Monday, April 18, 2011

Golongan yg Mustajab Doanya

Assalamualaikum,
saudara, dalam Islam 'doa' amat utama. Allah (a.w) sentiasa sukakan hambaNya berdoa kpdNya untuk memohon sesuatu. Maka dgn itu dalam sepotong hadith disebutkan bahawa amalan yg amat disukai Allah (a.w) adalah doa. Malah Allah (a.w) menyuruh hambaNya berdoa kpdNya dan mengecam dgn sisksaan terhadap orang-orang yg tidak mahu berdoa kpdNya. 
Allah (a.w) berfirman: 'Wa-qala rabbukumud'uni astajib lakum ...' (yg bermaksud: 'Telah berfirman Tuhan kamu: 'Berdoalah kpdKu nescaya Aku (Allah (a.w)) kabulkan ...' [Ayat 60, Surah Ghafir (atau Mukmin)] Orang-orang yg enggan berdoa itu dianggap orang yg sombong (sambungan kpd firman tersebut). Setiap kita memerlukan banyak perkara dalam kehidupan kerana tidak mungkin kita dapat semua yg kita mahu.
Dalam perkara doa, Rasulallah (s.a.w) memberitahu tiga golongan orang yg jika mereka berdoa, maka doanya terus diangkat ke langit. Tidak ada sesuatupun yg dapat membatasi atau menghalang doa tersebut sampai kpd Allah (a.w).
Diriwayatkan hadith dari Yahya hadith dari Abi Jaafar hadith dari Abi Hurairah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Tiga golongan doa (orang iman) yg mustajab (yakni, pasti dikabulkan Allah (a.w) apabila mereka berdoa tanpa syak (atau, diragui) sedikitpun; (iaitu): (pertama) doa kedua ibubapa terhadap anak-anaknya; (kedua) doa orang-orang yg sedang musafir; dan (ketiga) doa orang-orang yg dizalimi (atau yg dianianyai).' [Hadith Abu daud, Kitab Solat]
Saudara, hadith di atas menjelaskan bahawa doa tiga golongan orang pasti dikabulkan Allah (a.w) tanpa syak atau diragui sedikitpun, iaitu:
Pertama, doa kedua ibu bapa terhadap anak-anaknya [Nota: Kita telah lihat dalam beberapa post yg lalu tentang ibi-bapa dan anak-anaknya];
Kedua, doa orang-orang yg dalam musafir atau perjalan (yg tujuannya untuk amal makruf) sehingga kembali dia bertempat ditempat asalnya; dan
Ketiga, doa orang-orang kena kezaliman atau yg dizalimi atasnya.
Oleh yg demikian, sebagai ibu atau bapa hendaklah kita berhati-hati dgn apa-apa yg kita ucapkan terhadap anak-anak kita, terutama ketika kita sedang marah dan lupa diri tidak dapat menahan kesabaran, maka kita ucapkan sesuatu yg bersifat 'doa' kpd Allah (a.w). maka dikablkan Allah (a.w). Oleh itu berjaga-jagalah dikhuatiri kita sebagai bapa atau ibu menyebut sesuatu yg tidak baik menimpa anak kita. Oleh kerana orang yg bermusafir itu mustajab doanya, maka dgn itulah orang yg faham islam, dia akan mengirim doa dibacakan bagi pihaknya oleh orang yg menunaikan umrah atau haji, supaya membaca doanya selepas solat dua rakaat di belakang makam Ibrahim atau di Multazam di Ka'abah.[Nota: Orang yg membacakan doa yg dikirimkan oleh seseorang itu juga mendapat kebaikan drp apa yg diminta doakan untuk dirinya. Justeru itu, tidak rugi membacakan kiriman doa orang lain untuk kita baca atau doakan.] Juga, orang yg terkena zalim atau dizalimi oleh seseorang lain juga mustajab doanya. maka dgn itu demik keselamatan kita sendiri janganlah kita menzalimi orang lain. maka dgn itulah juga orang Islam itu ditegah mendatangkan kesusahan kpd orang lain, lebih-lebih kita melalukan sesuatu yg boelh dianggap menzaliminya. maka jika berdoa dia untk keburukan kpd kita yg menzaliminya, pasti terkena kpd kita musibah yg didoakannya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment