Sunday, April 17, 2011

Keimaman dalam Islam: Perintah Bersifat Maksiat

Assalamualaikum,
saudara, dalam post yg lalu kita telah faham bahawa di dalam Islam wajib ada jema'ah dan wajib ada Imam (atau Amir) yg memimpin umat Islam melaksanakan Islam dan syariatnya menepati ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan menepati perinciannya dalam perintah Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Dan, jema'ah (umat) Islam itu wajib taatkan Imam (atau Amir) selagi Imam (atau Amir) itu tidak suruh berbuat sesuatu yg maksiat. Kita telah lakarkan maksud 'maksiat' dalam konteks Islam dan syariatnya.Dalam post ini kita berikan contoh perntah yg bersifat maksiat dalam Islam bersandarkan as-Sunnah:
Diriwayatkan hadith dari Said b Ubadah hadith dari Abi Abdul Rahman hadith dari Ali (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) mengutus suatu bala tenteran peperangan (yg besar), maka memerintah seorang lelaki (yakni, panglima perangnya) supaya bala tenteranya menghidupkan (atau menyalakan) unggun api, dan berkata (panglima perang tersebut): 'Masuklah kamu ke dalamnya!' Maka mengkehendaki bahawasanya (sebahagian) manusia (bala tentera) masuk ke dalam api (yg dinyalakan). Dan berkata sekumpulan yg lain: 'Sesungguhnya akan lari kami darinya!'. Maka dilaurkan demikian (peristiwa) kpd Rasulallah (s.a.w). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) kpd golongan yg hendak masuk ke dalam (api): 'Seandainya (yakni, jikalah)  masuk kamu ke dalamnya, maka tidak henti-hentilah kamu di dalamnya sehingga hari kiamat.' Dan bersabda (Rasulallah) kpd golongan (yg enggan masuk ke dalam api) dgh kata-kata yg baik-baik, dan bersabda: 'Jangan taatkan di dalam (perintah) yg maksiat (yg menentang Allah (a.w)), sesungguhnya apa-apa yg wajib ditaati adalah dalam perbuatan yg baik (yakni, makruf).' [Hadith Muslim, Kitab Imaroh (Kepimpinan)]
Saudara, hadith ini menceritakan suatu peristiwa bilamana segerombolan tertera Umat Islam dihantar oleh Rasulallah (s.a.w) untuk suatu medan perang untuk memerangi tentera musyrik dan kafir. bala tentera yg besar itu diketuai oleh seorang panglima perang. Ketika berehat disuatu kawasan, panglima perang itu menyuruh tenteranya hidupkan api yg besar, kemudian dia memerintahkan tenteranya masuk ke dalam api. Segolongan tentera merasai terpaksa akur dgn perintah ketuanya, tapi sebahagian yg lain enggan turuti perintah tersebut dan berhasrat nak lari supaya selamat dari api. Tatkala dilapurkan peristiwa tersebut kpd Rasulallah (s.a.w), dia memberitahu kpd golongan yg ingin taatkan perintah panglima bahawa jikalah mereka masuk pastilah mereka berada di dalam api itu selamananya, maksudnya mati terbakar, dan diakhirat kelak juga akan berada dalam neraka, dibakar dalam neraka. Kerana masuk ke dalam api itu membunuh diri, Orang yg membunuh diri dgn senagaja atau dalam kewarasan otaknya, pasti masuk neraka. Beliau memuji-muji pula golngan yg enggan masuk ke dalam api dan ingin menyelamatkan diri, yakni lari, ingkarkan perintah panglima tersebut. Kemudian Rasulallah (a.w) memberi fatwa atau ketetapan bahawa jika diperintahkan melakukan sesuartu maksiat (yakni, menentang Allah (a.w), maka jangan taati perintah tersebut. Perintah masuk ke dalam api supaya mati terbakar adalah suatu perintah yg maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) kerana Allah (a.w) tidak suruh manusia yg iman itu mencari celaka atau meletakkan dirinya dalam situasi kecelakaan atau yg merosakkan diri mereka sendiri. Masuk dalam api tersebut seolah-olah sengaja hendak membunuh diri. Membunuh diri adalah dilarang oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). maka dgn itu jika kepimpinan memerintahkan kita sesuatu yg menakibatkan kecelakaan pada diri kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat, perintah kepimpinan sedemikian tidak wajar di dengar dan tidak boelh ditaati. Jika ditaati, sudahlah pemimpin tersebut menentang ketetapan Allah (a.w), kita pula sama-sama menentang Allah (a.w). maka dia masuk neraka, kita pastilah masuk neraka kerana menutamakan perintah pemimpin dan membelakangkan perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Kita wajib akur dgn perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Dan, kita wajib akur perintah pemimpin jika tidak maksiat atau menentang perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment