Assalamualaikum,
Saudara, kita yg Islam tahu bahawa setiap kata-kata dan perbuatan kita itu dipersaksikan oleh malaikat yg sentiasa berada dgn kita - malaikat Rakib (yg hampir) dan Atit (yg mencatit) atau, disebutkan juga, malaikat Kiraman (yg mulia) dan Katibin (yg menulis). Maka dgn itu segala sesuatu yg kita katakan dan lakukan akan mereka catitkan dalam Kitab Catatan Amalan kita. Di akhirat kelak kitab inilah yg akan diserahkan kpd kita untuk ditimbang di neraca Allah (a.w) pahala dan dosa atau kebaikan dan keburukan yg kita lakukan semasa kita hidup di dunia. Kitab itulah yg akan menentukan akhirnya sama ada kita adalah ahli (atau, penghuni) syurga atau kita adalah dari kalangan ahli (penghuni) Neraka. Saudara, dalam as-Sunnah kita diberitahu bahawa setiap halaman atau mukasurat dalam Kitab tersebut adalah sepanjang sejauh mata memandang. [Nota: Orang yg syirik atau kafir tidak ada Kitab Catatan Amalannya kerana sehala kebaikan yg dikatakannya dan yg dilakukannya tidak mendapat sebarang pahala kerana tidak diterima Allah (a.w). Maka dgn itulah disebutkan dalam al-Quran bahawa segala amalan kebaikan orang yg tidak Islam itu adalah umpama debu yg melekat di atas batu, apabila ditiup angin maka berterbanganlah dia, tidak menjadi kesan sedikitpun pada batu tersebut. hanya orang yg Islam - akui Allah (a.w) itu Tuhannya yg Esa dan Nabi Muhammad (s.a.w) itu adalah Utusan Allah (a.w) - yg akan disediakan Kitabnya. Akan dicatit dalam Kitab tersebut segala ucapan dan perlakuan kita. Maka dgn itu wajarlah kita berjaga-jaga apa-apa yg kita ucapkan atau katakan. Maka dgn itu Rasulallah (s.a.w) dalam sepotong hadith menyebutkan bahawa jika kita takda apa-apa yg baik untuk disebut atau katakan, lebih baik kita berdiam sahaja. Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu, manusia itu lupa bahawa berkata dia degn sesuatu yg menyebabkan dia terjerumus ke dalam neraka selama 40 tahun!
Saudara, di dalam hadith berikut kita diberitahu bahawa hanya dalam tiga keadaan atau situasi sahaja yg kata-kata dan perbuatan kita itu tidak dicatitkan.
Diriwayatkan hadith dari Khalid hadith dari Abi Dhuha hadith dari Ali (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Diangkat qalam (yakni, tidak ditulis) dari tiga golongan: (iaitu) (pertama) dari orang yg tidur sehingga bangun dia dari tidurnya; (kedua) anak-anak kecil sehingga baligh dia; dan (ketiga) orang yg gila sehingga sedar (yakni, berakal semula dia). [Hadith Abu Daud]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa dalam tiga keadaan atau situasi segala kata-kata dan perbuatan seseorang itu tidak dicatitkan sebagai mendapat pahala atau dosa, iaitu berlaku sesuatu kata-kata atau perbuatan yg berpahala atau berdosa ketika tidur [Nota: Kalau membuat dosa ketika sedang tidur tidak dicatitkan dosa], kanak-kanak yg belum cukup umur balighnya dan seorang yg hilang akal sehinggalah dia siuman semula [Nota: Maka dgn itu sesiapa yg membunuh ketika kehilangan akal maka dia tidak dikenakan hukum had iaitu dibunuh]. Oleh itu berwaspadalah dalam berkata-kata dan melakukan sesuatu.
Dalam perkara ini disebutkan dalam satu hadith oleh Abu Daud berlaku suatu kejadian zaman pemerintahan Omar b Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2. Iaitu kes seorang wanita yg berzina dalam keadaan dia sedang gila (tak siuman). Omar memerintahkan wanita itu direjam mengikut hukum Islam. Ketika hendak direjam, Ali b Abi Thalib (r.a) kebetulan lalu dikawasan tersebut. Beliau tahu yg wanita itu memang gila. Maka ketika hendak dihukum, beliau berjumpa dgn Omar (r.a) dan memberitahu Omar (r.a) ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu, bahawa orang yg melakukan sesuatu yg berdosa ketika dalam keadaan tak siuman tidak ditulis baginya sebagai dosa. Setelah mendengar kata-kata Ali (r.a) itu, Omarpun bertakbir (i.e. menyebut 'Allahu Akbar' tiga kali) dan mengucapkan sykur kpd Ali (r.a) yg telah mengingatkan kpdnya suatu ketetapan as-Sunnah yg dia sudah lupa. Maka wanita itu dibebaskan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment