Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan lagi perbincangan kita tentang tajuk di atas. Kita sudahpun maklum bahawa syariat Islam yg haq itu, yakni Islam yg didasarkan kpd ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah, mensyaratkan kita yg Islam ilmukan diri kita sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, supaya pasti kita menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dalam beramal dan beribadah. Juga, kita wajib mengerjakan amalan dan ibadah dgn mencontohi Rasulallah (s.a.w), kerana Rasulallah (s.a.w) yg memperincikan bentuk-bentuk amalan serta cara dan kaedah beramal atau beribadah menepati perintah Allah (a.w). Dan, kita diwajibkan anuti Islam itu secara berjema'ah. Maka dgn itu Allah (a.w) telah menetapkan superstuktur Islam itu dalam al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) memperincikannya dalam as-Sunnah supaya amalan dan ibadah manusia itu diterima Allah (a.w). Kita telah teliti satu dimensi sistem berjema'ah itu iaitu tentang institusi keimaman (Nota: yg dirujuk sebagai 'ulil amri' dalam Ayat 59, Surah an-Nisa' dan ketua golongan 'ulil amri' itu dirujuk sebagai 'Imam' atau 'Amir' dalam as-Sunnah).
Saudara, dalam zaman hayat Rasulallah (s.a.w), beliaulah yg mengetuai kepimpinan Islam. Apabila wafat Rasulallah (s.a.w) jema'ah umat Islam itu dipimpin oleh khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin bermula dgn Abu Bakar as-Siddiq, kemudian Omar b Khattab, dikuti oleh Othman b Affan dan akhirnya Ali b Abu Thalib, radiallahu 'anhum. Sistem pemerintahan sedemikian kekal dilaksanakan zaman tabi'in dan para pengikut para tabi'in. Ketika Islam sudah meluas dan menjadi ikutan manusia di luar wilayah Arab, dilantik pula para gabenur dan qadi atau pemimpin lain untuk mentadbirkan jema'ah kecil umat Islam yg tinggal berjauhan dari Kota Mekah/Kota Madinah, pusat pemerintahan Islam zaman itu. Sewajarnyalah sistem ini kekal sehinggalah akhir zaman, yakni kiamat dunia. Ketua jema'ah Islam sedemikian, selepas para khalifah, mengikut as-Sunnah disebut dgn berbagai nama atau gelaran. Yg paling lazim adalah 'Imam' atau 'Amir'. Maka dalam as-Sunnah, Rasulallah (s.a.w) merujuk kpd nama 'Imam' atau 'Amir' sebagai personaliti atau orang yg mengetuai jem'ah (umat) Islam itu. [Nota: Sistem ini sepatutunya wujud kesinambungan kerana ketetapan mengenai berjema'ah dan berimam itu adalah suatu ketetapan mutlak dalam syariat Islam sehingga akhir zaman].
Saudara, Imam atau Amir itu mentadbiruruskan jema'ah (umat) Islam berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kerana adalah menjadi misi Imam/Amir bahawa jema'ahnya kekal menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup yg haq sebagai orang iman supaya di akhirat kelak dia (i.e. Imam/Amir) sebagai pemimpin jema'ah dan jema'ah (i.e. rukyah atau rakyat) yg dipimpinnya sama-sama berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Itulah visi dan misi orang iman sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Isra' - mengharapkan keridaan Allah (a.w) (yakni, berjaya mendapat syurga) dan selamat dari siksaan Allah (a.w) (yakni, neraka). Tidak ada matlamat yg lebih baik bagi manusia yg Islam dan iman selain itu. Oleh yg demikian, Islam mensyaratkan bahawa rukyah atau rakyat, yakni jema'ah, wajib mentaati Imam/Amir selagi perintah atau suruhan Imam/Amir itu tidak bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, termasuklah selagi Imam/Amnir itu tidak perintahkan kemaksiatan (yakni, menentang ketetapan Allah (a.w), spt mengamalkan sesuatu yg bid'ah. Kerana bida'ah adalah perbuatan yg menentang ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. [Nota: Kita telah teliti perkara ini dalam post yg lalu]. Oleh itu, jema'ah wajib mendengar ketetapan dan perintah Imam/Amir dan wajib mentaatinya.
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Wajib atas kamu mendengarkan dan mentaati (ketetapan atau perintah Imam/Amir) dan jikapun dijadikan Imam/Amir kamu itu seorang bekas hamba Habsyi yg keadaan kepalanya seumpama buah anggor yg kering!' [Hadith ibnu Majah]
Kita diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya mendengar nasihat, keettapan dan perintah serta suruhan Imam itu dan mentaati ketetapan dan perintahnya walaupun orang yg menjadi Imam itu adalah seorang yg hodoh sifat fisikalnya dan hitam legam pula kulitnya seumpama orang Habsyi dan kepalanya krepot seumpama buah anggor kering. Kerana dia diajadikan Imam, maka wajib didengarkan nasihatanya dan ditaati perintahnya.
Diriwayatkan hadith dari Syu'bah hadith dari yahya b Hussein hadith dari neneknya (i.e. nenek Yahya) yg berkata:'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Jika dijadikan Amir atas kamu sekelian seorang hamba Habsyi yg cacatpun, maka mendengarkanlah (nasihat dan ketetapannya) dan taatilah (ketetapan, perintah dan suruhannya) selama dia menunjukkan dengan panduan Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran).' [Hadith ibnu Majah]
saudara, jelaslah yg wajib kita pastikan bukan rupa bentuk atau keturunan orang yg dilantik Imam/Amir itu, tetapi dia mentabdiruruskan jema'ah umam (yg kita adalah anggota jema'ah tersebut) dgn berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. kalau dia memerintahkan sesuatu yg ditegah atau bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, maka nasihatnya atau perintahnya tak perlu didengarkan dan jangan sekali-kali ditaati. Kerana menetang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) menyebabkan kita tergelincir dari Islam, wal iya zubillah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment