim' itu seterusnya sepanjang hidup kita, dgn harapan bahawa kita terselamat dari neraka dan pasti berjaya mendapat syurga, melalui ketaatan kita terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) (yakni, Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa'). 
Saudara, kesesatan peringkat ketiga (atau, Check-point ke-3), setelah berjaya melepasti check-point kedua itu adalah menepati firman Allah (a.w), Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Mai yutiil rasula faqad ata'allaha' (yg bermaksud: Sesiapa yg taatkan Rasulallah (s.a.w) pastilah dia taatkan Allah (a.w). Jadi, kalau tak ikuti as-Sunnah, sesat di check-point ke-3 ini. Firman Allah (a.w): 'Wa-ma atakumur rasullah fakhuzuhu, wa-ma nahakum fantahu' (yg bermaksud: Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. terima), dan apa-apa yg dirtegahnya hendaklah kamu jauhi' (Ayat 7, Surah al-Hasyr). Ini perintah wajib bagi orang Islam yg beriman. Tak mengaji as-Sunnah, tak faham as-Sunnah atau tak akur dgn ketetapan as-Sunnah, menyesatkan orang Islam. gagal dia mendapat syurga! Kalau tak akur dgn s-Sunnah mana mungkin boleh diakui 'ahlus sunnah'? Saudara, ramai orang Islam yg sesat di check-point ini. Mereka tak mau mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah supaya mereka terpandu beramal dan beribadah setiap masa dan ketika, maka amalannya betul dan menepati apa yg dicontohi oleh Rasulallah (s.a.w). Maka kerana itu menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr tersebut. Lepas check-point ini. [Nota: Sebahagian drp syarat mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah itu adalah tidak membuat dan mengamalkan bid'ah, takyul, khurafat dan taklid buta, kerana semua atau tiap-tiap bid'ah, tahyul, kurafat dan taklid itu kesesatan.] 
Kemudian, kesesatan di tahap ke-empat (atau check-point ke-4) pula adalah, apabila orang Islam yg beriman itu menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran: 'Waktasimu bihablillahi jami'an wa-la tafarraqu ...' (yg bermaksud: Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah (a.w) (yakni, ugama Islam) itu secara berjema'ah dan jangan berfirqah-firqah (atau berpecah-pecah dalam perkumpulan terasing).' Apabila akur dgn perintah ini barulah umat Islam itu layak dikira sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah', kerana menganuti ugama Islam itu secara  atau dgn berjema'ah itu adalah perintah wajib. Kalau orang Islam yg beriman itu berjema'ah dalam Islam dan dia tidak mengikuti mana-mana perkumpulan firqah (termasuk mazhab), maka barulah mereka berhak diiktiraf sebagai ahli 'wal-jama'ah' (maksud: dgn berjema'ah), iaitu pra-syarat kedua kebenaran menjadi umat Islam. Maka mereka itu lulus atau melapasi kesesatan yg ke-empat tersebut. [Nota: Dalam blog ini diperjelaskan dgn selengkapnya konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' ini. Saudara boleh rujuk untuk lebih faham dimensi ini.] 
Saudara, kesesatan ke-4 ini menyebabkan majoriti umat Islam hari ini keliru dan tersesat. Umat Islam yg tidak sesat itu adalah mereka mencontohi Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan mereka berjema'ah dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai orang Islam yg iman dan tidak sesat! Berjema'ah itu perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) [Nota: Sila rujuk nas dan dalilnya dalam blog ini].
Saudara, orang Islam yg menepati ketetapan yg empat itu atau yg melepasi check-point gaya hidup sedemikian, pasti mendapat syurga dgn syarat dia mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan dan meninggalkan apa-apa yg ditegah. Inilah ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 72, az-Zuhruf: 'Wa-tilkal jannatul-lati urithtumuha bima kuntuk ta'maluna' (yg bermaksud: Dan demikianlah syurga yg akan diwariskan (atau diberikan) kpd orang-orang iman dgn apa-apa yg ada mereka mengamalkannya (atau mengerjakannya).' Tanpa amalan dan ibadah pasti tak dapat syurga. Iman saja tak cukup tanpa amalan!
Alhamdulillah, kita telah semak dgn teliti dan menyeluruh apakah yg dimaksudkan dgn kesesatan dalam Islam atau apakah yg menyesatkan umat Islam dari mendapat matlamat yg haq iaitu mendapat kerahmatan Allah (a.w)  dan selamat dari siksaan neraka dan berjaya mendapat syurga. 


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment