Friday, April 29, 2011

Penghukum (Juruhukum): Kaedah Menghukumi Perbalahan

Assalamualaikum,
Saudara, sekarang ini begitu banyak sekali manusia, termasuklah orang Melayu yg akui dirinya Islam dan beriman, berbalah dan merujukkan perbalahan mereka untuk mendapatkan pampasan malu atau ganti rugi sama malu dan sebagainya ke mahkamah - mahkamah sivil ataupun mahkamah syar'iah. maka akan ada juruhukum atau hakim yg akan mendengarperbicaraan dan membuat ketetapan. Mungkin juruhukum atau hakim itu boleh berpandu kpd pesanana Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Simak ibni Harbin hadith dari Hanasin hadith dari Ali (r.a) berkata: 'Telah bersabda kpdku (i.e. Ali) Rasulallah (s.a.w): 'Ketika meminta dihukum kpd engkau oleh dua lelaki (atau, perempuan), maka janganlah menghukumi pada yg awal (atau pertama) sehingga mendengar kamu kata-kata yg selainnya (yakni, kedua), maka akan mengerti (atau tahu) kamu bagaimana menghukumi kamu.' Berkata Ali (r.a): 'maka tidak henti-hentilah aku menghukumi (atas dasar tersebut) setelah itu (yakni, setelah dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) tersebut).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Akhkam (Hukum)]
Saudara, prinsip ini memang dipakai sekarang dalam perbicaraan mahkamah. Namun, disebabkan manusia itu tak mahu salah dan dislahkan, walaupun dia memang salah, maka dia akan memberitahu pelbagai perkara dan merahsiakan pula pelbagai perkara, asalkan akhirnya dia bebas dari hukuman dan dia berjaya dalam apa jua kes yg dihadapinya di mahkmah. Di dalam Islam itu berbhong adalah dosa besar. Saksi bohong adalah ahli neraka. Dan, sebagai juruhukum atau hakim hendaklah dia bijak meneliti segala sesuatu yg dikatakan oleh kedua-dua belah pihak yg berbalah, dan mencari penyelesai terbaik.
Saudara, di dalam ahdith lain dijelaskan bahawa seorang hakim atas kebenaran, kemudian menghukum dia, dan hukumannya salah, maka didapats satu pahala, kalau dia menghukum dgn berlandaskan kebenaran, dan dia betul atau hukumannya betul, maka dia dapat dua pahala. Sebaliknya, hakim atau juruhukum yg tidak jujur adalah ahli neraka. maka dgn itlah dikatakan dua drp 3 hakim itu adalah ahli neraka. Justeru itulah, profesyen kehakiman dan peguam adalah membahayakan akhirat seseorang itu, kalau dia tak berwaspada. Lebih kemungkinan masuk neraka dari mendapat syurga.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment