Assalamualaikum,
Saudara, hadith berikut menarik. Bukan itu saja, banyak pengajarannya pada orang Islam yg iman yg benar-benar berhajat dia, ketika matinya, d akhirat kelak berjaya mendapat syurga. Kalau kita lihat hadith ini sekali imbaspun, faham kita betapa mudahnya nak dapatkan syurga itu:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) bahawa suatu ketika Rasulallah (s.a.w) naik ke mimbar dan bersabda: ‘Amin! Amin! Amin! Maka bertanya seorang sahabat: Wahai Muhammad! Mengapa engkau mengucapkan ‘Amin. Amin, Amin’. Beliau menjawab: ‘Telah datang kpdku Jibrail (a.s) dan berkata: ‘Wahai Muhammad! Hinalah seorang yg mendengar namamu disebut lalu tidak berselawat dia untukmu, ucapkanlah ‘Amin’. Maka berkata aku (Nabi): ‘Amin’. Kemudian berkata lagi (Jibrail (a.s)): ‘Hina dinalah seorang yg mengalami kedatangan bulan Ramadhan, namun bila bulan itu berakhir, dia tidak memperolehi keampunan Allah (a.w) dari dosa-dosanya.' Ucapkanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. Kemudian berkata lagi Jibrail (a.s) kpdku: ‘Hina dinalah orang yg selama hidupnya menghadiri kehadiran ibubapanya atau salah seorang dari keduanya, namun mereka tidak sempat memasukkannya ke dalam syurga.’ Katakanlah: ‘Amin’. Lalu aku (Nabi) ucapkan: ‘Amin’. [Hadith Imam Ahmad]
Saudara, apakah pengajaran dari hadith di atas itu? Ada tiga perkara yg disampaikan oleh malaikat Jibrail (a.s) dalam hadith di atas itu, kesemuanya menceritakan tentang orang Islam yg dihinakan oleh Allah (a.w) atau dianggap hina di dalam Islam. Pertama, golongan yg pertama yg dihina oleh Allah (a.w) dan juga malaikat, adalah orang yg tidak berselawat atas Nabi (s.a.w) setiap kali dia mendengar nama Nabi atau Rasulallah (s.a.w) disebut. [Nota; Berita Jaibrail (a.s) ini adalah salaras dgn firman Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah al-Ahzab: 'Innallah wa-malaikatahu yusolluna 'alan nabiyi; ya aiyuhallazina amanu sollu 'alaihi wa-sallimu taslima' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman, sesunnguhnya Allah (a.w) dan para malaikatnya berselawat (yakni, mendonya keselamatan) kpd Nabi (s.a.w); wahai orang-orang yg beriman, berselawatlah dan ucapkanlah selamat dgn keselamatan atasnya). Justeru itulah, kita dianggap Allah (a.w) amat hina kerana apabila kita mendengar seseorang menyebut 'Rasulallah (s.a.w)' atau 'Nabi', kita tidak sambut dgn menyebut 'Sallallahu 'alaihi wa-sollam'. Patutlah orang sedemikian dihina kerana, Allah (a.w) sendiri memberi kehormatan kpd Rasulallah (s.a.w) dgn berselawat atasnya. Kita yg jauh lebih hina tidak berselawat atas Nabi (s.a.w), ditetapkan sedemikian oleh Nabi dalam hadih ini. Kedua, segolongan orang iman lain yg rugi adalah mereka yg menemui bulan Ramadhan, berpuasa dia tetapi tidak memperbanyakkan amal dan ibadah dalamnya, walhal gandaan beramal dalam blan Ramadhan begitu besar, melebihi gandaan 700 kali yg disebutkan dalam al-Quran. Tambahan pula, bagi mereka yg beriktikaf, kemudian bertemu dgn malam al-Qadar (i.e. lailatul qadr), yg mendatangkan pahala atau ganjaran pahala seumpama beramal maksimum dan terbaik selama 1,000 bulan (atau 83.3 tahun lamanya). Orang yg istiqamah berpuasa dan benar-benar ikhlas dan mengagungkan Allah (a.w) dgn amalan-amalan tambahan pula - malam dan siang - dihapuskan segala dosanya. Ketiga, Islam menghinakan dan menganggap hina golongan orang Islam yg masih hidup kedua ibubapanya atau salah seorang mereka masih hidup, tetapi ketika hidup mereka atau salah seorang mereka, anak-anaknya tidak mendapat syurga, kerana kedua ibubapanya tidak sempat merasa berpuas hati atau ridha terhadapnya. Malah ramai orang Islam tidak endahkan kedua Oleh itu, ibubapa mereka terutama, ketika mereka sudah tua dan uzur pula. Terlepaslah dari mendapat keampunan dalam bulan Ramadhan itu. Tambahan pula cont, Kata tidaklah terampun segala dosa-dosa kerana tidak pula atau orang tuanya sukakannya kerana khidmat mereka ketika kedua-dunya tua dan dhaif pula. Walhal syurga itu bak kata Islam ada dibawah telapak kaki kedua ibu bapanya.
Jazakallahu khairah
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment