Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung semula perbincangan kita tentang tanda-tanda orang yg akan mati macammana atau bagaimana? Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya (i.e. Buraidah) (berkata) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda (i.e. memberitahu): '(Tanda-tanda) akan mati seorang iman itu (adalah) apabila berpeluh di pelipis (mukanya).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith yg pendek ini menyebutkan bahawa ketika hampir mati seorang iman itu, maka kelihatan peluh mengalir di kawasan pelipisnya (iaitu, kawasan 'sideburn'nya). Jika kita berada disamping saudara yg sedemikian itu ajarkanlah di menyebut kalimah Tahlil (i.e. 'La-ilaha illallah') supaya ucapan itu adalah ucapan terakhirnya sebelum menghembuskan nafas yg terakhir. Kalau kita dah dengar sebutannya itu, maka janganlah biarkan orang lain melakukan sesuatu yg menjadikan dia mengeluarkan lain-lain kata-kata atau ucapan. Mudah-mudahan dgn menyebut kalimah Tahlil itu kalimah akhir yg keluar dari mulutnya, maka, sebagaimana dijanjikan oleh Allah (a.w), berjaya dia mendapat syurga. [Nota: Sila rujuk hadith-hadith dalam post terdahulu yg menyebutkan sesiapa yg akan mati, yakni ketika hampir atau sedang naza', dan dia mampu menyebut kalimah Tahlil ('la-ilaha ilallah') itu, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Itulah janji Allah (a.w).]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment