Thursday, April 21, 2011

Kematian: Peringatan, Faham dan Bersedia

Assalamualaikum,
Saudara, sakit dan kematian itu adalah lumrah hidup. Kerana manusia itu pasti akan mati suatu hari. Allah (a.w) menyebut dalam al-Quran bahawa setiap yg bernyawa itu akan merasai mati, yakni akan mati suatu hari. Ada yg mati ketika dilahirkan, ada ketika kanak-kanak, ada ketika di 'prime age' (iaitu 25 hingga 35 tahun), ada yg sampai umur 40han atau 50han atau 60han. Nabi Isa (a.s), walaupun tidak diwafatkan Allah (a.w) kerana roh dan jasadnya diangkat ke langit, namun beliau berada di dunia selama 33 tahun. Rasulallah (s.a.w) sendiri wafat ketika berumur 63 tahun. Nabi Nuh (a.s) hidup selama 1,000 tahun lebih kerana dia berdakwah kpd umatnya supaya ikuti ugama Allah (a.w) selama 950 tahun.
Saudara, kematian itu tidak penting kerana tiada seorangpun manusia akan hidup kekal. Mungkin ada segelintir yg diberi kelebihan oleh Allah (a.w) untuk hidup lama spt Dr Mahathir dan Siti Hasmah, yg penulis sering jadikan contoh orang yg mendapat banyak nikmat dari Allah (a.w) - sebagai idola penulis dalam konteks panjang umur dan sihat walafiat pula, tidak nyanyuk. Penulis jadikan contoh kerana dalam dunia, tak ramai orang yg berikan kesenangan hidup - umur panjang, sihat, waras dan kemudian ditambah pula dgn rezki yg banyak pula,. Tak pernah lalui sebarang kesusahanpun. 
Kematian itu tidak penting. Yg penting adalah apakah kesudahan kita setelah kita mati - setelah sampai ajal kita? Orang yg tidak mahu Islam, tidak akui Allah (a.w) itu Tuhan mereka (yakni, tuhan manusia dan jinn), tuhan yg memberinya kesempatan untuk hidup di dunia sama ada selama beberapa tahun - 30 atau 40 atau 50 atau 100 tahun dan kemudian diberi rezki yg melimpah ruah pula sehingga di iktiraf oleh manusia orang yg terkaya dan tersenarai dalam Majalah Forbes atau Guinnesse Book of Records, contohnya, pasti masuk neraka, tak dapat syurga. ketetapan ini kita telah lihat dalam post-post yg lalu.Orang yg Islam, yakni yakin dgn kewujudan Allah (a.w) yg Esa diberi dua pilihan: hendak syurga atau hendak neraka (Ayat 7, Surah a-Syura). Pastilah tiada siapa yg pilih neraka, kalaulah dia yakin bahawa neraka itu adalah 'tempat kembali yg seburuk-buruknya', kata Allah (a.w). Jika berada di dalamnya, kita tidak hidup dan tidak pula mati, sentiasa di siksa setiap saat, merasakan kesakitan 99 kali ganda kesakitan sedemikian di dunia! Walaupun begitu, begitu ramai antara kita yg Islam dgn sengaja pilih neraka.
Siapa golongan yg sengaja atau tak sedar pilih neraka? Antaranya, apabila kita tergolong dari kalangan mereka yg dikategorikan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' - tidak taatkan perintah Allah (a.w) dan RasulNya dan langgar larangan Allah (a.w) dan RasulNya. Umat Islam yg berjaya mendapat syurga adalah mereka yg tergolong dalam golonganyg disebutkan pada Ayat 13, Surah an-Nisa - taatkan Allah (a.w) (iuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah).
Namun, majoriti umat Islam, dalam kontek memahami Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, keliru atau tidak faham apakah yg dimaksudkan dgn kalimah 'mentaati Allah (a.w)' dan 'mentaati Rasulallah (s.a.w)' itu. Kita yg mengaji ilmu al-Quran tahu dan faham bahawa kalau kita mentaati Rasulallah (s.a.w), kita diakui oleh Allah (a.w) sebagai telah mentaatiNya (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Kita juga tahu bahawa mentaati Allah (a.w) juga melibatkan keakuran kita pada ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr - yakni wajib ikuti dan jadikan panduan hidup Muslim kpd as-Sunnah. Kerana Rasulallah (s.a.w) itu contoh terbaik sbg ikutan (uswatun hasanah). Kita tolak as-Sunnah (walaupun sebahagian), kita tergolong dari kalangan mereka yg termasuk dalam ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' - maksudnya kita ahli neraka. Kita juga tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu, jika kita tidak faham Ayat 103, Surah ali-Imran - wajib berjema'ah dalam Islam, dan kita tidak berjema'ah. Kerana pematuhan kpd ketetapan Ayat tersebut juga adalah sebahagian yg fundamental dalam memahami ketetapan serta dalam mematuhi ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut. Kemudian, pematuhan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu juga melibatkan pematuhan kpd ketetapan Ayat 59, Surah an-Nisa' - kepimpinan dalam Islam dan setakat mana kepimpinan Islam itu boleh lakukan dan setakat mana dia tidak berhak lakukan. Kerana, yg utama adalah ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w). Majoriti umat Islam hari tak faham, kerana tak mahu belajar atau mengaji dan memahami Islam dan tuntutannya. Maka mereka itu tidak akur pula dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Isra' - ilmukan diri sebelum buat apa-apa amalan dan ibadah. Maksudnya: jangan kekal dalam kejahilan. Buat ikut perasaan atau buat ikut cakap-cakap orang. Maksudnya: jangan jadi bodoh dan sombong. Dahlah bodoh tak mau belajar. Sombong pula kerana bila orang beri tahu tak mau terima!
Saudara, kita berjaya di dunia jika kita punyai ilmu. Lebih banyak ilmu lebih berpotensi berjaya. Adakah orang yg boleh berjaya tanpa ilmu? Birokrat kerajaan berjaya kerana dia bijak melaksanakan tugas dan membawa dirinya, kerana ilmu dan pengalaman kerjanya. Tokok korporat pula berjaya kerana ilmu dan pengalamannya. Orang politik berjaya kerana 'ilmu' dalam berhujjah, bercakap dan bergaul serta mempengaruhi pengundinya. Semuanya dgn asas ilmu. Apakah mungkin sebagai seorang Islam kita berjaya tanpa ilmu? Tak mungkin. Kerana kejahilanlah maka drp 1,000 orang yg akui dirinya Islam itu, 999 orang terjerumus ke dalam neraka atau tak dapat syurga. Kerana kejahilan mereka mengenai Islam,  mereka beramal dan beribadah tapi tidak diterima Allah (a.w) segala amal dan ibadahnya. Kerana kejahilan jugalah umat Islam tidak berjema'ah, walhal berjema'ah itu adalah syarat mutlak untuk mendapatkan syurga. Kerana kejahilanlah juga umat Islam bermazhab dan taksub dgn fahaman kemazhaban walhal Allah (a.w) perintahkan umat Islam jangan berfirqah atau bermazhab. Kerana kejahilanlah juga umat Islam amalkan banyak amalan dan ibadah yg tidak ada dasar ketetapan al-Quran as-Sunnah. Maka dgn itu, mereka yg terlibat dalam perkara-perkara yg disebutkan di atas itu, apabila mati akan menyesal - tak dapat syurga. Sesalan tersebut tidak berguna. Dalam  Islam menyesal dahululah yg utama, bukan menyesal kemudian. Malah itulah pepatah Melayu: Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya!
Saudara, semua kita yg Islam hidup mencari dunia - yakni mencari kesenangan dan keselesaan dalam kehidupan dunia. Tak pasti kita dapat. Atau, tak dapat apa yg kita hajati. Atau, tak dapat sebanyak mana yg kita ingini. Atau, langsung tidak dapat, yg dapat hanyalah setakat hidup ala kadar sahaja. Tapi, kalau kita cari akhirat, iaitu cari syurga pasti dapat. Itulah bezanya antara dunia dan akhirat. Namun, kita berjaya cari akhirat hanya dgn ilmu. Itulah kunci segala usaha: 'janganlah kita kerjakan sesuatu tanpa terlebih dahulu kita tau ilmu mengenainya (Ayat 36, Surah al-Isra').
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa orang iman yg pintar itu mencari dunia dan mencari akhirat selarai, malah mencari dunianya untuk akhiratnya. Mudah-mudahan kita jadi orang yg pintar cari dunia dapat dunia dan akhirat.
Saudara, bersedaialah dgn ilmu demi mencari kejayaan dan kesejahteraan akhirat. janganlah kita meraba-raba dalam gelap, walhal kita diberitahu cahaya ke arah mencari jalan ke syurga itu adalah ilmu - ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment