Saturday, April 16, 2011

Masuk atau Terimalah Islam itu Sepenuhnya atau Keseluruhan Syariatnya

Assalamualaikum,
saudara, kita wajib bersyukur jika kita dilahirkan Islam atau kita menerima syariat Islam itu. Kerana, hanya orang yg Islam sahaja yg akan diberi pahala segala kata-kata dan perbuatan baiknya. Jika tidak Islam walau bagaimana menggunungnya sekalipun kebaikan yg dikerjakannya semasa hidupnya di dunia, tidak berguna padanya di akhirat kelak. Dalam blg ini kita telah lihat ketetapan Allah (a.w) bahawa harta dan anak-anak orang yg tidak Islam pasti tidak diberi sebarang ganjaran pahala, dan di akhirat kelak mereka adalah orang yg rugi, maksudnya masuk neraka tak dapat syurga.Dan, Allah (a.w) memberitahu bahawa orang yg tidak Islam itu tidak akan diterima oleh Allah (a.w) jika dia menyerahkan segala kakayaannya jika hendak dijadikan tebusan supaya membolehkan dia masuk syurga. Malah, Allah (a.w) memberitahu orang yg tdak Islam itu hanya boleh masuk syurga jikalah seekor unta boleh memasuki lubang jarum!
Saudara, bagi kita yg Islam pula kita wajib ingatkan diri kita bahawa kita diwajibkan menerima Islam dan syariatnya kesemuanya atau keseluruhannya, dan kita tidaklah dibolehkan ambil sedikit atau sebahagian dan tinggalkan sebahagian yg lain.
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu udkhulu fi silmi kaffah, wala tattabi'u khutuatis syaitani; innahu lakum 'adu'um mubinun.' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman! Masuklah kamu ke dalam (Ugama) Islam itu secara menyeluruh; dan janganlah kamu ikuti beberapa jalan syaitan; sesungguhnya syaitan itu bagi kau sekelian adalah musuh yg nayta.'  [Ayat 208, Surah al-Baqarah]
Saudara, jelas mengikut firman Allah (a.w) di atas itu, seseorang itu masuk Islam wajib sepenuhnya mengambil syariat Islam itu secara total. Tak boleh ambil separuh dan tinggakan separuh. Maka dgn itu, tidak perlu diulangi ketetapan tersebut dgn menyebut pada Ayat 103, Surah ali-Imran itu mentafsirkan kalimah 'jami'an' sebagai 'keseluruhannya' atau 'kesemuanya'. Yg dimaksudkan dgn kalimah 'jami'an' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu adalah 'berjema'ah' atau 'dgn berjema'ah'. kerana umat Islam itu adalah umat yg satu - asal usul mereka satu, iaitu Adam (a.s), dan ugama Allah (a.w) iaitu ugama yg satu yg diwajibkan atas umat manusia semenjak Adam (a.s) lagi. Yg membezakan syariat ugama Allah (a.w) yg dulu-dulu hanyalah kesempurnaannya dan kitab panduannya. Semua para rasul membawakan syariat ugama Allah (a.w) dgn kitab yg diwahyukan oleh Allah (a.w). Yg kita diberitahu oleh Allah (a.w) hanyalah Zabur kitab Nabi Daud (a.s), Suhuf kitab Nabi Ibrahim (a.s), Kitab Taurat yg diberikan kpd Musa (a.s) dan Kitab Injil yg diberikan kpd Isa (a.s). Al-Quran adalah kitab penamat yg menyempurnakan syariat ugama Allah (a.w) yg secara khusus diberi Allah (a.w) nama 'Islam' sebagai nama penamat ugama Allah (a.w) yg sempurna itu!
