Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kita telahpun tahu bagaimana menguruskan mayat, iaitu memandikannya, membasuh anggota wudu'nya, dan bagaimana mengkafankan jenazah. Kita juta telah tahu bagaimana menguruskan mayat orang yg sedang mengerjakan haji yg mati ketika belum sempat menyelesaiakan rukun hajinya. Jenazah orang yg mati sebelum selesai hajinya, dikafankan dgn kain ikhramnya, tanpa menutupi kepalanya (sila rujuk post sebelum ini). dalam hadith berikut pula kita diberitahu bagaimanakah menguruskan jenazah dalam kes yg lain pula, iaitu ketika umat Islam berhijrah ke Madinah dan belum sempat melihat kejayaan Islam menawan semula Mekah.
Menceritakan hadith oleh 'Amasy hadith drp Syaqiq hadith dari Khabbab (r.a) yg berkata: 'Berhijrah kami beserta Nabi (s.a.w) kerana mencari kami (yakni, mengharapkan kami) wajah Allah (a.w) (yakni, mencari pahala dari Allah (a.w) dalam fi sabilillah) maka menjatuhkan (yakni, wajib memperolehi) pahala dari Allah (a.w) (kerana berhijrah dalam fi sabilillah itu). Maka ada dikalangan kami orang yg mati belum sempat makan dari pahalanya sedikitpun (yakni, tak sempat menikmati kejayaan dari hijrah tersebut) sedikitpun. Diantara mereka (yg berhijrah itu) adalah Mus'ab b 'Umairin (yakni, yg mati belum sempat mengalami kejayaan Islam dari hijrah tersebut). Dan dari kalangan kami ada orang yg berhasil (yakni, mati) belum sempat menuai dari buah-buahan (hasil dari hijrah dan menentang musuh Islam dan menjayakan syiar Islam) mati ketika perang Uhud, maka tidak menjumpai oleh kami apa-apa untuk membungkus (atau mengkafankan mayatnya) kecuali selimut. Ketika dikafankan (dgn membungkus) kepalanya, terkeluar (yakni, terjulur) kedua kakinya, dan ketika membungkus kami kedua kakinya, terkeluar (atau, terjulur) kepalanya. Maka (kerana itu) maka memerintahkan Nabi (s.a.w) supaya menutupi kami kepalanya (dgn selimut) dan supaya menjadikan (atau berbuat) membalut kedua kakinya dari bungkusan (yg diperbuat) dari rumput lalang.' [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
saudara, hadith ini menceritakan bahawa ketika berhijrah umat Islam kemudian berperang untuk menegakkan syiar Islam. Ada sahabat yg tak sempat menikmati kejayaan umat Islam atas orang kafir, maka mati. Ada yg sempat melihat kejayaan syiar Islam, maka mereka menikmati kejayaan tersebut kerana masih hidup. Ada pula yg tak sempat menunai atau mendapat hasil perjuanagan mereka, mati, termasuk mereka yg perang dalam perang uhud.[Nota: Perang Uhud adalah peperangan pertama yg akhirnya orang musyrik mengalahkan orang iman kerana tidak mematuhi perintah Rasulallah (s.a.w) apabila mereka berebut harta peninggalan orang kafir yg lari pada awal peperangan tersebut]. Diceritakan dalam hadith ini kerana tiada kain untuk mengkafankan jenazah, maka digunakan kain selimut untuk mengkafankan sahabat yg mmati dalam perang Uhud tersebut. Apabila nak ditutup kepala simati, terkeluar kedua kakinya dan apakala dibalut kedua kakinya pula, maka terkeluar kepalan,yakni selimut itu tidak cukup untuk membaluti mayat. maka Rasulallah (s.a.w) menyuruh selimut itu dibalut kepala mayat dan kakinya yg terjulur keluar itu dibaklut dgn batang-batang lanang yg diikat membaluti kaki mayat. Maksudnya, lebih utama dibaluti kepala dahulu jika kain kafan tidak cukup untuk menyaluti kesemua bahagian badan mayat/jenazah.
Jazakallahu hairah
No comments:
Post a Comment