Assalamualaikum,
saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti secara agak terperinci tentang topik 'aurat' bagi wanita Islam. Aurat ini ada kaitan yg rapat dgn pakaian. Yg utama adalah pakaian wanita Islam atau mukmin, yg tujuan utamanya adalah untuk menutup aurat. Kita telahpun tahu bahawa pakaian wanita iman itu hendaklah menutup kesemua tubuhnya, kecuali yg boleh dinampakkan hanyalah bahagian muka dan kedua telapak tangan (termasuk jari-jari tangan). Dalam beberapa post yg akan datang kita akan tliti secara terperinci syarat-syarat yg dikenakan oleh Islam dalam perkara pakaian wanita iman iitu.Islam menetapkan lapan syarat (atau kewajipan) tentang pakaian wanita Islam. Pertama, bahawa pakaian wanita itu hendaklah menutupi keseluruh badanya kecuali yg boleh dinampakkan adalah mukanya dan kedua telapak tangannya (An yastura jami'al-badani illal-wajha wal-kaffaini); kedua, pakaian tersebut hendaklah jangan dihiasi oleh pelbagai perhiasan untuk mencantikkannya spt manik, renda berlebihan, dan corak-corak yg menarik perhatian lelaki melihatnya (An la yakunu zinatan fi nafsihi). Kita lihat dalil al-Quran berikut:
Firman Allah (a.w): 'Wa-qul lil mukminati yaghdudna min absorihinna wa-yakhfazna furujahunna wala yusdina zinatahunna illa ma zahara minha wal-yadribna bihumurihinna 'ala juyubihinna ... (hingga akhir ayat).' (yg bermaksud: katakanlah pada orang iman perempuan supaya memejamkan mereka dari matanya (yakni, pandang atau penglihatan) mereka, menjaga farji (yakni, kemaluan) mereka dan jangan menampakkan perhiasan diri mereka (yakni, aurat) apa-apa yg nampak aurat atas pakaian mereka ...) [Ayat 31, Surah an-Nur]
Ayat di atas itu - yg telahpun kita jumpa dalam post yg lalu - memerintahkan supaya wanita iman itu jangan meliarkan mata mereka melihat ke sana ke mari (atau liar mata) dan hendaklah mereka menjaga kemaluan mereka, jangan menampakkan perhiasan dirinya (yakni, segala seuatu yg menunjukkan sifat perempuan secara fisikal spt lehernya, lengannya, dadanya, ponggongnya, pehanya dan betisnya) (dan juga perhiasan yg diada-adakan pada pakaian), dan pakaian tidak menampakkan aurat mereka (yakni, seluruh badan ditutpi pakaian kecuali muka dan kedua telapak tangan mereka sahaja).
Saudara, pakaian wanita iman itu hendaklah menutup seluruh badannya kecuali muka dan kedua telapak tangannya. maka dgn itu sesiapa yg memakai tudung hendaklah tubuh itu dilabuhkan supaya menutup leher dan dadanya. Di dalam hadith berikut ditegah pula wanita memperlihatakan perhiasan dirinya. Tidak dikatakan menutup aurat jika pakaian - baju dan kain - menampakkan susuk badannya dan bentuk-bentuk perhiasan badannya.
Dan, berkata A'masy hadith dari Said b Jubairin, hadith dari ibnu Abbas (r.a) yg menjelaskan firman Allah (a.w) dalam ayat yg kita rujuk di atas itu (Yakni kalimah-kalimah 'Wala yubdina zinatahunna illa ma zahara minha ...). Berkata ibnu Abbas: 'Wajhaha wa-kaffaiha wal-khatama' (yg bermaksud: (yg dibolehkan terdedah adalah) wajahnya (atau, mukanya), dua telapak tangannya dan cicncinnya) [Tafsir ibnu Kathir]
Tentang perhiasan pada pakaian wanita itu adalah merujuk kpd perhiasan di baju yg boleh menarik minat lelaki melihat mereka. Tidak dibolehkan terdedah lain-lain bahagian badan. Hadith tersebut menyebut tentang cincin, maka dgn itu dalam menyebut telapak tangan itu, mengikut hadith ini adalah termasuk kulit telapak tangan.
Jazakallahu khairah
saya cuman blogwalking>>>
ReplyDeletejika berniat liat blog saya kunjungin balik ya???
terima kasii...