Monday, April 11, 2011

Peringatan Kpd Orang Islam yg Beriman

Assalamualaikum,
Saudara, dalam pos yg lalu kita komen sedikit tentang tindakan kerajaan yg telah membenarkan supaya al-Kitab, versi Bible dalam bahasa Melayu/bahasa Indonesia, dibolehkan dicetak dan diedarkan dalam Malaysia untuk kemudahan orang Kristian (dan lain-lain ugama) membacanya. Ini berikutan desakan oleh pertubuhan Kristian di Malaysia, terutama NGO yg terlibat dalam pengimportan naskhah al-Kitab dari Indonesia yg ditahan (impounded) oleh kerajaan. Dgn keputusan itu, al-Kitab boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia. Penulis telah coretkan kemungkinan orang Islam, khususnya orang Melayu, yg akui dirinya Islam, yg tidak kental iman mereka, dan tidak pula mengerjakan apa yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), akan tertarik membaca al-Kitab dan mungkin pula mengubah ugamanya kpd ugama Kristian> Kerana mereka dapati lebih mudah dapatkan syurga jika anuti ugama Kristian! Kita juga telah coretkan kekhuatiran penulis bahawa apabila pihak Mahkamah memutuskan pula bahawa orang Kristian boleh menggunakan kalimah (atau, ungkapan) 'Allah' untuk merujuk kpd nama tuhan dalam al-Kitab, maka orang Melayu yg sudahpun lemah imannya, jahilkan Islam pula dan telahpun mengikuti cara dan gayahidup orang Barat atau bukan Islam atau orang Kristian akan teruja untuk menganuti ugama Kristian pula. Maka lebih parahlah orang Melayu. Dan, orang Melayu akan menjadi sebagaimana orang Indonesia dan orang Arab - anuti pelbagai ugama!
Orang Melayu memang sudah parah dalam dunianya. Mereka sudah ketinggalan dan ditinggalkan oleh bangsa lain dalam bidang ekonomi. Mereka sekarang sudah parah dalam ugamanya. Majoriti orang Melayu, terutama generasi muda, tidakpun melaksanakan tanggungjawabnya terhadap Allah (a.w) apabila mereka tidak bersolat, tidak berpuasa bila tiba Ramadhan dan sebagainya. Mereka pula menurut hawa nafsu mereka dalam pergaulan, dalam berpakaian dan dalam gayahidup sehari-harian, terutama ketika malam hari berfoya-foya di klab-klab malam dan sebagainya, dan ketika ada pelbagai perayaan yg Islamke atau bukan Islamke, mereka berfoya-foya dan berseleraklah condom merata-rata menunjukkan mereka lakukan perzinaan di mana-mana. Gayahidup sedemikian itu tidak terhad kpd golongan muda sahaja. Malah golongan korporatpun, termasuklah tokoh-tokoh korporat yg dilapurkan di Parlimen menerima gaji yg begitu tinggi, lupakan Allah (a.w)! Orang-orang yg kayarayapun serupa. Kalaupun mereka menderma, mereka menderma dgn menghebah dan menghebohkan kedermawan mereka.
Kemudian, orang Islam yg digolongkan atau dianggap sebagai tokoh ugama dan ilmuwan pula, tidak berusaha mengembangkan ilmu yg mereka ada atau mengilmukan orang Islam lain yg jahil ilmu. Malah, mereka sendiripun jahil ilmu. Mereka sendiri tidak menyemak kesahihan ilmu serta amalan mereka. Mereka merasa selesa dgn memiliki ijazah dari institusi pengajian tinggi Islam spt di al-Azhar, Ain-Syams, Madinah, Umul Qura atau UIAM, mereka rasakan mereka cukup ilmu. Kalau mereka menyemakpun, mereka menyemak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka tidak belajar ilmu dari orang yg faham tentang Islam, terutama ilmu as-Sunnah. Ramai para ulama' yg tak sedar bahawa mereka sudahpun menyeleweng dari ajaran as-Sunnah!
Oleh yg demikian tidak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu umat Islam akan berpecah dalam aqidah atau pegangan ugama mereka (termasuklah, kerana kesilapan ilmu, mengamal dan mengibadahkan yg silap, yg tidak menepati as-Sunnah) kpd 73 golongan atau firqah atau kumpulan (termasuklah mazhab), semuanya akui mereka Islam, tapi hanya satu golongan saja yg berjaya dapat syurga, manakala 72 firqah atau golongan atau mazhab gagal dapat syurga dan merengkok dalam neraka. Dan, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa drp 1,000 orang yg akui diri mereka Islam, hanya seorang sahaja yg berjaya dapat syurga, selainnya - majoriti- 999 orang yg akui diri mereka Islam - masuk neraka! Mengapakah yg majoriti gagal? Mengapakah yg golongan minoriti berjaya? Semuanya kerana kejahilan dalam ilmu mengenai Islam - iaitu tidak faham Islam sebagaimana yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah yg sepatutnya (atau sewajibnya) menjadi panduan ilmu dan panduan hidup yg haq, tapi tidak dipelajari dan difahami mereka. Berapa ramaikah ulama' atau ilmuwan Islam yg mempelajari Kuttubul Sittah yg membolehkan mereka benar-benar faham Islam?
Saudara, demikianlah betapa melesetnya umat Islam hari ini. Sudahlah mereka diberitahu kegagalan di alam akhirat, mereka sudahpun gagal di alam dunia!
Blog ini cuba memberikan sedikit peringatan kpd orang Islam yg ingin berjaya mendapat kejayaan dunia dan kejayaan akhirat menelitinya, mengamati postnya dan merangsang keinginan untuk menyemak amalan masing-masing dan belajarlah ilmu dan panduan mengenai Islam itu, supaya tidaklah kita tergolong dikalangan kumpulan yg 72 dan antara yg 999 itu! Yg rugi kita sendiri. Ingatlah sehari di akhirat itu adalah bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan waktu kita sekarang. Kita hidup dalam konteks masa akhirat itu hanyalah satu minit ... Apakah kita rida kerana kesilapan dalam satu minit itu jika disiksa selama-lamanya?

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, Sdr tentu ingat tentang keputusan kerajaan ( tak ingat pula siapa menterinya ) membatalkan ajaran tulisan jawi di sekolah dulu ( lebih 30 tahun dahulu )? Sekarang apa dah jadi? Ramai orang Melayu/Islam tak pandai atau tak tahu membaca apatah lagi menulis jawi asas bahasa arab, bahasa Al-Quran. Dengan itu mereka terpisahlah, sedikit demi sedikit dari belajar/ngaji Quran. Sekarang kita saksi sekali lagi sunami kerja2 syaitan untuk merosakkan akidah orang2 Melayu/Islam. Tidakkah kerajaan/menteri Islam itu sedar akan akibat keputusannya membenarkan percetakan dan penyebaran kitab2 injil mereka dalam berbagai2 bahasa termasuk bahasa Melayu? Apa akan jadi kpd kes mahkamah yg masih belum diputuskan tentang sama ada kalimah ALLAH itu bolih mereka ( orang kristian ) menggunakan sebagai nama tuhan mereka atau tidak? Adakah ini dipengaruhi olih adanya pilihanraya di Sarawak nanti? Kemungkinan itu dah jadi realiti. Olih itu, penulisan Sdr utk peringatan kpd semua orang Melayu/Islam adalah tepat sekali. Tapi adakah mereka mendengar? Maka apa yg Allah SWT & rasulullah SAW terangkan dalam Quran & hadith itu benar belaka. Kita hanya menyampaikan mengikut kemampuan kita kerana usaha utk menyampaikan kalimah Allah itu wajib atas semua orang Islam yg beriman. Bukankah ini pertanda akhir zaman sudah hampir? Walahu'alam.

    ReplyDelete