Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita komen tajuk di atas itu bersabitan dgn Wacana Sinar Harian (Kumpulan Karangkraft) kelmarin di dewannya di Shah Alam. Datuk Mashitah, Dr Asri dan Zabidi masing-masing bercakap berdasarkan ilmu yg mereka ada dan kepintaran mereka mengolah hujjah mengenai tajuk 'debat' tersebut: : 'Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap?' Dr Mashitah belum pernah ditangkap kerana berceramah tentang Islam. Dr Asri pernah ditangkap. Malah dimalukan pula sebagai seorang ulama' genarasi baru yg ikuti fahaman Wahabbi! Zabidi dulu seorang orang kanan Asya'ari, 'Imam jema'ah Arqam', yg ditahan di bawah ISA selama 3 1/2 tahun. Dia adalah salah seorang profesional yg dapat dipatahkan aqidah serta kepintaran otak mereka oleh Asya'ari yg hanya lulus sekolah pondok saja.
Penulis hanya kesal setelah huh-hah program ini, akhirnya bila dihadiri takdapun sesuatu yg kita boleh berpaut untuk meyakinkan kita bahawa kini kita faham apa dia 'kesesatan dalam Islam' atau 'siapa yg dikira sesat dalam Islam' dan apakah ciri-ciri atau criteria yg dipakai oleh seseorang yg mentadbirkan organisasi atau institusi atau pihak berkuasa Islam membuat keputusan ajaran itu sesat atau tok guru itu sesat dan ustaz itu benar dan tidak sesat? Kita masih tercari-cari.
Dalam hubungan ini dalam post sebelum ini penulis telah definisikan 'sesat' spt berikut: '
[Nota: Islam adalah ugama Allah (a.w) bagi manusia dan jinn, makhlukNya anuti. Islam bukanlah satu academic subject atau topik 'diskusi secara intelektual', sebagaimana yg dicadangkan oleh Asri. Islam dan syariatnya bukan untuk didebatkan. Islam dan syariatnya adalah untuk dipelajari, difahami, diikuti dan diamalkan oleh manusia sebagai landasan untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w) yg memberi mereka peluang hidup di dunia ini selama, on average '60 hingga 70 tahun! Jika seseorang itu tidak Islam maka dia sesat, kerana destinasi hidup adalah kematian, dan apabila mati ada syurga dan ada neraka (Ayat 7, Surah asy-Syura), iaitu destinasi yg kekal dan destinasi penamat. Tiada pilihan. Manusia boleh pilih satu dari dua destinasi, iaitu syurga atau neraka. Yg sesat pasti dapat neraka, tak kira dia Islamke atau Kristianke atau Majusike atau Yahudike atau Budhiske atau athiestke. Itu saja.]
Saudara, kesesatan yg pertama (atau, check-point kesesatan pertama) adalah jika seorang manusia (atau jin) itu tolak ketetapan pada Ayat 56, Surah az-Zarirat: yg berbunyi: 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa li-ya'budini' (yg bermaksud: Tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri mereka kepada Aku (Allah).) Manusia yg tidak jadikan Allah (a.w) sebagai tuhannya yg esa, adalah sesat di tahap awal lagi. Orang yg anuti ugama selain Islam adalah sesat. Kerana tiket ke syurga hanya boleh di'jualkan' kpd yg Islam saja. Manusia mencari kejayaan untuk kehidupan akhirat mereka, di syurga, tetapi kerana tak mau peluk Islam, maka dia mendapat neraka. Tetap sampai destinasi perjalanan hidup neraka itu, tapi tak ada gunanya - disiksa dan tidak dilayani untuk menikmati segala sesuatu yg tidak pernah dilihat oleh mata, dicium oleh hidung, di dengar oleh telinga dan dirasai oleh lidah dan sebagainya. Di sana tak perlu panjat pokok buah-buahan untuk dapatkan buahnya. Kemanisannya 99 kali ganda manisnya buah yg serupa di dunia. Tak menyorok minum arah kerana boleh renangi sungai arak, maka berenang sambil minum. Begitu juga tak perlu cari madu Yaman, kerana boleh terjun ke sungai madu, minum sambil berenang. Kalau suka minum susu fresh pula, tak perlu perah susu atau cari lembu betina, memadai terjun sungai susu, minum sambil berenang! (Ayat 15, Surah Muhammad). Begitulah nikmat syurga. Pastilah itu destinasi yg dicari oleh manusia setelah dibangkitkan semula di akhirat kelak.
Kalau ada manusia yg tak percaya adanya syurga? Itu masalah kejahilan! Manusia itu boleh tolak kenyataan al-Quran dan as-Sunnah, sekarang, tapi tunggulah balasannya kelak yg pasti, sama ada percaya sekarang atau tidak. Yg penting diingatkan jika tidak akui Allah (a.w) tuhan yg esa, dan tidak terima Islam sebagai ugama pegangan mereka, dan apakala sudah terima Islam dan jadi orang Islam, tidak melakukan segala sesuatu yg diperintahNya manusia sebagai hambaNya, maka wajiblah disiksa sebagaimana hamba kpd manusia zaman dulu disiksa kerana tak taatkan perintah tuan punyanya! Pendeknya, sesiapa yg tidak Islam, tidak patuhi perintah Ayat 56, Surah az-Zariat itu, maka dia pasti sesat awal-awal lagi. Maka teruskanlah hidup di dunia selama 60 atau 70 tahun, mati diazab dalam kubur, apabila kiamat dunia, masuk neraka. Takkan dapat syurga!
Kesesatan peringkat kedua (atau, check-point kesesatan ke-2), setelah berjaya tak sesat pada peringkat pertama? Ini berlaku apakala manusia itu disuruh buat sesuatu dan ditegah buat sesuatu setelah menjadi Islam tanpa ilmu dan tanpa panduan yg haq. Dr Mashitah sebut fasal Rukun Islam dan Rukun Iman, kemudian beliau juga sebut sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (yg bermaksud: Kamu ambillah daripada aku (Nabi) cara dan kaedah atau peraturan amalan haji kamu.') [Nota: Beliau sebut 'peraturan amalan'. Sebenarnya, kalimah 'manasikakum' = peraturan (cara dan kaedah) mengenai ibadah haji. Bukanlah peraturan umum]. Setiap amalan dan ibadah itu ada peraturannya yg berasingan dan terasing atau khusus. Contoh: dalam perkara solat, panduannya adalah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat (i.e. aku kerjakan solatku) [Hadith Bukhari]. Orang Islam yg telah melepasi benteng sesat yg pertama itu, akan sesat di benteng kedua ini apabila hendak melaksanakan perintah Allah (a.w) memperhambakan diri mereka! Kalau mereka tiada ilmu dan tiada panduan, orang yg Islam akan sesat di sini, setelah melepasi kesesatan tahap pertama tadi!
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) beri kita pedoman: 'Al-Ilmu qabla 'amal' (yg bermaksud: 'Berilmulah dahulu sebelum beramal'). Dan, kerana itulah Allah (a.w) ingatkan kita sebelum mengerjakan amalan dan ibadah, hendaklah kita tau apa yg kita nak buat spt firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra': 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: janganlah kamu kerjakan atau amalkan sesuatu tanpa terlebih dahulu kamu tahu ilmu mengenainya (yakni, yg nak dilakukan atau dikerjakan itu). Kalau nak faham tentang cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji ikutilah sabda Rasulallah (s.a.w): 'Khuzu 'anni manasikakum' (yg bermaksud: Kamu ambillah daripada aku (Nabi) cara dan kaedah atau peraturan amalan haji kamu.' Begitulah kesemua amalan dan ibadah selainnya ada panduan khusus. Kalau tak mahu mengaji dan tak ikuti panduan dalam mengerjakan amalan dan ibadah, maka pastilah kita akan sesat. Kerana itulah Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballaha wa-sunnatu nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu dua perkara, jika kamu berpegang kpd kedua-duanya, pasti kamu tidak sekali-kali akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith)' [Hadith Imam Malik]. Jelas, orang Islam itu pasti sesat kalau tak mengaji ilmu al-Quran dan tak mengaji ilmu as-Sunnah, dan berpandu kpd kedua-dua panduan tersebut. Lebih-lebih lagi as-Sunnah, kerana as-Sunnahlah yg memberitahu kita secara terperinci bagaimana hendak beramal dan mengerjakan ibadah, kerana Rasulallah (s.a.w) mencontohkan semua amalan dan ibadah (dari segi bentuk-bentuk amalan, cara dan kaedah beramal) yg wajib maupun yg sunat. Kerana Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' (Ayat 21, Surah al-Ahzab), kita wajib ikut dan contohi Rasulallah (s.a.w). Sesiapa yg beramal dan beribadah dgn panduan ilmu yg haq (benar) dan mencontohi Rasulallah (s.a.w), maka dia pasti tidak sesat! Janji Rasulallah (s.a.w) adalah janji Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Kalau kita guna panduan lain, lambat laun pasti sesat! Malah, Rasulallah (s.a.w) dahpun beri kita tahu dalam sabdanya: 'Al-ilmu thalathatun wama siwa fi zalika fahua fadlun; ayatun muhkamatun, sunnatun qaimatun au faridatun adilatun' (yg bermaksud: Ilmu yg wajib dipelajari itu adalah tiga, dan apa-apa ilmu selainnya baik bagi kamu, (tapi yg wajib itu) ayat-ayat yg menghukum (yakni, al-Quran), sunnah yg tegak (atau benar) (yakni, as-Sunnah) dan hukum faraid yg adil'. [Hadith Abu Daud & ibnu Majah]. Jadi, sesiapa yg berpandukan selain al-Quran dan as-Sunnah pasti tergelincir atau menyeleweng atau menyimpang, yakni sesat. Tak dapat syurga. Kerana amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w), takda pahala; tapi yg ditegah kekal dapat dosa.
Insya Allah (a.w) kita sambung lagi cerita ini. Kerana kesesatan peringkat kedua (atau pada check-point ke-2) ini amat luas dan amat lazim dan tidak disedari oleh orang Islam - ulama'ke atau tak ulama'ke!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment