Assalamualaikum,
Saudara, setelah kita teliti dgn panjang lebar dan setelah kita komen tajuk: 'Benarkah Sesat: Debat atau Tangkap?', ekoran debat anjuran Kumpulan Karangkraft Khamis lalu itu, kita kembali mengingatkan diri kiat pesanan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Di dalam hadith berikut kita lihat pula satu hadith Rasulallah (s.a.w) yang begitu ‘compact’: Rasulallah (s.a.w) memberitahu perbezaan sifat-sifat utama manusia yang berjaya (yakni, mendapat syurga) dan yang celaka (yakni, mendapat neraka).
Diriwayatkan hadith daripada Sufyan bin Wahab al-Khuza’I berkata: ‘Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli syurga? Tiap-tiap seorang mereka dhaif (lemah dengan dunianya), dan dilemahkan (oleh amalan dan ibadahnya kerana mencari kesejahteraan akhirat). Seandainya bersumpah mereka kerana Allah (a.w) nescaya memperbaikinya (yakni, memperbaiki sumpahnya). Adakah tidak memberitahu aku kepada kamu dengan ahli-ahli neraka? Tiap-tiap seorang daripada mereka (bersifat) sombong, kasar, (dan) takbur.’ [Hadith at-Termidzi]
Apakah ciri-ciri atau sifat yang membezakan golongan ahli syurga dengan golongan ahli neraka itu? Rasulallah (s.a.w) menjelaskan, bahwa sifat-sifat ahli (atau penghuni) syurga itu tiga, iaitu:
Golongan pertama, orang yang lemah (yakni, lemah dan dhaif dia di dunia kerana kehidupan serta kedudukannya yang ala qadar sahaja. Dia dikongkongi oleh dunia dan segala keseronokan dunia yg tidak boleh dijadikannya matlamat hidupnya. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Dunia itu adalah penjara bari orang iman, dan syurga bagi orang kafir.' 'Penjara' kerana dia tidak bebas lakukan sekehndak hatinya, ada ugutan dan ada peringatan dalam al-Quran dan as-Sunnah);
Golongan kedua, orang yang dilemahkan (yakni, sentiasalah dia tidak menonjolkan dirinya dan menguasai orang lain kerana kedudukannya. Lemah dia kerana kewajipan beramal dan beribadah sekuat mampunya mengerjakan amalan dan ibadah sunat, ketika malam kurang tidurnya, ketika siang dia berusaha mencari rezki yg tidak dicemari apa jua yg haram atau hampir kpd haram, dsbnya); dan
Golongan ketiga, orang yang memperbaiki sumpah atau janji mereka terhadap Allah (a.w) (yakni, memperbaiki amalan dan ibadahnya, menepati janjinya, ada ilmu disampaikannya, menasihati orang lain, menolong orang lain dsbnya)
Lemah: kerana sentiasalah merendah diri, tidak menunjuk, dan tidak menyakitkan orang lain, tidak menyusahkan orang lain, dan banyak beramal dan beribadah sehinggakan kelihatan lemah. Dilemahkan: sentiasalah dia terjaga daripada membuat sesuatu yang mendatang kecelakaan kepada dirinya. Dan, apabila berniat atau teringin memperbaiki diri supaya hampir kepada Allah (a.w) dan jauh daripada kemurkaanNya, sentiasa dia memperbaiki amal dan ibadahnya.
Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu pula tiga ciri atau sifat utama penghuni (atau ahli neraka) itu, iaitu:
Golongan pertama, orang yang sombong terhadap Allah (a.w) (yakni, engkar akan Allah (a.w)), engkarkan RasulNya dan menunjuk-nunjuk dan bangga diri terhadap orang lain, merendah-rendahkan orang lain;
Golongan kedua, orang yang kasar laku (yakni, memudarat, menyusahkan atau membahayakan orang lain, menganianya orang lain), kasar perangai (semasa bergaul dan berinteraksi dengan orang lain, berdusta, mengata dan mencaci, mencari kesilapan orang, mendedahkan keaiban orang, dsbnya) dan kasar kata-kata (yakni, kasar bahasa dan bercakap menyakitkan hati orang lain); dan
Golongan ketiga, orang yang takbur (menyombong, menunjuk-nunjuk, membesar diri dan membangga diri, meremehkan orang lain, menjatuhkan air muka orang lain,dsbnya).
'Sombong' kepada Allah (a.w) tidak mahu mengerjakan amalan dan ibadah yang diwajibkan, tidak mahu berdoa, engkar, dll. Dan, juga apakala diberitahu sesuatu ketetapan yg haq, dia berdalih atau menolaknya atau mempersoalkannya. 'Sombong' kepada Rasulallah (s.a.w): tidak mahu menerima suruhan dan larangan, suka berdalih, mencari jalan menidakkan as-Sunnah atau al-Hadith. 'Takbur': mementingkan diri sendiri, tidak ingin menolong orang lain, hidung tinggi, mengira darjat, kedudukan, taraf, dll, memperkecil-kecilkan orang lain, merendah-rendahkan orang lain, tidak mau dengar nasihat dari orang yg dia rasa tidak setaraf dgnnya.
Jazakallahu khairah
Askm, Conclusion? TEPUK HATI TANYA KETAQWAAN SEBELUM MATI. Olih itu berazamlah untuk menjadi seorang HAMBA Allah, KALIFAH Allah dan BERJIHAD kerana Allah. Itulah KUNCI ke SYURGA.
ReplyDeleteSemuga Allah memberi kita semua petunjuk ... ameeem