Saudara, semenjak Adam (a.w), sesiapa yg tidak mengikut syariat ugama Allah (a.w) berdasarkan panduan kitab-kitab yg diturunkan, sebagaimana yg didemokan oleh para rasul dan nabi, pastilah kafir. Dan, akhir atau kesudahan seseorang yg kafir atau tidak Islam itu jelas - masuk neraka. Akhir atau kesudahan orang Islam itu juga adalah dua pilihan atau tempat sahaja, iaitu sama ada menjadi ahli syurga atau menjadi ahli neraka [Nota: 'fariqun fil jannati, wa-fariqm fis-sa'ir' (yg bermaksud: Segolongan masuk syurga, dan segolongan masuk neraka) (Ayat 7, Surah as-Syura)]. Itu saja dua pilihan bagi manusia. Sesiapa yg akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah dapat syurga. Sesiapa yg tidak akur atau akur sebahagian dan tidak ikuti sebahagian juga masuk neraka. Itu sajalah akhirnya seseorang yg akui dirinya Islam itu. Oleh itu segala-gala bergantung atas apa yg diusahakannya semasa menjalani kehidupan di dunia. Jika benar dia Islam dan beriman, dan dia membawa sebanyak mungkin pahala untuk akhiratnya, maka dapatlah dia syurga, dan jika dia membawa atau mebgirimkan dosa melebih pahalanya, maka dapatlah dia neraka!
Saudara, akhirnya atau kesudahannya bagi seseorang Islam dan beriman itu ada dua. Ketika di dunia menjalani kehidupan dunia sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) seperti firmanNya pada Ayat 56, Surah az-Zariat iaitu kita dijadikan Allah (a.w) semata-mata untuk memperhambakan diri kita kpdNya dgn mengerjakan amal ibadah dan berbuat baik dan meninggalkan yg tidak baik. Jika kita berjaya sedemikian, maka kesudahan kita adalah spt yg ditetapkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' iaitu jika kita taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah), kita wajib mendapat syurga dan pasti terselanmat dari neraka.
Saudara, disinilah kesilapan kita. maka kerana kesilapan tu kita tergolong dari kalangan mereka yg tergolong dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 14, Surah ani-Nisa' kerana kita tak mentaati Allah (a.w) (yakni, tak ikuti al-Quran) dan tak taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, tak ikuti as-Sunnah), dan kita melanggar ketetapan hudud Allah (a.w), maka kita pasti masuk neraka.Antara ketetapan Allah (a.w) yg kita langgar adalah Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, kita tak ikuti as-Sunnah) dan Ayat 80, Surah an-Nisa' (yakni, kita tak ikuti Rasulallah (s.a.w)). Juga, majoriti orang Islam itu tersasar juga kerana tidak faham atau tidak mahu faham ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran (dan ketetapan as-Sunnah yg memperjelaskan hakikat ini), iaitu umat Islam itu diwajibkan berjema'ah (iaitu: Berpegang teguhlah kamu pada tali (yakni, ugama) Allah (a.w) dgn berjema'ah dan jangan berpecahbelah (dgn menubuhkan perkumpulan atau firqah terasing). Hari ini umat Islam melanggar atau meninggalkan atau, paling kurang, meremehkan perintah Allah (a.w) dalam perkara berjema'ah dan dalam perkara berpegang dan berpandukan kpd as-Sunnah. Maka dgn itu jelaslah majoriti umat Islam itu tidak mematuhi perintah Allah (a.w) pada Ayat 208, Surah al-Baqarah tersebut, sudahlah mereka tidak patuhi perintah pada Ayat 103, Surah ali-Imran atau Ayat 7, Surah al-Haysr tersebut. Atau, dgn lain perkataan, majoriti umat Islam hari ini kerana mengingkari ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran dan pada Ayat 7, Surah al-Haysr, maka mereka juga menentang Ayat 208, Surah al-Baqarah tersebut. Kalau begitu, tidak khairanlah begitu ramainya yg Islam di akhirat kelak, tak dapat syugra, sebaliknya masuk neraka! Inilah sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa daripada seramai 1,000 orang Islam semenjak zaman Adam (a.s), yg menerima syariat ugama Allah (a.w), seramai 999 orang tak dapat syurga, sebaliknya masuk neraka, dan hanya seorang sahaja berjaya mendapat syurga. Justeru itu dari segolongan kecil manusia yg menerima ugama Allah (a.w) mulai zaman Adam (a.s) sampai kiamatnya dunia itu pula, separuh adalah umat Muhammad (s.a.w). Insya Allah, penulis telah acapkali sebutkan dan peringatkan pembaca perkara ini. Soalnya: jika sudah diperingatkan megapakah masih tidak akur dgn nasihat? Oleh itu fikirkanlah. Yg beruntung kita sendiri dan yg rugipun kita sendiri.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment