Saturday, April 9, 2011

Peringatan Yg Tak Patut Dilupakan...

Assalamualaikum,
saudara, di dalam Islam itu kita sering diperingatkan. Malah selalu diperingatkan. Malah dalam al-Quran, Allah (a.w) ulangi peringatan-peringatan. Mengapa? Supaya orang Islam dan iman jangan lupa diri - lupa siapa dia, di mana dia berada, apa akan jadi selepas dia mati, dimana tempat tinggalnya apabila sudah kiamat dunia ... itulah yg wajar kita fikirkan setiap masa dan ketika. Jangan lupa. Tapi, orang yg cetek imannya - malah mungkin kurang yakin dia tetang akhiratnya - dia akan remehkan atau tolak tepi peringatan Rasulallah (s.a.w). Malah, lebih teruk lagi dia akan remehkan ketetapan Allah (a.w)! Contoh: Tentang aurat wanita. Majoriti orang Melayu, termasuk para ulama' dan ilmuwan sendiri remehkan atau ketepikan. Dikalangan pemimpin Melayu, tokoh korporat Melayu, memang remehkan atau ketepikan. Saudara boleh lihat setiap saat dan ketika, berapa ramai orang Melayu - terutama wanita - yg endahkan perintah Allah (a.w)? Seolah-olah mereka berkata kpd Allah (a.w) dunia moden sekarang, sebahagian drp ketetapan Islam itu sudah lapuk, sudah jumud. 
Mungkin tak lama lagi bila Kerajaan berikan kebenaran supaya al-Kitab (Kitab Injil Melayu/Indonesia) dicetak di Malaysia dan bebas dibaca oleh orang Melayu yg akui dirinya Islam, mungkin mereka cari jalan pintas pula nak dapat syurga, maka mereka akan peluk pula ugama Kristian. Ini berlaku di Indonesia bila mana 20% rakyat Indonesia berugama Kristian dan Hindu! Mungkin akan berlaku di Malaysia - atas desakan kebebasan berugama, orang Melayu peluk ugama Kristian pula! Kerana mudah dihapuskan dosa dgn hanya membuat confession depan padri! Dalam ugama Kristian mudah dapat bantuan spt bantuan kemiskinan dll, tak macam dalam Islam wang zakat tak dapat walaupun berhak, orang miskin sukar nak dapat bantuan, dan sebagainya, kerana pentadbir ugama salahtafsirkan dan salahtadbirkan wang zakat dan sebagainya. 
Tambahan pula, zaman moden ini semua dimensi kehidupan menjurus kpd mencari kepuasan nafsu. dalam Kristian lebih bebas bergaul dan lebih tolerant terhadap salahlaku seks dikalangan remaja dan masyarakat! Sekarangpun daka ada ajaran sesat yg dikuti dan diyakini oleh orang Melayu bahawa tuan gurunya boleh menghapuskan atau mengikis dosa mereka - yakni bertaubat depan 'tok guru'. Tambahan pula apabila kerajaan atau mahkamah benarkan kalimah 'Allah' dipakai oleh orang Kristian dimasukkan dalam al-Kitab. Orang Melayu yg takpun baca al-Quran, malah yg bacapun, akan menganggap bahawa al-Kitab itu adalah juga kitab Allah (a.w) atau datangnya dari Allah (a.w). Rosaklah orang Melayu dan pupuslan aqidah orang Melayu. 
Tak hairanlah bila Rasulallah (s.a.w) beritahu terdapat 73 golongan orang yg akui diri mereka Islam, tapi majoriti 72 golongan gagal. Bahawa drp 1,000 orang Islam itu, hanya satu atau seorang sahaja yg dapat syurga, yg selebihnya, iaitu seramai 999 orang masuk neraka. Maka dgn itulah Allah (a.w) sebut dalam Ayat 36, Surah Hud dan 116, Surah al-An'am. Berapa ramaikah orang yg akui dirinya Islam ketika ini yakin yg dia dapat syurga? Asas keyakinan mereka? Syurga bukannya suatu yg mudah didapati. Antara syarat-syarat wajib  nak dapatkan syurga itu disebutkan dalam begitu banyak ayat al-Quran dan as-Sunnah. Antaranya: Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 80, Surah an-Nisa'. Juga, Ayat 23, Surah al-Jinn, Ayat 36 dan 71, Surah al-Ahzab, Ayat 13, Surah al-Fath, Ayat 33, Surah Muhammad, Ayat 18, Surah al-Jathiah, Ayat 36, Surah al-Ahzab, Ayat 36, Surah Hud, Ayat 40, Surah al-'Araf, Ayat 208, Surah al-Baqarah, dll. Antara ketetapan as-Sunnah ikuti as-Sunnah dan berjema'ah dalam Islam. Kalau tak taatkan Allah (a.w) dan tak taatkan Rasulallah (s.a.w), masakan dapat syurga. kalau tak ikuti as-Sunnah masakan dapat syurga. Kalau tak kerjakan amalan dan ibadah yg diwajibkan dan ditambah dgn yg sunat-sunat, masakan dapat syurga (Ayat 72, Surah az-Zuhruf)!  
Oleh itu, sentiasalah peringatkan diri dgn mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah dari orang yg tahu (i.e. berilmu) dan faham (i.e. faqih) tentang al-Quran dan as-Sunnah).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment