Assalamualaikum,
saudara, kita telah teliti nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah dalam beberapa post yg lalu untuk menjelaskan sejelas-jelasnya siapakah yg dikatakan 'sesat' atau apakah yg menyebabkan manusia amnya dan orang Islam khasnya 'sesat'. Bagi mereka yg hadir dalam program atau sesi 'debat' bersama-sama Dr Mashitah (Timbalan Menteri di JPM), Dr Mohd Asri (mantan Mufti Perlis) dan Zabidi (bekas penasihat perundangan Arqam) pada 31 Mar 2011 yg lalu yg dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraft di kilang percetakannya di Shah Alam, yg keliru dan kurang faham tentang isu atau tajuk yg dibicarakan, iaitu: Betulkah Sesat: Debat atau Tangkap?' itu, insya Allah telah lebih faham sekarang. Begitu jugalah orang Islam yg tidak turut serta diskusi itu, juga lebih faham apa dia 'sesat' dan apakah yg menyesatkan umat Islam dalam menjalani kehidupan sebagai orang Islam dan, insya Allah, beriman. Maka apabila berlaku peristiwa tangkap menangkap apabila seseorang yg berilmu menyampaikan atau mengajarkan ilmu kpd masyarakat Islam, tidaklah sewenang-wenang tangkap atau gayang mereka. Bagi mereka yg diberi kuasa oleh mana-mana kerajaan - persekutuanke atau negerike - wajib faham Islam dan syariatnya, terutama faham ketetapan Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan faham ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) sebelum bertindak zalim terhadap orang Islam. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa pemimpin atau penguasa yg zalim, masuk neraka wel! Oleh itu berwaspadalah.
Saudara, dalam realiti hari ini, ketua pentadbir ugama Islam dan organisasi yg melaksanakan syariat Islam di Malaysia ini, dipimpin oleh orang yg belum boleh dianggap 'alim (i.e. berilmu) dan faham, apatah lagi yg faqih tentang Islam dan syariatnya. Pengarah jabatan ugama negeri contohnya adalah pentadbir (spt PTD), yg tidak memiliki ilmuyg memadai dalam perkara Islam. Begitu jugalah Ketua Pengarah IKIM, bukanlah orang yg memiliki ilmu yg banyak tentang Islam dan syariatnya. Mungkin JAKIM diketuai oleh seorang ustaz (yakni, berpendidikan ijazah dari universiti pengajian Islam, spt al-Azhar, Ain Syam, Madinah, Umul Qura, atau UIAM dan seumpamanya, tapi belum pasti mereka memiliki ilmu yg cukup untuk membuat keputusan bahawa ini boleh dan itu tak boleh. Atau, membuat ketetapan itu sesat dan ini sesat!
Orang yg benar-benar ada sandaran ilmu yg haq untuk membuat ketetapan tentang Islam dan syariatnya serta cara mengamal dan mengilmukannya, hendaklah terlebih dahulu menguasai ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Mungkin ramai orang pandai baca al-Quran dgn tartil yg betul dgn kiraat yg berbagai, atau hafal 30 juzu' al-Quran, tapi belum pasti dia faham al-Quran. Dalam ilmu as-Sunnah pula majoriti orang Islam yg dikatakan 'alim ulama' atau ilmuwan dalam konteks akademik, sekiranya mereka belum khatam Kuttubul Sittah atau sekurang-kurangnya dua kitab yg diakui sahih 100% tentang hadith iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Seseorang itu tidak boleh dikatakan ilmuwan dalam Islam dan syariatnya kalau dia berpandukan kitab-kitab karangan manusia, walau bagaimana tersohor sekalipun pengarang kita itu, selagi dia tidak khatam Kuttubul Sittah atau kitab yg dua itu! Hari ini, majoriti ulama' Islam belum benar-benar menguasai ilmu as-Sunnah. Walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Ketahuilah aku (Nabi) telah diberikan sebuah kitab (yakni, al-Quran) dan bersama-samanya (yakni, yg diberikan Allah (a.w) bersekali dgn al-Quran itu) sesuatu yg menyerupainya (yakni, yg seiring dgn al-Quran, iaitu al-Hadith atau as-Sunnah atau al-Hikmah.' [Hadith Abu Daud]
Saudara, orang yg 'alim atau berilmu itu adalah orang yg disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: 'Barangsiapa yg Allah (a.w) inginkan kebaikan bagi dirinya, maka Allah (a.w) akan memberi kefahaman kepadanya (i.e. orang itu) tentang perkara ugamanya dan sungguh-sungguh ilmu itu hanya didapati dengan belajar atau mengaji.' [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]. Justeru itu, untuk membuat ketetapan tentang Islam, termasuk ketetapan menghukum seseorang itu sesat, hendaklah dgn bersandarkan ilmu yg haq. Ilmu yg haq itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. kalau tak belajar as-Sunnah, sudah pasti tidak ada asas ilmu untuk memutuskan ajaran itu atau sifolan itu mengajarkan sesuatu yg sesat! Rasulallah (s.a.w) menambah lagi kpd sabdanya dalam isu ini apabila beliau bersabda: 'Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya didapati dgn belajar (yakni, mengaji) dan kefahaman tentang ugama itu hanya diperolehi (atau didapati) dgn mencari kefahaman (dari orang yg faham) dan sesungguhnya orang yg takutkan Allah (a.w) itu adalah hamba-hambaNya yg berilmu.' [Hadith at-Tobrani].
Oleh itu mengajilah dahulu dari orang yg berilmu dan faham sebelum membuat sesuatu ketetapan dalam Islam. Adalah suatu kebatilan kalau bertindak menghalang orang yg ada ilmu menyampaikan ilmunya. Kerana itu perintah wajib dari Allah (a.w) dan RasulNya. Orang yg menghalang seseorang menyampaikan ilmu yg ada padanya adalah orang yg menghalang proses pengilmuan dan dakwah dalam Islam. Berat azabnya. Kerana, orang yg ada ilmu tapi tak mau atau enggan sampaikan ilmunyapun diancam Allah (a.w) tidak masuk syurga. Apatah lagi menghalang orang yg berilmu menyampaikan ilmunya. Tidak ada ketetapan atau undang-undang ciptaan manusia yg boleh membatalkan dan mengatasi perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w)! Ini wajib kita semua fahami. Janganlah kerana taksub kpd sesuatu fahaman atau sesuatu perintah manusia, kita membelakangkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita buat sedemikian kita selamat di dunia, tapi di akhirat sudah pasti rosaklah kita. Berwaspadalah.
Oleh itu mengajilah dahulu dari orang yg berilmu dan faham sebelum membuat sesuatu ketetapan dalam Islam. Adalah suatu kebatilan kalau bertindak menghalang orang yg ada ilmu menyampaikan ilmunya. Kerana itu perintah wajib dari Allah (a.w) dan RasulNya. Orang yg menghalang seseorang menyampaikan ilmu yg ada padanya adalah orang yg menghalang proses pengilmuan dan dakwah dalam Islam. Berat azabnya. Kerana, orang yg ada ilmu tapi tak mau atau enggan sampaikan ilmunyapun diancam Allah (a.w) tidak masuk syurga. Apatah lagi menghalang orang yg berilmu menyampaikan ilmunya. Tidak ada ketetapan atau undang-undang ciptaan manusia yg boleh membatalkan dan mengatasi perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w)! Ini wajib kita semua fahami. Janganlah kerana taksub kpd sesuatu fahaman atau sesuatu perintah manusia, kita membelakangkan perintah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kalau kita buat sedemikian kita selamat di dunia, tapi di akhirat sudah pasti rosaklah kita. Berwaspadalah.
Saudara, mereka yg diberi kuasa menguruskan umat Islam hendaklah pertama mengilmukan diri mereka sendiri dahulu supaya lebih faham Islam dan syariatnya yg haq berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, kemudian menyampaikan kpd umat Islam ilmu atau menggalakkan proses pengilmuwan, mencelikkan umat Islam yg jahil dgn ilmu, kemudian menasihatkan mereka yg ada tendency menyimpang kerana kejahilan mereka. Preskripsi terbaik dalam mengurus umat Islam adalah memberi mereka ilmu dan kefahaman, kemudian menasihatkan mereka bahawa dunia ini bukan kesudahan yg tidak membawa kemudaratan, kerana apabila anak Adam, ada akhirat dan disana ada syurga dan ada neraka. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka! Mereka boleh pilih satu. Itu adalah strategi terbaik.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment