Sunday, April 3, 2011

Golongan yg Sesat dan Tersasar: Jika Tidak Ikut as-Sunnah

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg sebelum yg ini, kita telahpun tahu bahawa empat golongan orang Islam yg Islam tetapi sesat berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Rengkasnya mereka itu adalah: pertama, orang Islam yg beramal dan beribadah dalam kejahilan atau mengerjakan amalan dan ibadah tanpa bekalan ilmu, maka dia beramal dan beribdah secara ikut-ikutan atau bertaklid. Nenek moyangnya atau ibu bapanya buat amalan itu dan amalan ini, kemudian diajarkan kpd mereka, maka merekapun buat begitu dan begini. Dia tak tahu apakah itu bentuk atau kaedah serta cara beramal atau beribadah atau tidak. Islam tanpa bekalan ilmu. Kedua, orang yg Islam kemudian dgn ilmu dan panduan yg didapatinya dari selain sumber dan panduan al-Quran dan as-Sunnah, dia mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah, tanpa terlebnih dahulu menyemak apakah amalan dan ibadah yg mereka kerjakan itu sejajar dgn ketetapan al-Quran atau as-Sunnah. Golongan ini mungkin varied dan pelbagai malah istiqamah beramal dan beribadah, tetapi tak pasti atau takpun tahu apakah dia berada di jalan yg benar dalam beramal atau tidak. Mereka rasa betul atas persangkaan, tapi tidak pernah semak ilmu dan panduannya dan amalannya. Ketiga, orang Islam yg ada ilmu berdasarkan ilmu al-Quran dan as-Sunnah, tetapi mereka juga beramal dan beribadah berdasrkan lain-lain sumber ilmu dan panduan amalan dan ibadah. Dgn lain perkataan dia mencampuradukkan ilmu dan panduan al-Quran dan as-Sunnah dgn pendapat atau pandangan atau ajaran maknusia lain atau kitab-kitab lain. Keempat, orang Islam yg beramal dan beribadah, mungkin secara istiqamah juga, tapi mencampuradukkan amalan dan ibadahnya dgn amalan yg bersifat bid'ah atau yg dimcemari oleh bid'ah. Atau, sebahagian amalannya dan ibadahnya menepati al-Quran dan juga as-Sunnah, tetapi sebahagian pula berlainan atau berbeza dari preskripsi al-Quran dan as-Sunnah. Golongan ini adalah orang Islam yg menambah kpd panduan amalan dan ibadah Islam dgn preskripsi manusia, sama ada ulama' atau ilmuwan ataupun tidak. Kerana, ramai orang yg mengajarkan pelbagai amalan yg tiada sandaran al-Quran dan as-Sunnah, tetapi nampak murni dan baik, malah disukai oleh golongan majoriti dalam masyarakat.
Saudara, empat golongan tersebut di atas itu juga pasti sesat. Mereka merasai mereka benar-benar telah Islam dan akur dgn perintah Allah (a.w) dan ikuti Rasulallah (s.a.w), kerana orang yg mengajar mereka atau panduan yg diberikan kpd mereka, memberi jaminan sedemikian. Malah, mereka merasai mereka sudah akur dan patuh dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an Nisa' (= 'Sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti panduan dan ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti panduan dan ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat syurga). Dan, mereka juga merasakan diri mereka telahpun mengikuti Rasulallah (s.a.w) atau as-Sunnah, sejajar dgn perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Hasyr (= 'Dan apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. pakai), dan apa-apa yg ditegahnya dari sesuatu hendaklah kamu jauhi'). Kenapa mereka sesat dalam Islam atau walaupun kelihatan (seemingly) dan merasai mereka Islam?
Hadith berikut memberi jawapannya kpd kita:
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya, yakni ugama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’. (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih at-Termidzi dll] 
Saudara, spt yg diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith di atas itu, umat Islam akhir zaman akan berpecah mengikut pelbagai perkumpulan (Nota: Mazhab, adalah satu bentuk perkumpulan umat Islam atas sesuatu atau brand fahaman atau kefahaman), sehingga menjadi 73 firqah atau perkumpulan umat Islam. Semuanya yakin dan percaya bahawa mereka adalah Islam, malah mereka berpandukan juga al-Quran dan as-Sunnah, tapi malangnya 72 firqah atau golongan sesat! Mengapa? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa drp 73 firqah atau golongan umat Islam itu, majoriti (iaitu 72/73) gagal mendapat syurga di akhirat kelak, dan hanya satu golongan sahaja yg berjaya mendapat syurga! Maksudnya, 73 golongan sesat. Sesat masuk neraka. Satu golongan yg berjaya berada di atas 'siratul mustaqim', dan dapat syurga. Siapa? Golongan mana? Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa mereka itu adalah golongan yg beramal dan beribadah atau berpegang kpd 'ma ana alahi wa-ashabi' (yg bermaksud: Apa-apa jalan yg aku berada atasnya dan jalan-jalan para sahabatku (yg empat)).
Saudara, kalau ikuti al-Quran dan as-Sunnah kemudian campurkan pula dgn ilmu atau panduan yg selain al-Quran dan as-Sunnah sekalipun, akan sesat. Apatah lagi langsung tidak berilmu dan tidak berpandukan kpd panduan al-Quran dan as-Sunnah!
Justeru itu, yg boleh menyelamatkan kita adalah kita Islam dan kita beriman dan kita ilmukan diri kita dgn ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, dan jangan dipengaruhi oleh ilmu atau panduan lain atau ajaran pihak-pihak lain, pasti kita tidak akan sesat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment