Monday, April 11, 2011

Majoriti atau Minoriti yg Benar?

Assalamualaikum,
Saudara, dalam blog ini kita ketemui hakikat bahawa orang Islam yg berjaya itu adalah golongan minoriti dan bukannya golongan majoriti. Kerana Allah (a.w) peringatkan manusia, yg majoriti adalah kafir atau syirik (non-believers), bahawa jika mereka yakini bahawa Allah (a.w) itu tidak esa, maka pastilah mereka syirik atau kafir. Majoriti manusia sejak zaman Adam (a.s) hinggalah ke zaman ini dan akan berterusan sampai akhir zaman adalah majoritinya syirik atau kafir. Ini suatu hakikat yg tak dapat didebatkan!
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) pula memberitahu kpd kita bahawa dalam Islam sendiri, golongan majoriti tidak betul dan dgn itu janganlah ikut kata-kata atau ajakan golongan majoriti, kerana mereka berpandukan persangkaan dan bukan berpandukan ketetapan yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 36, Surah Hud, memberitahu jangan ikuti golongan majoriti ...kerana apa yg mereka ajarkan atau ajak adalah persangkaan semata-mata. Allah (a.w) juga peringatkan orang Islam pada Ayat 116, Surah al-An'am supaya jangan ikuti pendapat dan pandangan majoriti, mereka akan disesatkan dari jalan Allah (a.w). Itu peringatan Allah (a.w).
Saudara, Rasulallah (s.a.w) juga peringatkan kita jangan ikuti atau contohi kumpulan atau golongan majoriti, kerana mereka pasti silap dan sesat dan menyesatkan!  Kita sudah temui dua hadith yg jelas memberitahu kita dua dimensi berikut sebagai peringatan dan panduan: pertama, Islam akan berpecah menjadi 73 firqah atau mazhab di akhir zaman nanti (i.e. mulai zaman-zaman Raulallah (s.a.w) sudah wafat), kesemua 73 golongan atau firqah itu akui diri mereka Islam, tapi 72 golongan atau firqah masuk neraka atau gagal dapat syurga. Hanya satu golongan sahaja yg berjaya dapat syurga. Mereka itu adalah golongan yg mengambil atau menjadikan as-Sunnah ilmu dan dasar amalan dan ibadah serta panduan hidup dan mereka juga berjema'ah dalam Islam. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa darpada 1,000 orang yg akui diri mereka Islam, hanya seorang (atau 1/1,000) yg berjaya dapat syurga, manakala seramai 999 orang (yakni, golongan majoriti) tak dapat syurga, sebaliknya masuk neraka! Jelaslah golongan majoriti. Minoriti yg berjaya dan benar dalam Islam. Oleh itu Rasulallah (s.a.w) nasihatkan umatnya supaya carilah atau jadilah dari kalangan orang yg sedikit dan janganlah jadi dari golongan orang yg banyak (majoriti)!
Allah (a.w) memperingatkan orang Islam yg akui diri mereka Islam, yakni percayakan keEsaan Allah (a.w) dan meyakini bahawa Rasulallah (s.a.w), sebagaimana para utusan yg dulu (Nabi dan Rasul), adalah utusan Allah (a.w), dan meyakini Rukun Iman yg enam, ada yang ghaib (tak dapat dilihat) iaitu Allah (a.w), para malaikat, percayakan wujudnya kitab-kitab Allah (a.w) (yg terakhir al-Quran), percayakan para rasul dan nabi yg membawakan syariat ugama Allah (a.w) (yg terakhir Muhammad (s.a.w)) yg membimbing manusia untuk anuti ugama Allah (a.w) itu, adanya hari pembalasan, adanya qada' dan qadar, adanya akhirat atau hari pembalasan itu, bahawa: pertama, hendaklah mereka mengabdikan diri mereka (termasuk menyembah) kpd Allah (a.w) (Ayat 56, Surah az-Zariat) semata-mata; kedua, hendaklah mereka kerjakan apa-apa amalan dan ibadah hanya dgn sandaran atau panduan ilmu (Firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah) tanpa terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya - Ayat 36, Surah al-Israk). Dan, ilmu itu atau panduan ugama yg betul itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah; ketiga, hendaklah mereka dalam mengerjakan amalan dan ibadah itu, semata-mata kerana niat mencari kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (yakni, neraka) (Firman Allah (a.w): 'Wa-yarjuna rahmatahu, wa-yakhafuna 'azabahu' (yg bermaksud: Dan kerana mencari kerahmatan (yakni, syurga) Allah (a.w) dan takutkan siksaan (yakni, neraka) Allah (a.w) - Ayat 57, Surah al-Israk); keempat, hendaklah mereka mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) - Ayat 13, Surah an-Nisa'; keempat, hendaklah mereka ikuti dan patuhi dan contohi Rasulallah (s.a.w) dalam mengerjakan apa-apa amalan dan ibadah dan janganlah kerjakan apa-apa amalan dan ibadah yg tidak dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) - Ayat 24, Surah al-Ahzab; kelima, hendaklah dalam mengamalkan Islam dan syariatnya itu secara berjema'ah dan jangan menubuhkan perkelompokan terasing - Ayat 103, Surah ali-Imran; keenam, hendaklah mentaati 'ulil amri' (hirarki kepimpinan dalam jema'ah Islam yg diketuai oleh Imam atau Amir, selagi Imam atau Amir itu tidak perintahkan (atau ijtihadkan) sesuatu yg bersifat maksiat (i.e. bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) - Ayat 59, Surah an-Nisa'; dan ketujuh, janganlah ikuti atau dengar cakap-cakap atau ajakan orang yg majoriti kerana orang majoriti itu pasti salah kerana mereka berpandukan persangkaan mereka semata-mata kerana tidak berdasarkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya - Ayat 116, Surah al-An'am dan Ayat 36, Surah Hud (yg kita rujuk tadi).
Saudara, hari ini golongan majoriti di Malaysia tidakpun menolong kita memahami Islam. Mereka tidak menumpukan perhatian untuk menyampaikan ilmu dan mengajarkan kita supaya lebih ramai di antara kita jadi lebih faham Islam dan syariatnya, jika tidak jadilah kita tergolong dalam golongan yg majoriti, walaupun Islam tapi kecundang tak dapat syurga, walaupun kita berpenat lelah, tunggang tunggit mengerjakan ibadah dan amalan tapi tak berguna, kerana tak diterima Allah (a.w). Kejahilan ilmulah yg menjadikan kita yg Islam kecundang di akhirat, tak dapat syurga. Termasuk dalam firqah yg 72 itu atau dari kalangan umat Islam yg 999 itu. Apakah mereka itu yg ada ilmu selamat? Merekapun tak selamat kerana Islam mewajibkan mereka yg berilmu itu menyampaikan ilmu mereka dan tidak boleh menyembunyikan ilmu mereka! Mereka akan masuk neraka juga, kerana orang yg kedekut ilmu itu tidak mencium bau syurgapun di akhrat kelak! 
Oleh itu, wajarlah kita semua sama-sama memperingatkan diri masing-masing dan memperingatkan satu sama lain, mudah-mudahan kita tidak tergolong atau tidak termasuk di kalangan yg majoriti yg gagal ...

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, Inilah salah satunya konsep2 yang mereka jajakan untuk menyesatkan manusia dari menerima kebenaran. Pendapat majoriti itu betul, seolah2 betul itu benar. Padahal yang benar/haq itu hanya dari Allah. Yang jahil tetap akan tertipu. Kalau nak selamat di dunia & akhirat, tiada pilihan lain melainkan dengan mendekatilah Allah dan rujuklah kpd Quran & hadith sebagaimana pesan Nabi SAW. Maka jadilah orang ISLAM BERIMAN ( bukan setakat Islam saja ) kerana golongan itu saja yg pasti dilindungi Allah SWT dari godaan syaitan. Yang lain tak akan selamat dari termakan tipu helah syaitan yang memang telah bersumpah untuk membawa cucut cicit Nabi Adam as ke neraka. Semuga kita ( yg membaca blog ini ) dilindungi Allah aw.

    ReplyDelete