Wednesday, April 6, 2011

Memoirs Dr Mahathir

Assalamualaikum,
Saudara, dalam satu post yg lalu kita telah komen tentang Memoirs Tun Dr Mahathir: 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamed'. Kita juga telah  membuat tekaan bahawa jikalah Mahathir dibayar royalty sebanyak RM 10.00 satu naskhah, dan Memoirs itu laris dijual sebanyak 200,000 nakhhah maka beliau menerima RM 2.0 juta - dah menjadikan dia seorang jutawan.
Hari ini dalam akhbar the Sun (6 April 2011) dilapurkan bahawa MPH Group CEO, Ng Tieh Chuan, memberitahu bahawa Memoirs itu dah jadi best-seller. Cetakan pertama sejumlah 25,000 naskhah telah habis seminggu selepas diterbitkan, kemudian 3 minggu kemudian laris pula 50,000 salinan, dan kini dicetak semula 25,000 nakhhah lagi. Kini RM 1.0 juta dah dalam tangan! Pesanan dari luar negara juga disebutkan (kerana buku itu ditulis dalam bahasa Inggeris). Rasanya dalam tak beberapa bulan lagi 'target' jangkaan penulis 200,000 naskhah itu akan tercapai. Tahniah kpd Dr Mahathir. Tak susah nak jadi jutawan kalau kita seorang negarawan yg popular lagi kontroversial pula dan terkenal seluruh dunia.
Mudah-mudahan Dr Mahathir akan infaqkan sebahagian wang yg diterimanya demi Islam dan umat Islam yg tidak bernasib baik sebaimana beliau ...

1 comment:

  1. Askm, Saya setuju dengan pandanagan sdr. Semuga Allah terus memberi nikmatNYa, kesihatan fisikal, pemikiran & hati kepada beliau dan keluarga, dan juga memberi hidayah kepada beliau dan menjadinya umat terpilih yg dikasihi olih Allah.....ameeen

    ReplyDelete