Assalamualaikum,
Saudara, suatu masa dulu penulis komen berita akhbar mengenai perbalahan (melalui undang-undang) antara balu Syed Kechik (b. Syed Mohamed al-Bukhary), Sofiah Moo Abdullah, dan dua anak perempuannya, iaitu Sharifah Zarah and Sharifah Munira, dgn anak lelaki madunya, Syed Gamal, dari isteri pertama Syed Kechik, Zainab @ Esah bt Abdullah, melibatkan harta peninggalan si-mati, Syed Kecik, dinilai kira-kira RM 400.0 juta.
Alhamdulillah, nampaknya kelmarin, mengikut lapuran akhbar the Sun (21 April 2011: tajuk 'Feud over Syed Kechik's estate ends'), selesailah permasalahn warisan tersbeut apabila Mahkamah Persekutuan menolak bantahan bekas isteri ke-2 dan dua orang anak perempuannya, dan menerima anak lelaki dari isteri pertamanya, dijadikan pewaris harta warisan peninggalan Syed Kechik.
Saudara, mengikut kes tersebut dilapurkan bahawa isteri kedua Syed Kechik dan dua anak perempuannya adalah pentadbir harta pesaka Syed Kechik tanpa melibatkan sedikitpun Syed Gamal, anak isteri pertama Syed Kechik. Apakala Syed Gamal meminta didaftarkan sebagai seorang yg berhak menjadi pewaris atau pentadbir pesaka arwah bapanya, telah dibantah oleh isteri kedua Syed Kechik dan dua anak perempuannya! Mahkamah Tinggi memutuskan isteri kedua, dua anak perempuan bersama-sama isteri keduanya dan anak lelaki dgn isteri pertamanya berhak menjadi pentadbir (Administrators) harta peninggalan Syed Kechik. Tapi dibantah oleh isteri kedua dan kedua-dua anak perempuannya. Maksudnya, isteri kedua dan dua anak perempuan tak mahu share harta peninggalan Syed Kechik!
Jelaslah, ada sesuatu yg tak kena dalam Hukum Faraid (yakni, hukum menyentuh pembahagian harta waris dalam Islam). Mengikut hukum faraid, setelah mati seseorang lelaki Islam itu, hendaklah dibahagi-bahagikan harta warisan setelah segala hutang simati diselesaikan atau dilunaskan. [Nota: Hutang yg tidak dilunaskan bahaya bagi simati apabila kiamat dunia. Malah sebelum kiamatpun. Kerana rohnya terapung-apung di antara bumi dan langit dunia, sehinggalah selesai hutangnya dilunaskan. Kalau simati adalah ahli syuga, sewajarnya rohnya rehat di dalam kuburnya, iaitu salah satu drp begitu banyak taman-taman syurga. kalau simati ahli neraka, maka terselamatlah dia buat sementara waktu dari disiksa dalam kuburnya.] Setelah hutang dibayar, maka selebihnya dibahagi-bahagikan kpd yg berhak: isteri-isteri, anak-anak lelaki dan perempuan, abang dan adik, ibu dan bapa simati dan seterusnya.
dalam kes ini, Syed Kechik dan isteri pertamanya sudah kembali keramatullah. Mungkin sekali kedua ibu bapa atau adik beradik lain, tiada lagi. Maka yg tinggal isteri kedua, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan, yg wajar menerima bahagian masing-masing; iaitu, anak lelaki dapat dua bahagian harta, anak perempuan setiap seorang dapat satu bahagian, isteri dapat satu perlapan bahagian. Jadi yg yg lebih banyak dapat adalah anak lelaki. itulah keadilan dalam Islam i.e. Syed Gamal dapat 2 bahagian dari satu, dan setiap seorang anak perempuan dapat sebahagian dari satu dan isteri Syad Kechik satu perlapan.
Saudara, jikalah hutang peninggalan Syed Kechik tak sebanyak mana, maka yg pasti perginya seorang jutawan ditinggalkan olehnya empat jutawan, iaitu isteri keduanya yg masih hidup, anak lelaki tunggalnya, dan dua anak perempuannya. Mudah-mudahan mereka menginfaq sebahagian kekayaan tersebut untuk membersihkannya dari amanah Allah (a.w) dan tuntutan haq Islam terhadap kurniaan Allah (a.w). menghasilkan pula empat orang jutawan selain keadilan dalam islam....
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment