Sunday, April 17, 2011

Keimaman dalam Islam: Pemimpin dan Perintah Bid'ah

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti beberapa situasi kehidupan tentang hubungan jema'ah dgn Imamnya (i.e. kepimpinan) jema'ah (umat) Islam tersebut. walau apa keadaan sekalipun yg kita sebagai anggota jema'ah (umat) Islam berdepan dalam hubungan kita dgn ketetapan atau pemerintahan Imam, kita wajib dengar dan akur serta taat, melainkan kalau kita disuruh atau diperintahkan lakukan sesuatu yg maksiat (yakni, perintah yg menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka kita tak wajib dengar dan hendaklah kita jangan taatkan perintah tersebut. Kita telahpun dapat beberapa contoh dalam post-post sebelum ini. kali ini kita lihat kalaulah kita diperintahkan buat sesuatu yg bersifat 'bid'ah' bagaimana?
Diriwayatkan hadith dari Qasim b Abdil rahman ibni Abdillah b Mas'ud, hadith dari bapanya (ie. Abdil Rahman b Abdillah) hadith dari datuknya (i.e. Abdullah b Mas'ud) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda:' Akan mengatur (atau megurusi)  perkara (ugama) kamu selepas ketiadaanku (Nabi) beberapa lelaki yg mematikan sunnahku, dan mengerjakan (atau mengamalkan) mereka dgn (perkara-perkara yg) bid'ah dan mengakhirkan oleh mereka beberapa solat (fardu) dari waktunya.' Maka berkata aku (datuknya, i.e. Abdullah b Mas'ud): 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Jika menjumpai aku mereka itu (yakni, pemimpin yg meninggalkan as-Sunnah, dan mengamalkan dan menyuruh amalkan bid'ah dan sengaja pula melambat-lambat solat fardu di jema'ahkan) bagaimana perbuat aku?' Bersabda Nabi: 'Bertanya engkau wahai 'ibna Ummu 'Abdi (Anak Ibunya Hamba, satu gelaran kpd ibnu Mas'ud) bagaimana berbuat  engkau? Jangan engkau taat dengan orang yg menentang Allah (a.w).' [Hadith ibnu Majjah]
Saudara, dalam hadith ini jelas perintah Rasulallah (s.a.w), iaitu jangan taatkan perintah Iman (atau Amir) (yakni, pemimpin jema'ah (umat) Islam yg menyuruh sesuatu yg jelas beliau telah meninggalkan atau mengketepikan as-Sunnah, berbuat atau mengamalkan pula bid'ah, dan meremehkan solat-solat fardu. Jelasnya, Imam (atau Amir atau pemimpin) sedemikian itu melakukan maksiat yg besar kerana meninggalkan atau melupakan as-Sunnah dan menyuruh amalkan bid'ah dan meremehkan solat yg diwajibkan atas umat Islam dan yag disuruh disegerakan tatkala masuk waktunya, adalah tiga contoh perbuatan menentang perintah Allah (a.w)!
saudara, jelaslah bid'ah adalah suat maksiat yg besar kerana ianya adalah perbuatan menetang ketetapan Allah (a.w). [Nota: Kita telah teliti ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr (yakni, perintah ambil dan ikuti as-Sunnah) dan Ayat 80, Surah an-Nisa' (yakni, taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti mentaati Allah (a.w)) dan beberapa hadith sahih dalam post-post yg lalu bahawa Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya mengamalkan dan menyebarkan bid'ah, kerana semua bid'ah akan mejerumuskan orang Islam ke dalam neraka kerana terkeluar dari Islam tanpa disedari. maka dgn itulah tiga perbuatan yg disebutkan dalam hadith di atas itu adalah perbuatan yg bersifat menentang Allah (a.w).] maka wajarlah para pemimpin umat Islam dan umat Islam sendiri faham dan akur supaya tidaklah terjerumus ke dalam neraka tanpa disedari, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment