Assalamualaikum,
saudara, di dalam Islam setiap sesuatu itu ada adabnya tersendiri mengikut panduan Rasulallah (s.a.w). Dalam perkara menyampaikan ilmu (i.e. majlis ilmu, contohnya) dan ketika hendak menyampaikan ceramah atau kuliyah, hendaklah kita contohi Rasulallah (s.a.w) - hendaklah apa yg kita sampaikan itu terang dan jelas dan tidak sekali-kali mengelirukan. Prinsip ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Zuhri hadith dari 'Urwat hadith dari Aisyah (r.an) berkata: 'Adapun ucapan (atau kata-kata) Rasulallah (s.a.w) itu (ketika menyampaikan ucapan) adalah jelas (dan terang) memahami pada ucapannya barangsiapa yg mendengarnya.' [Hadith Abu Daud, Kitab Adam]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa setiap kali Rasulallah (s.a.w) bercakap atau mengucapkan sesuatru, kata-katanya amat jelas lagi terang, maka sesiapa sahaja yg mendengarkan ucapan dan kata-katanya itu pasti memahaminya. Hari ini kita umat akhir zaman tidak berkesempatan mendengar secara langsung kata-kata Rasulallah (s.a.w), tetapi, kita bersyukur kerana apa-apa yg disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) itu sampai kpd kita kerana adanya para ulama' dahulu yg sanggup bersusah payah mencatitkan segala ucapan dan kata-kata beliau dan juga mencatitkan riaksi beliau dalam konteks perbuatan, maka kita kekal dapat tahu apa-apa yg diucapkan dan disebutkan oleh beliau. Itulah hazanah as-Sunnah yg kita warisi hari ini. Wajarlah kita ucapkan jazahumullah khaira kpd mereka semua, sebagai tanda kesyurkuran kita kpd meereka. Oleh kerana kata-kata atau ucapan tersebut dituliskan dgn teliti, tanpa sebarang pindaan dan perubahan atau penyesuaian, maka kita kekal dapat tahu segala ucapan dan kata-kata Rasulallah (s.a.w). Kita akan dapati dalam as-Sunnah kata-kata dan ucapan Rasulallah (s.a.w) tersebut memang jelas dan terang tak meragukan, kecualilah ada orang yg sengaja mewujudkan keraguan kerana niat atau strategi pribadi mereka yg mereka saja yg tau.
Sehubungan itu, Rasulallah (s.a.w), contohnya, memberi kita tau bahawa semua pembaharuan dalam perkara ugama itu adalah bid'ah dan semua bid'ah itu kesesatan yg akan membawa kita yg mengamalkannya masuk neraka atau yg mengakibatkan segala sesuatu amalan dan ibadah kita tercemar dan tidak diterima Allah (a.w). Ketetapan sedemikian itu amat jelas lagi terang dan tidak mengelirukan. Malangnya hari ini begitu ramai 'ulama' dan 'ilmuwan' Islam yg bepandangan, malah yakin berpegang teguh, bahawa wujudnya 'bid'ah hasanah', suatu kebatilan dalam Islam.
Demikianlah dalam akhir zaman ini manusia kononnya sudah bijak, maka mereka boleh mengelirukan apa-apa yg tidak mengelirukan. Yg rosak bukan sahaja kita yg meyakini kata-kata mereka, tetapi mereka sendiri memikul beban dosa serta menerima kiriman dosa dari orang-orang yg mengamalkan anjuran mereka atau apa-apa yg mereka ajarkan, sehingga kiamat dunia. Tak guna segala amalan mereka apabila mereka berbohong terhadap Islam, yakni membelakangkan ketetapan al-Quran dan ketetapan as-Sunnah, wal iya zubillah.
Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulllah (s.a.w): 'Setiap ucapaan yg tidak dimulai di dalamnya dgn menyebut 'Alhamdulillah', maka ucapan atau kata-kata tersebut adalah ucapan spt berpenyakit kusta (yakni, tidak sempurna atau cacat).' [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Berdasarkan hadith inilah kita sering dengar penceramah ketika menyampaikan Kuliyah Subuh atau Kuliyah Maghrib atau mana-mana majlis ilmu mengejarkan ilmu, akan menyebut beberapa kalimah pujian seumpama: 'Alhamdulillahi lazi hadana lihaza wama kunna linahtadiya laula an hadanallah ...' dan seumpamanya. Termasuklah dalam Khutbah Jum'at dimulakan dgn kalimah memuji Allah (a.w) sedemikian itu.
Menceritakan hadith dari Abdul Wahid ibn Zinad mendengar hadith dari 'Asim b Kulaibin hadith dari bapanya (i.e. Kulaibin) hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Setiap khutbah (yakni, nasihat yg disampaikan oleh seseorang yg berkhutbah/memberi nasihat) yg tiada di dalamnya dua kalimah syahadah (dibaca atau disebutkan), maka khutbah tersebut spt tangan yg terkena penyakit kusta (yakni, khutbah/nasihat itu cacat dan tidak mendapat keberkatan).' [Hadith Abu Daud, Kitab Adab]
Saudara, hadith di atas ini menyebutkan suatu lagi adab bercakap atau berceramah atau berkhutbah (= memberi nasihat). [Nota: Termasuk dalam ketetapan as-Sunnah ini adalah sesiapa yg berceramah atau memberi tazkirah atau menyampaikan sesuatu yg dikira bermanfaat dalam Islam.] Hendaklah dibaca selepas kalimah 'Alhamdulillah ...' spt di atas itu, dgn dua kalimah syahadah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment