Assalamualaikum,
saudara, kita yg Islam yg sentiasa mengamalakn doa setiap ada kesempatan, terhadap rendah hati kerana ada banyak perkara yg kita ingini, setelah diusahakan sekuat mampu, tak juga dapat. Sebaliknya, di sekeliling kita pula, kita lihat orang Islam dan bukan Islam begitu senang dan selesa hidup mereka, memiliki kesemuanya dan tidak payah bersusah payah pun, semuanya sudah terhidang - ada rumah besar, kereta besar, gaji besar, poket penuh wang, dan sebagainya. Kemudian kita lihat diri kita begitu dhaif, kadangkala terpaksa bertekun dan berusaha sedaya upaya, dibasahi keringat, penat dan lelah, tapi dapatpun cukup untuk saraan sementara sahaja ...mungkin terkadang kita merasa hampa dan hiba.
Saudara, orang Islam itu bukan hidupnya untuk dunia, tapi untuk akhirat. Orang Islam itu diberitahu bahawa dunia hanya suatu tempat persinggahan sementara - selama, bak kata Rasulallah (s.a.w), hanyalah untuk 60 atau 70 tahun sahaja [Nota: dalam kiraan tahun di akhirat hanyalah setakat satu minit sahaja!] - kemudian akan mati, kemudian akan dibangkitkan semula ketika kiamat terjadi, untuk menempuhi kehidupan yg benar dan tanpa waktu penamat, iaitu akhirat. Kehidupan yg hakiki dalam Islam adalah akhirat. Di sana segala-gala ada tanpa bersusah payah mencarinya. Kalaulah kita berjaya menjadi ahli syurga. Fikirkanlah janji Allah (a.w) bahawa orang yg termiskin di dalam syurga itu adalah orang yg memiliki kekayaan dan kemewahan yg nilainya bersamaan 10 kali dunia dan segala isinya. Fikirkanlah, kita yg miskin di dalam syurga itu lebih beratus atau beribu kali ganda lebih kaya dan mewah dari Bill Gates atau Ananda Khrisnan, Warren Buffet atau pemilik Teh Hong Piow dan sebagainya. Oleh itu jikalah kita miskin di dunia tak mengapa asalkan kita akan kaya di akhirat. Orang yg paling rugi adalah orang yg kaya di dunia dan kemudian tidak mempunyai harta - rumah, kereta, isteri, makanan dan minuman di akhirat, iaitu orang yg menjadi ahli neraka. Disana tidak hidup dan tidak pula mati sentiasalah disiksa ... Orang sedemikianlah rugi. Tidak guna menjadi orang yg kaya di dunia apabila di akhirat tak tergolongpun dari kalangan orang yg miskin di akhirat.
saudara, hari ini begitu ramai orang yg kaya dan mewah di dunia, tapi kerana dia lupakan bahawa kekayaan dan kemewahan itu adalah cubaan dari Allah (a.w) dan adalah amanah Allah (a.w) persia-siakan kekayaan dan kemewahan mereka! Mereka mempunyai peluang yg paling mudah untuk mendapatkan akhirat kerana kekayaan mereka, tapi mereka tidak ambil pedulia, tak ambil kesempatanpun ... Kerana itulah Allah (a.w) tidak hairan dan tidak meletakkan sebarang nilai terhadap dunia dan orang yg mencari dunia dan lupakan ahiratnya.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hazim hadith dari Sahil b Said berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Seandainya dunia ini (nilainya) di sisi Allah (a.w) membandingi (yakni, nilainya sama dgn) sayap nyamuk, (maka) tidak akan memberi Allah (a.w) minum kpd orang yg kafir seteguk airpun.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Zuhud]
Oleh kerana dunia ini lebih rendah nilainya dari kepak nyamuk, Allah (a.w), dgn sifat ar-Rahmannya (kasihnya pada makhluk ciptaanNya) memberikan rezki kpd manusia tak kira dia Islam atau tidak Islam, jika diusahakan oleh mereka, tertakluk kpd Qada dan Qadar yg telahpun ditetapkan oleh Allah (a.w), mereka akan dapat. Tapi, bagi orang yg kafir atau tidak Islam dan orang Islam yg menentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, maka atas sifat ar-Rahim (sayangnya) Allah (a.w) itu, hanya yg taat dan patuh akan diberi kesempatan mendapat kebahagiaan di akhirat, iaitu masuk syurga, yg segala-agala ada, termasuk apa-apa yg tiada di dunia.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment