Assalamualaikum,
Saudara, hari ini (13 April 2011) dalam akhbar Kosmo dilapurkan bahawa bapa kpd penyanyi yg popular suatu masa dulu dgn suara yg amat lunak, Francesca Peters, iaitu Lucian Gabriel Peters Abdullah (78 tahun) meninggal sebagai seorang Islam. Alhamdulillah. Hidayah Islam sampai kpd bapanya. Tapi, Francesca Peters masih belum dapat hidayah Islam. Kalaulah dia juga Islam alangkah beruntungnya dia kerana segala dosa-dosanya yg lalu sebagai seorang yg belum Islam terhapus, bersih dia dari dosa, dan segala kebaikan yg dilakukannya kerana tuhannya, ketika belum Islam, dicarry forward dalam Islam yg akan memberikannya kesenangan dan kesejahteraan akhirat kelak ketika telah kiamat dunia. Kalaulah bapanya Islam dan yakin penuh dgn al-Quran dan as-Sunnah, yakni Muhammad (s.a.w) itu, adalah Rasul Allah (a.w) dan dia mengerjakan amal soleh setelah Islam, termasuk mengerjakan yg wajib, maka syurga menantinya di akhirat. Alangkah beruntungnya dia. Malah berbanding dgn Vincent Tan yg kita komen dalam post sebelum ini, bapa Francesca lebih beruntung, walaupun bukan jutawan dan dermawanpun, kerana Vincent Tan tak dapat syurga, dan dia dapat syurga. Sebenarnya, beliau lebih beruntung dari kebanyakan orang Melayu yg Islampun, kerana orang Melayu yg asalnya Islam mendapat dosa setiap amalannya yg melanggar ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan apabila dia tidak mengerjakan apa-apa yg disuruh dalam Islam, spt tidak bersolat, semenjak umur 15 tahun, umur baligh. Lucian hanya perlu mengerjakan yg disuruh setelah masuk Islam, dan segala kebaikannya ketika sebelum Islam itu kekal memanfaatkan dirinya apabila Islam dia walaupun dikerjakan ketika dia kafir! Saudara, tidak ada gunanya hidup di dunia ini kalau apabila mati disiksa dalam kubur dan di akhirat dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka sebagai penghuni neraka yg kekal ...
Mudah-mudahan lebih ramai orang bukan Islam nampak cahaya keimanan dalam Islam itu, dan mereka rasional memilih - nerakake atau syurgake! Mudah-mudahan Francesca Peters ikuti jejak bapanya itu.
LIKE!
ReplyDelete