Monday, April 25, 2011

Seminar Kerajaan Perlis: Mukaddimah

Assalamualaikum,
Saudara, hari Sabtu dan Ahad yg lalu, i.e. 23 dan 24 April 2011, penulis berkesempatan menghadiri suatu majlis ilmu yg dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Perlis. Tajuk Seminar: 'Berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah' amat cocok, kerana umat Islam hari ini semakin jauh dan menjauhi diri dari al-Quran dan as-Sunnah. menarik dan berguna kpd mereka yg ingin mengetahui islam melalui al-Quran dan as-Sunnah. Umat Islam semakin dipengaruhi oleh syaitan dan hawa nafsu mereka sendiri. Dan, mereka semakin menjauhkan diri dari Allah (a.w). Dan, semakin lupa mereka bahawa setiap kita membawa satu 'time-bomb' (atau bom jangka), yg akan meletus atau meletup apabila sampai tempohnya - ajal mati kita. Selepas tiba ajalnya, maka kita akan bersendirian mengadap malaikat yg menjaga kubur, kemudian ketika dibangkitkan pula, dan ketika telah ditimbang di mizan, apakah kita ahli syurga atau ahli neraka (Ayat 7, Surah as-Syura), kita akan tau bezanya antara penghuni syurga dan penghuni neraka!
Saudara, tema Seminar ini menarik, iaitu: 'Dan, berpegang kamu semuanya kpd tali (agama) Allah (a.w) dan janganlah kamu bercerai berai - Ali Imran: 103'. Tujuannya untuk memperingatkan semula semua yg Islam yg hadir di muktamar tersebut bahawa Allah (a.w) memberitahu bahawa mereka adalah asalnya satu umat dan mereka sesama mereka adalah bersaudara, hendaklah bersatu padu dan jangan bercerai-berai dalam Islam. Bagus mesej yg hendak disampaikan oleh tema itu. Murni niat Kerajaan Negeri Perlis untuk menonjolkan betapa utamanya bagi umat Islam itu bersatu dalam segala sesuatu ketika membimbing umat manusia Melayu dan bukan Melayu di malaysia supaya yg Islam kental Islamnya dan persaudaraannya dan yg tidak Islam faham apakah sebenarnya Islam itu. Tujuan sampingan adalah untuk mengilmukan para ulama' dan ilmuwan Islam, terutama mereka yg memegang tampuk kuasa ugama dan kerajaan supaya lebih memahami Islam dan syariatnya berdasarkan sumbr yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Dgn itu tiadalah prasangka buruk serta tohmahan yg datang bahawa mereka dibatasi dan pergerakan gerakan dakwah terbantut kerana setiap negeri tidak mahu bersma dan bekerjasama dalam membangunkan ummah, terutama dalam mengilmukan ummah.
Tapi, sayang sekali, umat Islam, khususnya mereka yg bertanggungjawab tentang urusan ugama dan syariat Islam tidak mengambil bahagian - tidak hadir, maka tidaklah mereka mendapat manfaat dari suatu majlis ilmu yg amat berharga. Malah dalam Islam, mengikut ketetapan as-Sunnah, seseorang yg menghadirkan diri dalam suatu majlis ilmu itu diberikan ganjaran pahala seumpama pahala berjihad pada jalan Allah (a.w). Malah sekiranya ditakdirkan mati seseorang itu dalam perjalanan ke majlis ilmu, ketika berada di majlis ilmu atau kembali pulang ke rumahnya dari majlis ilmu, mati dia, maka dia mendapat ganjaran syurga. Tapi, sayang berapa ramaikah penjawat organisasi ugama (khususnya jabatan ugama Islam di negeri-negeri, IKIM, JAKIM dan PERKIM, PPZ dan seumpamanya) yg faham dan yakinkan ketetapan Allah (a.w) ini malah mereka sanggup habiskan masa terluang melakukan aktiviti lain ...
Saudara, rata-rata umat Islam kebanyakannya sudah merasa selesa bahawa mereka sudah cukup ilmu dalam dada mereka. Maka mereka tak mahu mendengar dan menambah ilmu.  Walhal Islam mewajibkan umatnya cari ilmu dari buaiyan samp[ai ke lubang lahad. Proses pengilmuan diri itu tidak tamat selagi kita masih dberi nyawa oleh Allah (a.w). Kefahaman tentang al-Quran dan as-Sunnah bukan bergantung kpd pengajian setahun dua atau empat tahun (setelah dapat Ph D) tapi pengilmuan dalam Islam adalah  satu 'lifelong learning process'. Tapi, ramai umat Islam remehkan kewajipan mengilmukan diri ini ... Ramai yg mendapat dosa kerana tidak mahu mengilmukan diri mereka ...

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment